Syaitan
dan Iblis akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan
memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke
akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat
iaitu ketika sakaratul maut.
Apabila 7 Rombongan “IBLIS” datang Ketika Sakaratul Maut.. Apa yang terjadi ketika itu..
Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan. Hadith Rasulullah SAW. menerangkan:
Yang bermaksud: Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan syaitan di waktu maut.
Rombongan 1
Akan
datang Iblis dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh
seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman
yang lazat-lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu
di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut,
maka diraba dan disentuhnya barangan Iblis itu, di waktu itu nyawanya
putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada
Allah SWT inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.
Rombongan 2
Akan
datang Iblis kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan
diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular
dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut
itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan
melompat sekuat hati. Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu
dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati
dalam keadaan lupa kepada Allah SWT, matinya itu sebagai Fasik dan
Munafik dan
ke nerakalah tempatnya.
Rombongan 3
Akan
datang Iblis mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul
maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat
kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu
berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat
dengan Kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan Kuda lumba
(judi). Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan
ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu
meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba
itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa
kepada Allah SWT. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah
tempatnya.
Rombongan 4
Akan
datang Iblis merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh
orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang
yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk
melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah
maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan
nerakalah tempatnya.
Rombongan 5
Akan
datang Iblis merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak
mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman,
sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan
minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil
makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai
oleh Iblis, berkata dengan rayu-merayu Wahai anakku inilah sahaja
makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa
engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya
kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga.
Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi,
ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan
kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan
semasa hidupnya.
Rombongan 6
Akan
datanglah Iblis merupakan dirinya sebagai ulamak-ulamak yang membawa
banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: Wahai muridku, lamalah sudah kami
menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu
sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh
bersama dengan ubat untukmu. Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah
rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali. Lalu datanglah
pula Iblis yang menyerupai ulamak dengan berkata: Kali ini kami datang
kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik,
tahukah kamu bagaimana hakikat Allah? Berkata orang yang sedang dalam
sakaratul maut: Aku tidak tahu. Berkata ulamak Iblis: Ketahuilah, aku
ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali
dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi.
Cubalah
kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak
mengetahui Zat Allah SWT hendaklah kamu patuh kepada kami. Ketika itu
orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri,
dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan
syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Iblis bagi tujuan mengacau
orang yang sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang sedang
dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu: Bagaimanakah Zat
Allah? Iblis merasa gembira apabila jeratnya mengena. Lalu berkata
ulamak palsu: Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka
kepadamu. Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna
warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat
satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan
bumi.
Rombongan 7
Rombongan
Iblis yang ketujuh ini Iblis terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72
barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad SAW bahawa umat
Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang
benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat.
Ketahuilah bahawa Iblis itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam
dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia
sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang
hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk
menyelamatkan dirinya dari gangguan Iblis dan syaitan yang akan berusaha
bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut.
Bersesuaian dengan sebuah hadith yang bermaksud: Ajarkan oleh kamu
(orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha
Illallah.
No comments:
Post a Comment