Thursday, 10 September 2015

Best Ker Bermadu

Nikmat Sebelum Hidup Bermadu
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Nikmat sebelum hidup bermadu akan dirasai pada mereka yang bakal mendirikan rumahtangga untuk kali kedua, ketiga mahupun keempat. Mendirikan rumahtangga untuk kali kedua bermaksud menambah bilangan isteri yang sedia ada. Supaya menjadi dua, tiga ataupun empat. Dalam bahasa yang mudah difahami, “poligami”. Agar hari-hari yang korang jalani akan bertambah nikmat dan serinya.
poligami

Nikmat Sebelum Hidup Bermadu
Betul ke suami yang hidup bermadu akan merasai dan mengecapi nikmat sebelum hidup bermadu?
Jawapan aku ialah betul.
Korang akan rasai dan kecapi nikmatnya apabila :
1. Isteri merajuk sakan apabila korang minta izin untuk membina rumahtangga buat kali kedua.
Sampaikan ada yang menangis teresak-esak ditepi beranda. Silap hari bulan, buat ugutan nak terjun bangunan 20 tingkat. Sedihnya mereka rasai apabila mengenangkan kasih sayang yang mutlak, yang selama ini miliknya sahaja akhirnya terpaksa dibelah dua.
Dikongsi sama rasa dan sama rata. Bagi aku, ini ialah nikmat hidup bermadu yang tersangat indah. Korang patut bangga kiranya melalui detik-detik indah macam ni.
2. Suami kena “pulau” dengan isteri.
Sudah sebulan isteri tak bagi tidur sebantal. Sekatil dan sebilik. Juga sepasang selimut yang gebu dan tebal itu kini milik isteri sahaja. Korang jangan bersedih dengan situasi macam ni. Malah korang harus bersyukur. Dan senyum sentiasa.
Diberikan ruang dan peluang yang mencukupi untuk korang tidur dengan selesa. Yang selama ini, asyik sangat kena tindih dan kena buli tiap-tiap malam. Paling mengerikan lagi, korang pernah ditendang berkali-kali dek asyikan mimpi si isteri.
Korang patut bangga jika diberi peluang dan ruang untuk tidur sendirian. Adakah korang tak rasa ini nikmatnya hidup SEBELUM ada madu?
3. Dah cukup dah tu. Banyak-banyak kan ada yang hangin satu badan pulak. Haha.
Nikmat Sebelum Hidup Bermadu
Korang aminkan yerr… Hahaha
Sudah lumrahnya kaum wanita. Kebanyakan yang aku jumpa, memang susah nak bagi suami dia kawin lain. Lagi sukar untuk menerima hakikat bahawasanya hidup bermadu itu indah. Disebabkan ada lelaki yang tak pandai nak hargai dan bahagikan sama rata apa yang dia miliki membuatkan situasi hidup bermadu sukar untuk diterima oleh kaum wanita. Khasnya para isteri sekalian.
Yang suami mintak izin kawin dua tu, bagi aje la. Dah suami tu bergaji besar. Mampu menyara korang semua. Mampu memberikan keadilan yang akan menutup suara ketidakpuasan hati korang semua.
Melainkan si suami seorang yang tidak bertanggungjawab. Yang dia tahu nak puaskan hawa nafsu semata-mata. Suami macam ni, korang kena kawal dan didik dengan baik. Berikan dia kesedaran bahawasanya nikmat hidup bermadu bukan terletak pada hawa nafsu semata-mata.
Sekarang ni, dia tak sedar lagi. Tetapi bila nasi dah jadi bubur, orang tak panggil “nasi” dah. Orang panggil bubur ataupun “nasi air”.
Sebab tu orang tua-tua selalu pesan…
“Nak kawin dua, tiga ataupun empat ikut suka la. Asalkan bertempat.”
Walaupun begitu, ilmu dalam bab poligami juga seharusnya menjadi titik utama sebelum korang membuat keputusan hidup berpoligami. Kita selaku suami yang mithali, kena tahu hukum hakam. Kena study banyak kes-kes yang telah terjadi. Kena buat analisa dan strategi macam mana nak mengembirakan hati isteri apabila mereka tahu mereka akan dapat madu.
Semua itu korang kena buat perancangan yang rapi. Bukan sesedap rasa aje korang telan. Kena pilih juga makanan tu bersih ke, halal ke, banyak kolestrol ke dan sebagainya lagi. Bukan main sedap mulut aje korang nganga lepas tu telan.
Jadi, aku dedahkan pada korang semua. Aku tahu. Ada yang tak suka dengan hebahan ni. Terutama sekali kaum wanita. Merangkap gelaran surirumah ataupun isteri. Tetapi apakan daya. Aku terpaksa dedahkannya. Aku terpaksa bantu kaum lelaki yang ikhlas nak berbini dua.
Aku tak nak kaum lelaki derita memendam rasa. Termenun sana dan sini dek hilang puncanya akalnya. Jadi, disebabkan aku nak bantu mereka semua dengan hati yang rela, aku terpaksa kongsikan berita gembira ni.
Semoga korang laki bini tidak bergaduh sesama sendiri. Tidak bercerai walaupun sebulan baru kawin. Aku juga tak sanggup melihat anak-anak korang yang cute dan putih gebu itu melalui derita hidup tidak bermak dan berayah.
Jadi, untuk mengelakkan itu semua berlaku, aku terpaksa hadiahkan “buah tangan” yang berharga ni. Untuk bakal-bakal suami yang ada menyimpan angan-angan berbini muda.
Sekali lagi aku nyatakan, aku terpaksa buat semua ni. Sebab aku sayangkan hubungan mesra korang selama ni.
Untuk suami-suami yang nak cuba teknik ni, boleh klik aje pautan dibawah ni. Baca dan fahaminya. Lepas tu, buatlah keputusan yang bijak.
Semoga korang bahagia berbini muda tanpa melalui nikmat sebelum hidup bermadu sebagaimana aku kongsikan diatas.

No comments:

Post a Comment