Setelah
Allah swt menciptakan manusia yang pertama iaitu Nabi Adam (as),
kalimah pertama yang dilihat oleh Nabi Adam (as) adalah لا إله إلا الله
محمد رسول الله, lalu Nabi Adam (as) bertanya kepada Allah (swt) tentang
siapakah ‘Muhammad‘ itu?
Lantas Allah (swt) menjawab beliau (Muhammad saw) adalah penutup segala nabi dan rasul dan paling mulia di antara mereka semua (rasul). Umat nabi saw juga diberi banyak kemuliaan berbanding umat-umat yang lain.
Diceritakan bahawa Nabi Adam (as) berkata : Sesungguhnya Allah memberi 4 macam kemuliaan kepada umat Nabi Muhammad SAW yang tidak diberikan kepadaku, iaitu:
1. Penerimaan taubatku di Makkah, sedangkan umat Muhammad boleh bertaubat di mana-mana tempat
2.
Aku berpakaian ketika aku melakukan dosa, kemudian Allah menjadikanku
telanjang bulat. Sedangkan umat Muhammad tetap diberi pakaian , meskipun
dia derhaka kepada Allah dalam keadaan bertelanjang
3.
Ketika aku berbuat dosa, Allah memisahkan aku dan isteriku (Adam di
kaki gunung Himalaya, Hawa di Jeddah) sedangkan umat Muhammad yang
berbuat dosa tidak dipisahkan dari isterinya
4.
Aku berbuat kesalahan di syurga lalu Allah mengusirku dari syurga ke
dunia, sedangkan umat Muhammad berbuat dosa di luar syurga, Allah tetap
memasukkan mereka ke syurga apabila mereka bertaubat.
Menyedari
ketinggian darjat Nabi Muhammad (saw) di sisi Allah (swt), Nabi Adam
(as) memohon kepada Allah (swt) agar diberi anugerah iaitu cukuplah
sekadar menjadi umat Nabi Muhammad (saw). Namun demikian, Allah (swt)
menolak permintaan Nabi Adam (as) mentah-mentah.
Begitu
juga dengan nabi-nabi yang lain seperti Nabi Musa (as). Sehinggakan
Allah (swt) sendiri menegur sikap nabi Allah Musa (as) agar redha dengan
apa-apa yang dikurniakan oleh Allah (swt) kepadanya. Dalam
banyak-banyak nabi yang memohon untuk menjadi umat Nabi Muhammad (saw),
hanya ada seorang nabi sahaja yang Allah (swt) perkenankan permohonannya
tetapi bukan semua, hanya sebahagian daripada permohonan itu Allah
(swt) terima.
Beliau
adalah Nabi Ibrahim (as). Secara dasarnya, Allah (swt) tidak
memperkenankan permohonan nabi Ibrahim (as) untuk menjadi umat Nabi
Muhammad (saw) tetapi Allah (swt) menjanjikan kepada nabi Allah Ibrahim
(as) yang nabi Muhammad (saw) akan lahir daripada salasilah atau
keturunan nabi Ibrahim (as) sendiri dan nama nabi Ibrahim (as) juga akan
meniti di bibir-bibir umat nabi Muhammad (saw) iaitu bermaksud nama
nabi Ibrahim (as) akan selalu disebut-sebut oleh umat Rasulullullah
(saw).
Maka,
atas sebab itulah kita SUNAT untuk menyebut nama Nabi Ibrahim (as)
dalam solat lima waktu kita iaitu semasa bacaan tahiyat akhir seperti
dijanjikan oleh Allah (swt) kepada nabi Ibrahim (as) seperti berikut:
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
Selawat Ibrahimiyah adalah selawat yang dibaca pada separuh kedua dalam bacaan Tahiyyat Akhir di dalam solat.
Selawat Ibrahimiyah dalam Tahiyat Akhir adalah :
Versi
Syafie (Imam syaraf anNawawi: Syarah Muslim (4/123), anda hanya perlu
membaca Selawat atas Nabi sahaja. Selawat atas keluarga baginda dan
selawat Ibrahimiyah adalah sunat (optional)
Versi Maliki dan Hanafi: sunat hukumnya selawat ini baik atas Nabi saw, keluarga dan ke atasn Ibrahim AS
Versi Hambali: wajib selawat atas Nabi saw, keluarga dan selawat Ibrahimiyah (Fathul Bari: 9/163)
Versi Maliki dan Hanafi: sunat hukumnya selawat ini baik atas Nabi saw, keluarga dan ke atasn Ibrahim AS
Versi Hambali: wajib selawat atas Nabi saw, keluarga dan selawat Ibrahimiyah (Fathul Bari: 9/163)
Begitu besar penghargaan yang Allah berikan kepada Nabi Ibrahim, sehingga selawat kepadanya disyiarkan dalam solat kita.
Selawat ini menggabungkan dua ucapan salam dan hormat ke atas kedua-dua Nabi Muhammad SAW dan Nabi Ibrahim a.s. .
Terdapat hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim r.a. dan Imam
Ibnu Khuzaimah r.a. yang menganjurkan agar kita berselawat ke atas
kedua-dua Nabi Besar SAW itu.
.
Lafaz selawat ini sebagus-bagus, selengkap-lengkap dan sesempurna lafaz ke atas junjungan Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam. Sebab itu selawat ini ditentukan bacaannya di dalam solat.
Ibnu Taimiyyah berkata, “Selawat yang paling sempurna untuk Rasulullah adalah Selawat Ibrahimiyah.”
No comments:
Post a Comment