Seorang Muslim,
Adalah orang islam lain selamat daripada LISAN dan TANGANNYA iaini
orang ISLAM itu mesti selamat daripada kita Lisan dan Tangan.
Kenapa LISAN?
- Jangan MAKI orang ISLAM.
- Jangan MERENDAHKAN orang ISLAM
Sesiapa yang melihat sesuatu kemungkaran, ditegah kemungkaran itu dengan tangannya
dengan lisannya dan juga dengan hatinya.
Dan demikian juga selemah lemahnya IMAN iaitu yang mungkar ditegah, yang tidak betul dibetulkan,
yang tidak lurus diluruskan, tetapi tiada HAK hendak memaki kepada orang yang tidak betul.
Kalau orang berbuat mungkar,
Perbuatannya itu yang mesti ditegah,
Tetapi tidak boleh dihina dan dihukum.
MAKI orang adalah perbuatan orang yang FASIK.
"Jangan ada satu kaum menghina kaum yang lain"
Mungkin yang dihina lebih baik dari yang MENGHINA.
Dalam HADIS NABI S.A.W bersabda
"Jangan kamu merendahkan orang lain yang mungkin nanti ALLAH S.W.T akan
tunjukkan kelemahan kamu dan mengangkat orang yang kamu maki itu"
Yang menentukan kita baik atau tidak ialah NANTI bukan sekarang.
Selagi kita tidak disanjung oleh ALLAh S.W.T tiada makna sanjungan dari manusia.
Hal yang pertama adalah jaga orang islam lain selamat dari mulutnya dan kedua
daripada tangannya.
No comments:
Post a Comment