Sunday, 7 August 2016

KEJAYAAN SEORANG SUAMI DI MULAI DARI DOA SEORANG ISTERI

Wahai para suami ketahuilah bahwa isteri sangat menyayangi dan mencintaimu lebih dari yang kamu tahu.
Yang mencintaimu apa adanya, bukan ada apanya. Yang menyayangimu kerana hati bukan karna harta dan fisikal mu.
Dia mencintai dan menyayangimu dengan setulus hati dan sepenuh jiwa. Yang akan setia menemani hidupmu dikala sehat dan sakitmu, dikala susah dan senangmu, dikala derita dan bahagiamu, dikala sedih dan senyummu, dikala perih dan pahitmu, dikala muda dan tuamu, dikala gelap dan terangmu, dikala panas dan teduhmu, dikala mendung dan hujanmu, dikala petir dan pelangimu.
Belahan jiwamu akan selalu ada untukmu kerana kau adalah
separuh nafasnya.
Dia akan selalu menjagamu kerana kau sangat berharga dari apapun.
Dia akan selalu tersenyum kerana kau adalah jantung hatinya.
Dan dia akan selalu mendo'akanmu kerana kau adalah separuh hidupnya.
Hal Terindah dari seorang isteri adalah bukan saat ia tersenyum bahagia.
Tapi saat butiran air matanya terjatuh saat berdoa.
Bukan kerana kecantikan yang mempesona,tapi kerana sujud rukuknya yang tiada henti.
Atau bukan kerana keelokan tubuh yang di pamerkan, tapi kerana keteguhan IMANnya dalam menjaga auratnya.
Maka ia adalah permata yang dirindukan dan embun yang dinantikan.Bahkan bidadari pun cemburu karnanya.

No comments:

Post a Comment