Nabi S.A.W bersabda; ” Takutlah kamu kepada doa orang
yang teraniaya, kerana ia diangkut di atas awan Allah berfirman: Demi
keperkasaan dan keagungan-Ku, Aku pasti menolongmu, walaupun setelah
beberapa waktu (waktu yang cukup lama).”
Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Thabrani dan Al-Dhiya dari Khuzaimah bin Tsabit dengan sanad sahih.
Jika menghadapi situasi begini, apa
agak2nya yang boleh kita lakukan. Memang la senang bagi sesetengah orang
menasihati kita supaya bersabar, tapi sejauh manakah kesabaran kita ini
mampu bertahan dengan kerenah manusia yang suka menganiaya orang lain.
Selalu dalam drama yang kita tonton, doa
orang yang teraniaya ini pasti akan dimakbulkan oleh Allah S.W.T
samaada cepat atau lambat. Namun apa yang ditonjolkan harus kita sedari
bahawa doa2 itu tidak menjurus kepada doa2 yang tidak baik. Contohnya
"semoga dia mati dilanggar lori" atau "semoga keturunannya terseksa" dan
macam2 lagi.
Kita boleh berdoa agar ia menjadi sesuatu pembalasan atau berdoa agar individu ini kembali ke jalan yang benar...
Pertama, kita boleh
memohon pada Allah, untuk menggantikan penipuan dan penganiayaan dengan
rezeki yang lebih baik dan bertambah-tambah buat diri kita.
" Allahuma ajurni fi musibati, wakh lufli khairan minha "
Kedua, kita juga boleh berdoa untuk pembalasan yang setimpal dengan apa yang telah dilakukan pada kita.
" Ya Allah. Mereka
ini ( sebut nama mereka ) zalim pada aku. Aku mohon balasan yang
setimpal ke atas mereka. Serta bantulah aku keluar dari kesusahan ini. "
Dan yang ketiga, Biarkan Allah membalas perbuatan mereka di Padang Mahsyar. Tuntut
dari Allah segala pahala mereka dan minta Allah campakkan dosa-dosa
kita pada mereka. Mereka akan kekal memikul dosa kita dan menerima
balasan buat selama-lamanya.
Pernah menonton ceramah dato' siti nurbayah bersama suaminya dalam rancangan semanis kurma:
"jika kita ada
berdosa sesama manusia dan tidak sempat memohon maaf, maka segala
kebaikan dan pahala kita akan diberikan kepada insan yang kita zalimi,
dan jika masih tidak cukup untuk menebus kesalahan kita, maka kita harus
menanggung segala dosa insan yang kita zalimi itu."
Jadi
dalam apa jua yang kita lakukan atau apa jua yang ingin kita kecapi,
janganlah sampai kita menganiaya orang lain secara langsung atau tidak
langsung dan sentiasa saling bermaaf-maafan agar kita terhindar dari
azab di akhirat kelak.
No comments:
Post a Comment