Semua yang dilangit dan dibumi
dan perkara yang berlaku antara langit dan bumi
Peredaran waktu dan masa
Yang membezakan kejadian kejadian yang berlaku dibumi
Yang tidak ketahui oleh manusia termasuk nasib manusia
Diketahui oleh ALLAH S.W.T.
Maka kamu wahai manusia
Jangan menentukan nasib kamu sendiri dan juga jangan kamu menentukan nasib orang lain.
Diantara apa yang diketahui oleh ilmuNYA ALLAH S.W.T
Bahawasanya orang yang didoakan itu oleh RASULLULLAH S.A.W supaya dihancurkan oleh ALLAH S.W.T kerana terlalu memusuhinya RASULLULLAH S.A.W
Dalam ketentuan ALLAH S.W.T mereka akan mendapatkan hidayah dan
memeluk kepada agama islam
Diantaranya ialah Safwan bin Umyaiyyah, ketika Nabi Muhammad S.A.W mendoakan kepada mereka
supaya dihancurkan oleh ALLAH S.W.T
Allah S.W.T turunkan ayat ini:
Milik Allah yang dilangit dan juga dibumi, Allah ampunkan, sesiapa yang ingin diampunkan dan
Allah S.W.T akan menghukum sesiapa sahaja yang mahu dihukum oleh Allah S.W.T
Yang kamu doakan itu wahai Rasullullah, dalam ketentuan ilmu yang sudah kucatitkan yakni Allah,
orang itu akan mendapat hidayah, walaupun kamu mendoakan kehancuran kepada orang yang sudah aku catitkan dapat hidayah, yang akan berlaku adalah apa yang aku catit.
Nabi mendoakan kehancuran kepada mereka
Diingatkan oleh Allah S.W.T,
dan Nabi pun pernah mendoakan supaya ALLAH S.W.T mengampunkan satu golongan
tak diampuan oleh ALLAH S.W.T
SEBAB YANG BERHAK MENGAMPUNKAN HANYA ALLAH S.W.T
YANG BERHAK MENGAZAB ITU HANYA ALLAH S.W.T
BUKAN KITA YANG MENENTUKAN NASIB SESEORANG UNTUK DIAMPUNKAN
ATAU DIAZAB OLEH ALLAH S.W.T
Bukankah Nabi pernah mendoakan kaum munafikin
supaya diampunkan oleh ALLAH S.W.T
Mereka berpaling
Akhirnya ALLAH S.W.T Berfirman:
"Ya Rasullullah, kalau engkau memintakan ampuan untuk mereka 70 kali hendak minta ampun untuk
mereka, Allah takkan ampunkan kepada mereka"
No comments:
Post a Comment