Wujudkah makhluk lain selain dari manusia di atas muka bumi ini?
Sekiranya anda seorang yang beragama Islam, anda perlu yakin dengan
kewujudan makhluk halus kerana ianya termaktub sebagai salah satu rukun
iman, biarpun kita tidak pernah melihatnya.
Namun, ada juga yang diberikan kelebihan untuk melihat makhluk-makluk
halus ini. Seorang wanita yang dikenali sebagai Sha Ramson Abdullah
menceritakan pengalaman seramnya yang setiap hari melihat
makhluk-makhluk ini ketika dia kecil.
Selain penceritaan tentang kisah seram itu, Sha juga turut berkongsi
beberapa nasihat berdasarkan apa yang dilihat olehnya. Ikuti perkongsian
dari Sha ini :
Perkongsian dari Sha Ramson Abdullah
Saya nak sharing sesuatu. Hanya Allah yang Maha Tahu. Saya hanya taip semula apa yang saya ingat masa saya kecik-kecik dulu...
Masa umo saya dalam lingkungan 3-4 tahun, saya ada nampak banyak makhluk
lain, bukan manusia. Ada makhluk besar, yang kecik, yang kurus, ada
yang gemuk, yang buncit, yang tinggi, pendek, ada yang warna hijau, ada
yang warna merah, warna biru, hitam, coklat, semuanya BERTANDUK,
BEREKOR, MATA MERAH, ada urat hijau berselirat dalam biji mata mereka.
Semuanya berkeliaran dalam rumah masa kami sekeluarga duduk di Kuarters
Kesihatan Jasin, Melaka.
Masa tu saya kecik lagi, so saya tak tahu apa nama makluk tu. Ada
jantan, ada betina. Saya beritahu arwah Mak saya. Mak pula yang takut.
Tapi Mak percaya apa yang saya cakap. Iyelah, masa tu saya umo baru 3-4
tahun. Budak lagi. Takde dosa hehe!
Saya ingat lagi sampai sekarang rupa makhluk makhluk tu. Mungkin mereka
itu golongan jin. Banyak sangat. Ada anak jin jantan yg bermain-main
dengan saya di tepi hujung katil. Saya pun seronok main dengan dia,
sebab masa itu saya budak-budak lagi, saya tak tahulah itu jin dan
memang sifat budak-budak suka bermain. Dia ajak main, saya pun mainlah.
Kalau ditanya bagaimana saya berkomunikasi dengan jin, cakap bahasa
apa... saya pun tak tahu. Sebab saya kecik lagi masa tu.
Yang pasti saya faham pula bahasa dia. Masa main-main itulah Arwah Mak
saya perasan yang saya macam sedang bercakap dengan seseorang, siap
bergelak ketawa lagi. Mak saya risau.
Arwah Mak datang dekat saya. Mak tanya saya nampak apa? Cakap dengan
siapa? Gelak-gelak dengan siapa? Saya tunjuklah sambil cakap : "Tuuu...
Tuuuu.... Mak tak nampak ke?" kata saya sambil menunjuk semua
makhluk-makhluk disekeliling saya.
Arwah Mak saya pun pandanglah apa yang saya tunjuk. Makhluk-makhluk tu
semua buat bodoh je. Buat tak tahu. Ada yang tengah berjalan, ada yang
nak masuk pintu rumah kami tapi tak muat sebab dia tinggi (nak tunduk
pun dia tak reti. Hat ni saya ketawa sambil tunjuk kat Mak sebab kelakar
sangat tengok makhluk tu tak reti nak tundukkan kepala nak masuk rumah
kami), ada yang tengah bersembang-sembang sesama diorang, ada yang
tengah korek hidung, ada yang tengah korek telinga, ada yang tengah
bergayut kat kipas, ada yang tengah melekat dekat siling rumah, ada yang
tengah makan, melompat-lompat atas meja makan, ada yang tengah minum,
ada yang berlari-lari. Kelakuan makhluk-makhluk itulah yang buat saya
ketawa kuat masa tu. Tapi rupanya saya seorang je yang ketawa. Famili
saya semua dah takut haha!
Masa tu, kat rumah kami ada Ayat Kursi yang diukir dijadikan frame
besar, gantung dekat dinding rumah. Makhluk-makhluk tu tak takut pun
dengan ayat-ayat Quran. Lagi diorang duduk bertenggek atas frame Ayat
Kursi tu ada lah. Allah sendiri perlihatkan pada saya, ada makhluk kurus
dan berperut buncit kepala botak warna hijau duduk bertenggek atas
frame Ayat Kursi tu. Kelakar wei rupa dia. Tak hensem pun. Kalau Allah
perlihatkan dekat korang rupa diorang ni, mesti ramai yang terkejut,
sebab diorang nampak hodoh, menyeramkan, rasa nak pengsan semua ada.
Diorang ni macam tak tahu apa-apa. Takde perasaan.
Abah dan arwah Mak lah yang bersusah-payah cari penawar untuk saya
supaya saya tak nampak benda-benda macam tu lagi haha! Sifat orang tua
ni memang macam tu. Diorang punya risau tahap dewa hehe! Diorang bawa
saya pergi berubat sampai ke Johor. Tak ingat Johor tu dekat mana sebab
masa tu saya kecik lagi. Sifat budak-budak ni dia tak tahu nama tempat,
tapi dia mudah ingat peristiwa. So sejak itu, saya dah tak nampak
apa-apa makhluk dengan izin Allah.
Allah Maha Tahu.
Allah tahu kot kalau saya nampak lagi makhluk-makhluk tu, saya pengsan agaknya :D
Anyway... Apa yang saya nak sharing disini bukan cerita bagaimana rupa makhluk Allah ini semata-mata cuma ketahuilah bahawa :
1) bukan kita saja yang duduk dalam dunia ini tapi ada makhluk lain.
Mereka di alam lain tapi nampak macam duduk dalam dunia kita. Sebab tu
diorang suka hati je nak bergayut atas kipas ke, bertenggek atas Ayat
Quran ke, pijak-pijak makanan atas meja makanan kita ke... sebab bagi
diorang dunia kita ini adalah permainan bagi diorang.
2. Kita tak nampak mereka tapi mereka nampak kita. Sebab itulah kita
wajib baca doa sebelum makan dan minum. Kalau tak baca doa makan,
diorang pun makan sekali dengan kita. Sebelum kita baca doa makan lagi
diorang dah duduk bertenggek pada pinggan, mangkuk, sudu, garfu, cawan
minuman yang kita nak suakan ke mulut kita. Bayangkan sekecil-kecil sudu
garfu itu pun diorang boleh duduk bertenggek nak tumpang makan dengan
kita, apatah lagi pada pinggan nasi korang? Bukan seekor dua pula tu
yang menunggu nak makan sekali dengan kita tapi berpuluh-puluh ekor! So,
wajib baca doa sebelum dan selepas makan.
3. Islam suruh kita tutup makanan yang terdedah dan makanan yang terbiar
sebab makhluk lain boleh makan makanan kita yang terdedah dan terbiar
tu. Cara mereka makan makanan yang terbiar dan terdedah adalah dengan
menghidu makanan tersebut. Sebab itulah makanan yang terdedah itu cepat
rosak dan basi. Makhluk ini tak tahu apa itu meja tempat letak makanan.
Mereka hanya tahu makanan sahaja. Sebab itulah mereka pijak-pijak &
melompat-lompat atas meja makan. Paling sadis, makhluk ini main
langkah-langkah dan mencangkung pada makanan yang terdedah & terbiar
itu. Paling hardcore... tak mustahil makhluk-makhluk ni boleh berak,
kencing pada makanan yang terdedah dan terbiar tu.
4. Kita tak nampak makhluk lain, jangan ingat mereka takde disekeliling
kita. Sebab itulah Islam suruh kita mandi jangan tanpa seurat benang
sekalipun. Paling kurang pun, mandilah pakai seluar dalam. Awak tahu
kenapa saya cakap macam ni? Sebab bila kita mandi tak pakai apa-apa, dia
pun main air dengan kita sambil ketawa-ketawa tengok badan kita. Scary
wei kalau tiba-tiba kita dah besar ni nampak ada makhluk lain muncul
depan kita main air dalam toilet dengan kita... Dah lah bilik air tu
rumah syaitan. Haaa ini pengalaman saya masa kecik-kecik dulu dok main
dengan anak jin sampai time mandi kahkah!
5. Makhluk-makhluk ni sentiasa ada disekeliling kita cuma kita yang tak
nampak. So kalau tidur tu, kalau boleh jangan tidur bogel. Tak kisahlah
awak tu lelaki ke perempuan sebab diorang ni makhluk yang bernafsu jugak
macam manusia. Malam-malam kita tidur bogel, tak mustahil
makhluk-makhluk ini yang akan belai-belai setiap inci badan kita, cuma
kita je yang tak sedar, tak rasa, tapi diorang puas. So sebelum tidur,
jangan lupa ambil wudhuk, baca doa sebelum tidur, amalkan surah-surah
lazim. Insya'Allah Allah jaga kita.
6. Jangan mensyirikkan Allah. Jangan percayai ayat-ayat suci yang
dijadikan frame sebagai alat untuk menghalau jin atau kuasa jahat. Frame
ayat suci itu hanya makhluk. Makhluk tiada kuasa melainkan Allah yang
Maha Berkuasa. Kita wajib percaya pada Allah, wajib beriman pada Allah.
Ayat Al-Quran itu hanya asbab, bukan untuk disyirikkan dengan percaya ia
dapat menghalang kuasa jahat.
7. Ibubapa tolong perhatikan anak-anak anda. Jangan kerap membiarkan
anak-anak bermain seorang diri. Makhluk-makhluk macam ni mudah dibuat
teman. Anak-anak mudah berdamping dengan golongan mereka. Walaupun anak
tunggal, wajib berikan perhatian sepenuhnya. Makhluk-makhluk begini suka
pada kanak-kanak dan mudah memperdayakan mereka. Paling membimbangkan,
makhluk-makhluk ini kalau dah suka anak-anak kita, tak mustahil dia bawa
lari, sorokkan ke dunia dia.
8. Sebab kita tak nampak makhluk-makhluk ini, maka suami isteri kena
berjaga-jaga. Baca doa sebelum dan selepas bersama suami isteri. Ini
penting. Tak ramai pasangan Islam yang ambil berat. So perbanyakkan ilmu
agama, belajar tambah ilmu. Islam ini agama yang sangat menjaga kita.
Alhamdulillah. Terima kaseh, Allah. Kalau Allah tak bagi saya peluang
nampak benda-benda macam ni masa kecik-kecik dulu, tak ada lah
penyampaian ini. Sesungguhnya Allah jadikan sesuatu kejadian itu
bukanlah dengan sia-sia, tapi untuk kita belajar, tahu, kenal dan
diambil pengajaran.