Alam jin adalah alam
yang berdiri sendiri, ia terpisah dan berbeza dengan alam manusia tetapi
kedua-duanya hidup dalam dunia yang sama, kadang tinggal di dalam rumah
yang dibina atau di diami manusia. Kedua-duanya pun mempunyai persamaan
yakni wajib untuk beribadah kepada Allah: "Tidaklah aku ciptakan jin
dan manusia kecuali hanyalah untuk beribadah kepadaKu" (Surah
Adz-Dzariyat 51:56).
Menurut Ibnu Aqil
sebagaimana dikutip asy-Syibli dalam bukunya Akam al-Marjan fi Ahkam
al-Jann, mengatakan bahawa makhluk ini disebut dengan jin kerana secara
bahasa jin bermaksud yang tersembunyi, terhalang, tertutup. Disebut jin,
kerana makhluk ini terhalang (tidak dapat dilihat) dengan mata kasar
manusia. Oleh kerana itu, bayi yang masih berada di dalam perut ibu,
disebut janin (kata janin dan jin mempunyai kata dasar yang sama iaitu
jann) kerana ia tidak dapat dilihat dengan mata. Demikian juga orang
gila dalam bahasa Arab disebut dengan majnun (dari kata jann juga)
kerana akal sehatnya sudah tertutup dan terhalang.
Sedangkan kata syaitan,
dalam bahasa Arab berasal dari kata syathona yang bererti ba'uda (jauh,
yakni yang selalu menjauhkan manusia dari kebenaran). Kemudian kata
syaitan ini digunakan untuk setiap makhluk berakal yang derhaka dan
membangkang (kullu 'aat wa mutamarrid). Pada awalnya istilah setan
(syaitan) ini diberikan kepada salah satu golongan jin (Iblis) yang
beribadah kepada Allah dan tinggal bersama dengan malaikat di dalam
syurga. Akan tetapi ketika mereka menolak untuk sujud kepada Adam kerana
membangkang kepada perintah Allah, maka diusirnya dari syurga dan sejak
itu ia menjadi makhluk yang terkutuk sampai hari kiamat kelak.
Tidak semua jin adalah
syaitan kerana, jin juga ada yang soleh, ada yang mukmin. Jadi syaitan
hanyalah ditujukkan untuk jin yang membangkang (kafir, munafik, musyrik
dan sebagainya). Demikian juga tidak semua syaitan adalah jin kerana
dalam surat an-Nas ditegaskan, bahawa syaitan juga ada dari golongan
manusia. Setiap manusia yang membangkang, derhaka dan selalu menjauhkan
manusia lain dari penggunaan Allah, mereka dinamakan syaitan
Dan sesungguhnya di
antara kami ada orang-orang yang soleh dan di antara kami ada (pula)
yang tidak demikian halnya. Adalah kami menempuh jalan yang
berbeza-beza. (Al-Jin 72:11)
Dilihat dari struktur
kalimat, atau dalam tinjauan kaedah sharfiyah, syaitan (syaitan)
merupakan bentuk kalimat isim 'alam (nama sesuatu) dia adalah laqab
(gelaran) yang diberikan Allah kepada setiap makhluk yang berakal (jin
dan manusia) yang membangkang terhadap perintah Allah. Oleh kerana itu
penyebutan syaitan (setan) boleh dikenakan kepada jin dan manusia
sebagaimana tersurat dalam ayat-ayat di atas.
Merujuk kepada kisah
Adam dan Iblis dari ayat 12-20 surah al-'Araf, gelaran setan diberikan
Allah untuk pertama kalinya kepada Iblis apabila dia menyatakan alasan
penolakan untuk sujud kepada Adam. Dan pada surat Thaha 20:117, Allah
memberi amaran kepada Adam bahawa makhluk yang terkutuk itu akan menjadi
musuh Adam dan isterinya. Dan pada surat Yasin 36:60, Allah menegaskan
kembali gelaran setan diberikan kepada musuh Adam tersebut dan dijadikan
peringatan bagi anak cucu Adam. Ini runtut ayat-ayat dimaksud yang
bermaksud;
1. Allah berfirman:
"Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku
menyuruhmu?" Menjawab iblis: "Saya lebih baik daripadanya: Engkau
ciptakan saya dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah". Allah
berfirman: "Turunlah kamu dari syurga itu; kerana kamu tidak sepatutnya
menyombongkan diri di dalamnya, maka keluarlah, sesungguhnya kamu
termasuk orang-orang yang hina". Iblis menjawab: "Beri tangguhlah saya
sampai waktu mereka dibangkitkan". Allah berfirman: "Sesungguhnya kamu
termasuk mereka yang diberi tempoh." Iblis menjawab: "Kerana Engkau
telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan
(menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus, kemudian saya
akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan
dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka
bersyukur (taat). Allah berfirman: "Keluarlah kamu dari syurga itu
sebagai orang terhina lagi terusir. Sesungguhnya barang siapa di antara
mereka mengikuti kamu, benar-benar Aku akan mengisi neraka Jahanam
dengan kamu semuanya ". (Dan Allah berfirman): "Hai Adam bertempat
tinggallah kamu dan isterimu di syurga serta makanlah olehmu berdua
(buah-buahan) di mana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu berdua
mendekati pohon ini, lalu menjadilah kamu berdua termasuk orang-orang
yang zalim ". Maka syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya
untuk menampakkan kepada keduanya apa yang tertutup dari mereka iaitu
auratnya dan syaitan berkata: "Tuhan kamu tidak melarang kamu daripada
mendekati pohon ini, melainkan supaya kamu berdua tidak menjadi malaikat
atau tidak menjadi orang yang kekal (dalam syurga)" . (Al-'Araf
7:12-20)
2. Maka kami berkata:
"Hai Adam, sesungguhnya ini (iblis) adalah musuh bagimu dan bagi
istrimu, maka sekali-kali janganlah sampai ia mengeluarkan kamu berdua
dari syurga, yang menyebabkan kamu menjadi celaka. (Thaha 20:117)
3. Bukankah Aku telah
memerintahkan kepadamu hai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah
syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu ",
(Yasin 36: 60)
Adapun Iblis diambil
dari kata al-balas yang bererti orang yang tidak mempunyai kebaikan
sedikitpun (man la khaira 'indah), atau diambil dari kata ablasa yang
bererti putus asa dan bingung (yaisa wa tahayyara). Disebut iblis (putus
asa) kerana mereka merasa putus asa dengan rahmat Allah, juga disebut
iblis lantaran mereka tidak pernah berbuat kebaikan sedikitpun. Menurut
satu riwayat, dahulunya iblis ini bernama Naail, akan tetapi sejak ia
membangkang dan menolak perintah Allah untuk sujud kepada Nabi Adam, ia
ditukar nama menjadi syaitan.
No comments:
Post a Comment