Sunday, 14 August 2016
Jangan Marah, Maafkan Orang Lain
Kata Baginda Rasullullah S.A.W : "Laisal Qawi"
Bukan orang yang kuat adalah "Bissur'ah" iaitu orang yanh kuat didalam bergusti,
(Badannya besar, lawan dengan orang lain tidak pernah dikalahkan)bukan itu orang yang kuat.
"Al-Qawi" orang yang kuat itu orang yang mampu mengawal hawa nafsunya ketika MARAH
"orang yang memaafkan kepada orang lain"
Terkadang, orang boleh tahan marah
Tapi dia tidak maafkan kepada orang itu.
Tapi maaf, itu mencabut sifat marah itu dibuang.
Maknanya tidak ada simpan didalam.
Ini bukan mudah.
Cakap sahaja mudah, teori memang mudah.
Apabila praktikal kena kepada kita, tahu macammana nak buat.
Hidup umpama madrasah
Kita belajar, berlatih dalam kehidupan, dengan realiti.
Apa sahaja yang kita hadapi daripada kejadian dan keadaan ini,
adalah mengundang reaksi daripada kita.
Yang kalau kita terbimbing dengan ayat ayat yang seumpama ini,
Kita akan belajar bagaimana menghadapi perkara dan kejadian yang ada dihadapan ini.
Untuk tidak menyingkapi permasalahan,lebih dari yang sepatutnya,
Perkara kecil, nak menyingkapi yang besar,
Kata pepatah arab mengatakan
"Ubati luka iti, dengan kadarnya"
seperti
Yang kecil jangan dipebesarkan, kalau besar diperkecilkan.
Kalau tidak hidup tidak akan tenteram sentiasa masalah.
Kalau kita sentiasa menganggap sesuatu itu masalah besar,
Kita tidak boleh berdamai.
Ubati luka itu dengan kadar saiznya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment