Monday, 22 August 2016

Azab Meninggalkan Solat Fardhu

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Barangsiapa yang memudahkan dan mensia-sia akan sembahyang lima waktu, nescaya akan diseksa oleh Allah SWT dengan lima belas siksa. Enam didalam dunia, tiga ketika hendak mati, tiga didalam kubur, dan tiga lagi semasa waktu bangun dari kubur menuju akhirat”
1. Enam siksaan semasa di dunia
  • Umur tidak diberkati, hidup panjang tetapi kosong dari amalan kebajikan
  • Rezeki tidak diberkati
  • Tipadamkan tanda mukanya dari orang-orang yang soleh
  • Tiada mendapat bahagian dari doa orang-orang yang soleh
  • Tiap-tiap amalannya tidak diterima oleh Allah
  • Tidak diangkat doanya, doanya tidak dimakbulkan oleh Allah

2. Tiga siksaan semasa hendak mati
  • Mati dalam keadaan sangat hina, tidak dapat mengucap dua kalimah syahadah
  • Dimatikan oleh Allah dalam keadaan dahaga, walaupun diberi minum dengan air laut, ia tidak dapat menghilangkan dahaganya
  • Mati dalam keadaan yang sangat lapar

3. Tiga siksaan semasa di dalam kubur
  • Allah menyempitkan kuburnya sehingga berlaga tulang rusuk kanan dengan tulang rusuk kiri
  • dibukakan salah satu pintu neraka di dalam kuburnya
  • Allah mewakilkan seorang malaikat untuk menyiksanya sehingga hari kiamat bersama seekor ular yang bernama Suju’al Akruk yang matanya dari neraka, kukunya dari besi neraka, dan panjang kukunya sehari perjalanan, dan suaranya seperti petir
 Allah hantarkan seekor ular besar di dalam kubur nanti yang bernama Sujaul Aqra. Tuhan buat ular ni daripada api neraka. Ular kat dunia pun kita takut dah, ular air jer tapi melolong dah kita, dail 911 terus, belum anaconda lagi. Ni ular Tuhan wat nihhh. Takdok dalam dunia, ular alam barzakh.
Kerjanya ialah membelit orang yang tak sembahyang. Mata ular tu daripada api. Tak pelik sebab ni makhluk Allah buat dan kuku ular ni daripada besi. Panjang taring ular tu ibarat sehari perjalanan. Kalau panjang taring ibarat sehari perjalanan takkan semeter jer ular tu.

4. Semasa hari kiamat
  • Turun seorang malaikat dari langit iaitu malaikat azab dengan rantai dari api neraka yang panjang tujuh puluh hasta dengan menusukkan rantai tersebut kedalam mulutnya hingga keluar rantai itu melalui duburnya dan menghela sekali dibahagian muka dan belakangnya

No comments:

Post a Comment