Soalan : Saya nak bertanya kalau saya tengah solat zohor waktu asar
pun sampai. haruskah saya qada zohor? dan apakah waktu-waktu di larang
solat sunat?
Jawapan :
Jika saudara dapat satu rekaat setelah bangun daripada rukuk dan azan
asar berkumandang maka saudara telah mendapat solat zuhur, teruskan
solat sehingga selesai. Jika saudara baru baca al Fatihah rekaat pertama
kemudian mendengar azan asar maka teruskan juga solat zohor sehingga
selesai tetapi pahala yang saudara dapat adalah pahala solat qada zohor.
Jangan niat qada’ teruskan solat zohor seperti biasa. hingga salam.
Diriwayatkan hadis daripada Abi Hurairah (r.a) bahawa Rasulallah SAW
bersabda: ‘Barangsiapa mendapat satu rakaat dari solat Subuh sebelum
bahawa terbit matahari, maka sungguh-sungguh mendapat (dia) solat Subuh,
dan barangsiapa mendapat satu rakaat dari solat ‘Asar sebelum bahawa
terbenam matahari, maka sungguh-sungguh mendapat (dia) solat ‘Asar.’
(Hadis Riwayat Muslim, Kitab Solat)
Mengikut hadis di atas, Rasulallah SAW memberikan ketetapan syariat
bahawa jika kita dapat satu rakaat solat Subuh, yakni apabila sempat
kita selesaikan rakaat pertama, kemudian naik matahari, yakni luput
waktu Subuh, kita tetap dikira telah mendapat keseluruhan solat Subuh
itu. Yakni, walaupun matahari sudah terbit, kita hendaklah teruskan
rakaat kedua. Walaupun, kemudahan sedemikian diberikan kepada kita,
tidaklah kita menjadikan amalan biasa mensolatkan solat-solat kita pada
waktu-waktu yang hampir kepada waktu haram bersolat. Begitu juga untuk
solat zohor, asar, magrib dan isyak jika mendapat 1 rakaat tiba-tiba
azan berkumandang maka kita telah mendapat keseluruhan solat tersebut.
2. Waktu-waktu yang di haramkan solat sunat.
Perkara ini ada disebutkan di dalam hadis :
عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم نهى عن صلاة بعد العصر حتى تغرب الشمس ، وبعد الصبح حتى تطلع الشمس
Daripada Abi Hurairah r.a : “Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang
dari mengerjakan solat selepas Asar sehingga terbenam matahari dan solat
selepas Subuh sehingga terbit matahari.” (Hadis Riwayat Imam Bukhari,
Imam Muslim, Imam Abu Dawud, Imam Tirmizi,Imam Nasaie dan Imam Ahmad.).
Daripada Uqbah bin Amir Al Juhani r.a., katanya:
ثَلَاثُ سَاعَاتٍ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ يَنْهَانَا أَنْ نُصَلِّيَ فِيهِنَّ أَوْ أَنْ نَقْبُرَ فِيهِنَّ
مَوْتَانَا حِينَ تَطْلُعُ الشَّمْسُ بَازِغَةً حَتَّى تَرْتَفِعَ وَحِينَ
يَقُومُ قَائِمُ الظَّهِيرَةِ حَتَّى تَمِيلَ الشَّمْسُ وَحِينَ تَضَيَّفُ
الشَّمْسُ لِلْغُرُوبِ حَتَّى تَغْرُبَ
“Ada tiga waktu yang Rasulullah SAW melarang kita solat atau
menguburkan jenazah pada waktu-waktu tersebut. Pertama, ketika matahari
terbit hingga ia agak meninggi. Kedua ketika matahari tepat berada di
pertengahan langit (tengah hari tepat) hingga dia telah condong ke
barat. Ketiga, ketika matahari hampir terbenam sehingga dia telah
tenggelam sama sekali.” Dari Ibnu Umar r.a bahawa Rasulullah SAW
bersabda: “Jika hijab matahari telah terlihat, tangguhlah solat sehingga
benar-benar nampak. Jika matahari menghilang, tangguhlah solat sampai
matahari benar-benar terbenam.” (Muttafaq ‘alaih).
Lima Waktu Ditegah Melakukan Solat
Dalam banyak waktu solat yang perlu diwaspada adalah mengenai lima masa
yang dilarang melakukan solat sunat. Bilakah lima waktu tersebut?
1) Sesudah menunaikan Solat Fardhu Subuh sehingga terbit matahari.
2) Semasa terbit matahari sehingga ia meninggi kadar setombak.
3) Ketika matahari tegak di atas kepala sehingga ia condong ke barat.
4) Selepas menunaikan Solat Fardhu Asar sehingga terbenam matahari.
5) Semasa matahari hampir terbenam sehingga tenggelam seluruh bulatannya.
No comments:
Post a Comment