Friday, 11 September 2015

Tak Perlu Cemburu

BAHAGIA MELIHAT ORANG LAIN BAHAGIA TANDA KITA BAHAGIA
Kebahgiaan datang kepada mereka yang MEMBERI CINTANYA SECARA BEBAS, yang tidak meminta orang lain mencintai mereka terlebih dahulu. Bermurah hatilah seperti mentari yang memancarkan sinarnya tanpa terlebih dahulu bertanyakan apakah orang-orang patut menerima kehangatannya. Kebahagiaan bererti menerima apapun yang datang.
Kebahagiaan bererti MEMBUAT ORANG LAIN BAHAGIA. Kebahagiaan juga MENERIMA ORANG LAIN SEBAGAIMANA ADANYA. Rahsia kebahagiaan adalah MENJAGA AGAR HATI KITA TERBUKA BAGI ORANG LAIN. Rahsia kebahagiaan adalah memahami bahawa PERSAHABATAN JAUH LEBIH BERHARGA daripada barang, lebih berharga daripada berpegang pada kebenaran dalam perkara-perkara yang tidak penting. Rahsia kebahagiaan adalah MEMUSATKAN PERHATIAN pada kebaikan dalam diri orang lain. Rahsia kebahagiaan adalah BELAJAR DARIPADA ORANG LAIN, dan bukan mencuba mengajari mereka. Semakin kita menunjukkan, seberapa banyak kita tahu,semakin orang lain akan cuba mencari kekurangan kita.
Rahsia kebahagiaan adalah KEBAIKAN HATI. Memandang orang lain sebagai anggota keluarga besar kita. Kita semua adalah ciptaan Tuhan yang ESA. Rahsia kebahagiaan juga adalah tertawa bersama orang lain, sebagai SAHABAT dan bukan mentertawakan mereka sebagai HAKIM. Rahsia kebahagiaan adalah TIDAK SOMBONG. Bila kita menganggap mereka penting, kita akan memiliki sahabat ke manapun kita pergi. Bahagia melihat kebahagiaan orang lain adalah tanda-tanda iman sudah berkembang di hati. Bahagia itu sederhana, sesederhana kamu tersenyum dan bersyukur dengan apa yang kamu telah punya.

No comments:

Post a Comment