Wednesday, 30 September 2015

Jangan Ketawakan Orang Yang Solat Hajat

Cerita semalam. Usai solat hajat untuk pelajar UPSR, pak imam berdiri di hadapan kami. Ucapannya ringkas namun menusuk ke sanubari. “Hari ini, kita berkumpul...
Cerita semalam. Usai solat hajat untuk pelajar UPSR, pak imam berdiri di hadapan kami. Ucapannya ringkas namun menusuk ke sanubari.
“Hari ini, kita berkumpul solat hajat sama-sama. Bagus sebab semua peduli dan sayangkan anak masing-masing.
Tapi, ayah-ayah dan ibu-ibu sekalian. Solat hajat hari ini tidak cukup. Ibarat tabung buluh, baru sepuluh sen dimasukkan. Jauh lagi untuk bertambah amaunnya dalam tabung tersebut dan ianya takkan bertambah sendiri tanpa ada yang rajin masukkan ke dalam tabung.
Panggil anak-anak, duduk bersama.
Beritahu mereka bahawasa diri ayah ibu sudah tua. Kudrat makin tiada. Selagi ayah ibu ada, selagi itulah ayah ibu akan berikan sokongan dan dorongan.
Sedarkan mereka hakikat hidup ini. Bukan hanya sekadar bergelak ketawa bersama teman dan rakan sebaya.”
Pak imam bercerita kisah nyata,
“Ada seorang yang saya kenali, kini seorang yang berjawatan tinggi di jabatan kerajaan Malaysia, ibunya adalah ibu contoh. Siapa ibunya? Adakah profesor, orang hebat, cendekiawan, cikgu atau doktor?
Tidak, ibunya cuma orang kampung yang pendidikannya di peringkat paling bawah. Untuk mendidik anak sendiri subjek Matematik ringkas pun, bukan levelnya.
Tetapi anaknya sangat berjaya. Kuncinya?
Bila anak masuk dewan peperiksaan, si ibu bentangkan sejadah, menangis merayu dalam sujudnya minta Allah buka jalan kejayaan.
Bila anak call, esok nak exam, lalu si ibu tua itu tidur sekejap kemudian baki malamnya dihabiskan dengan solat dan berdoa. Moga Allah bantu anaknya sepanjang jalan.
Bila anak sulit dalam urusan, si ibu tiada tempat lain pergi kecuali kepada Tuhannya dengan solat dan sabar. Doakan anak tanpa henti. Solat hajat dan solat hajat.
Si ibu kurang dari segi pendidikannya, kurang dari segi kewangannya, namun Subhanallah cerdik dari segi fikirannya, mewah dari segi pergantungan penuhnya pada Allah. Orang cerdiklah tu bila kepada Allah dia meminta.
Kerana otak yang cerdas bukan ibu bapa yang cipta, tetapi Allah yang rekaciptanya.
Jangan gelakkan orang yang solat dan solat hajat, yang berdoa pada Rabb-nya.
Orang yang dekat dengan Allah adalah orang yang disayangi Allah. Bila Allah sayang, dugaan seluas dunia pun dia tak perlu bimbang kerana yakin pertolongan Allah pasti ‘kan datang.”

No comments:

Post a Comment