Perang Uhud
Seramai 700 orang muslimin maju melawan 3000 orang dari kaum Musyirikin. 50 orang
pemanah yang diperintahkan Rasullullah S.A.W untuk tidak berganjak dari bukit uhud.
Lupa akan perintah Rasullullah S.A.W Sebahagian besar pemanah turun dari bukit uhud untuk
mendapatkan harta rampasan perang yang mengakibatkan pasukan muslimin dikepung dan dikalah
dengan 70 orang syahid namun Allah telah memaafkan mereka. (Ali-imran 152)
Kalau dalam peperangan Uhud itu,
Kaum muslimin menang,
Disaat pelanggaran dilakukan, maka ini akan berlawanan dengan matlamat agama islam
Dimana kebenaran dan kemenangan didalam islam tidak boleh dicapai melalui perlanggaran.
Peperangan uhud bilamana dimenangi oleh kaum muslimin dengan perlangaran kaum muslimin,
boleh dikatakan islam boleh menang dengan perkara yang mungkar. Islam boleh menang dengan perkara
yang batil. Islam boleh tinggi dengan perlanggaran kepada Allah S.W.T sebab kaum muslimin melanggar daripada perintah Rasullullah S.A.W boleh menang juga.
Tetapi
Sunnahtullah yang ditetapkan perlanggaran yang berlaku kepada sebahagian kaum muslimin
dan kekalahan yang dialami oleh kaum muslimin
menunjukkan adalah bahawa islam adalah memang benar tidak boleh dicapai kemenangannya
dengan perlanggaran Kepada Allah S.W.T.
BUKTINYA
Perlanggaran yang dilakukan oleh kaum muslimin yang mereka keluar ingin memperjuangkan islam
itu adalah benar TETAPI
oleh kerana perlanggaran berlaku didalam memperjuangkan kebenaran, kekalahan dialami oleh kaum muslimin
DISINILAH ALLAH meletakkan bahawanya ISLAM tidak boleh dimenangkan dengan kebatilan.
ISLAM tidak boleh tinggi dengan perkara yang mungkar TETAPI akan tinggi dengan perkara yang hak.
Allah tidak akan menolong kebenaran dengan cara perlanggaran kepada ALLAH S.W.T
MAHA SUCI ALLAH S.W.T untuk menjadikan syariatnya dimenangkan daripada perlanggaran kepada
ALLAH S.W.T
Dalam konsep agama, bukan menghalalkan segala cara
Tujuan mesti menentukan jalan apa patut untuk diambil sehingga sampai kepada tujuan yang BENAR
mesti menggunakan WASILAH yang benar.
No comments:
Post a Comment