8/9/2015 11.25am
Hari ni aku nak rileks....mmg setan Nor semalam..aku baru nak bebaik ngn boipren aku...baru nak ilang perasaan merajuk ni...tup tup dier call aku pastuh maki aku....bengangnyerrrrrrrrrrrrr!!!!
aku pun ckp balik.....pg mampos....go to hell...bengang tak bengang ler smlm...yelah...time tu aku kat pasar mlm ngh beli barang dapor...pastuh sakit ar ati dier aku ckp cmtuh...muler ler maki aku balik.....ngn whatsapp pulak....aku tak boleh tahan dah kali...aku bls ar...kaw kaw punyer..geram aku....bengang aku...lantaklah nak jadi aper pas ni....dier kater sebenarnyer dier saje nak buat aku panas sbb nak dptkan bukti then nak tunjuk kat laki dier....perangai sebenar aku ni cm hampeh sebenarnyer...gitulah kot...ya allah..sakitnyer ati aku ni.....pastuh aku blog...dier....
Pastuh aku solat...ntah kenapa aku rase sedih sgt ngn ape yang berlaku...aku nangis sepuas hati n ngadu kat Allah...cumer dier jeler yang dengar rintihan dan keluhan aku ni....orng lain tak ambik peduli pun....sakit sngt aku rase...tapi aku akan cuba untuk sabar dah pasni..Amin...
Bila Diri Dihina
DIAM
dan SABAR. Sememangnya susah dan sukar untuk kita lakukan bila kita
dihina, diumpat, dikeji, difitnah atau dimalukan lebih-lebih lagi
khalayak ramai, di pejabat atau dalam masyarakat. Namun itulah tindakan
yang terbaik bagi kita. Bila kita menjawab balik hinaan yang dilontarkan
pasti bukan kita yang bercakap tapi yang "bertanduk dua" yang sedang
menguasai akal fikiran kita pada masa tu. Jadi, seeloknya kita diam
sejenak. Istighfar di dalam hati banyak-banyak dan ingatkan diri kita
supaya bersabar menghadapi hinaan yang dilontarkan.
Dalam
situasi bila mana kita terasa diri kita sangat lemah umpama anak ikan
yang dikelilingi oleh jerung-jerung kelaparan kita tidak tahu apa yang
harus kita lakukan. Untuk tujuan itu, saya ingin kongsikan sedikit
panduan dalam menghadapi keadaan bila mana kita dihina. Antaranya ialah:
- Orang yang menghina kita dengan menggunakan perkataan yang teruk (Contohnya bangang, bodoh, gedik dan sebagainya) sebenarnya sedang mendoakan keburukan itu untuk dirinya, suami atau isteri mereka, ahli keluarga, adik-beradik dan lebih parah lagi sebenarnya mereka mendoakan untuk anak-anak mereka. Nauzubillah..
- Sebenarnya cacian dan hinaan yang dilemparkan itu adalah RAHMAT daripada ALLAH. Kenapa? Sebab setiap hinaan yang dilontarkan kepada kita adalah penghapus bagi setiap dosa-dosa kita semalam. Lebih beruntung lagi kita akan dapat banyak pahala percuma. (Tapi dengan syarat kita kena sabar dengan apa yang berlaku)
- Ingatlah bahawa ada HIKMAH di sebalik setiap dugaan dan cabaran yang kita hadapi. Sebenarnya Allah hendakkan hamba-Nya kembali kepada-Nya. Mengadu kepada-Nya lantaran sebelum ini kita semakin jauh, lalai dan lupa kepada-Nya.
- Bila kita difitnah, kita akan tak dapat tidur malam lantaran memikirkan tentang fitnah yang dilontarkan kepada kita. Maka, kita dengan sendirinya akan bangun bertahajud setiap malam mohon kepada Allah agar diberi ketenangan, kemaafan dan keampunan dari-Nya sepanjang hidup ini.Kesan daripada itu (Sentiasa bertahajud selalu), hati akan menjadi semakin tenang dan bahagia walaupun dikelilingi orang yang sentiasa mencari salah kita dan orang yang tidak mahu memandang wajah kita.
- HIKMAH dan REZEKI yang melimpah ruah menanti kita di sebalik ujian tersebut. Contohnya Allah permudahkan segala urusan kita. Allah pertemukan kita dengan rakan-rakan yang mulia hatinya, rakan-rakan yang boleh membantu kita menjana ekonomi kita dengan lebih mantap, pasangan yang memahami dan menyayangi kita dengan sepenuh hatinya, anak-anak yang baik, keluarga yang memahami dan pelbagai lagi.
- Kita juga akan menemui dan dapat menilai siapa sahabat kita yang sebenar dan siapa musuh kita. Cara dan gaya hidup kita pun mungkin akan berubah ke arah lebih baik dan lebih bermotivasi. Mungkin sebelum ni kita susah nak baca buku-buku yang bermanfaat. Mungkin kita juga berpeluang mengenali tokoh-tokoh motivasi yang hebat yang terkenal di seluruh dunia. (Contoh : Dr Aidh Abdullah Al-Qarni, Imam Ghazali dan lain-lain). Selain itu, kita juga akan mampu untuk menjadikan diri kita insan yang sangat kuat, tabah, sabar dan mengubah seluruh pemikiran dan idea kita selama ni.
No comments:
Post a Comment