Meditasi merupakan ‘Tafakur’ dan berzikir berserta olahan pernafasan..
Nafas memiliki hubungan antara Insan dengan Tuhan sebagai satu alat yang
padanya 'Izin Allah' diletakkan, membawa 'Sifatullah' dari hati ke
pusat badan, fikiran dan roh. Nafas juga membawa unsur kehidupan (Prana)
ke dalam fizikal (cakra) untuk fungsi Jasmaniah yang menimbulkan
keseimbangan dan harmoni kepada tubuh badan manusia.... Firman Allah
swt: “Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,kecuali
orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula
berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan
kesabaran.”(Al-Asr:1-3)
Maha Besar Allah yang menjadikan diri-Nya sebagai satu-satunya yang
sedang melihat dan menatap setiap gerak dan langkah, mendengar sehalus
apapun bisikan, mendengar degup-degup setiap jantung, dan mengalirkan
setiap darah. Dialah yang tidak pernah jauh dan lalai dalam mengurus
setiap makhluk yang Ia ciptakan. Ia menjadi satu-satunya Pengasih yang
tiada bandingan, kerana tidak pernah membeza-bezakan pemberian-Nya
kepada sesiapapun. Dialah kekasih yang tidak pernah mungkir dan rakan
yang amat setia lagi membantu di semua situasi. Dialah yang menjadi
matlamat dan harta yang paling bernilai. Nabi saw bersabda:
“Bersegeralah kamu kepada kebaikan,muda sebelum datang tua, sihat
sebelum datang sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sibuk, hidup
sebelum datang ajal.”
Ilmu adalah cahaya,ilmu adalah penyuluh. Nabi saw bersabda: “Menuntut
ilmu wajib bagi tiap-tiap orang Islam”. Tanpa ilmu manusia dalam
kegelapan,manusia mudah tersesat.Justeru itu ilmu mesti mendahului
amal,amal tanpa ilmu bagaikan debu yang berterbangan.
Orang yang tiada ilmu mudah ditipu oleh syaitan, mereka mudah tersesat
dengan manusia yang pandai bercakap, yang mempunyai kelebihan dan
sebagainya.Jika kita ingin menghidupkan hati, tiada jalan lain untuk
menempuhnya melainkan dengan jalan ibadah.Apabila kita mahu beribadah,
kita mestilah berilmu kerana ibadah tanpa ilmu akan hancur malah penuh
kerosakan. Firman Allah: Adakah sama orang yang berilmu dengan orang
tidak berilmu?(Az-Zumar:9)
Pendidikan itu mestilah bermula dari pembinaan rohaniah. Pembinaan insan
yang hanya terhenti setakat memantapkan 'mind-setting' tidaklah tepat
mengikut saranan Nabi Muhammad s.a.w. Perubahan itu perlu bermula dari
dalam lubuk diri. Tafakur Ilahiyah memulakan perjalanan rohaniah insan
kepada Tuhan dengan Falsafah & Methologi yang diwarisi dari
kedalaman lautan khazanah para ulama.
Sesungguhnya dalam jasad anak Adam ada seketul daging, jika BAIK ia,
maka BAIKlah seluruh jasad, jika FASAD (Rosak) ia, maka FASADlah
seluruhnya. Ketahuilah ia adalah hati – (Hadith Riwayat Bukhari Muslim).
No comments:
Post a Comment