''Allah tidak mahu menunjukkan pada Engkau perkara yang Gaib"
yang disimpan oleh hati kaum munafikin kekufurannya yang menzahirkan islamnya,
kamu tidak akan diberitahu oleh ALLAH S.W.T yang mana satu munafik yang mana satu BUKAN.
Kenapa Allah S.W.T tidak menunjukkan?
Supaya tidak mudah menghukum orang lain dengan isi hati orang tetapi ALLAH S.W.T menzahirkan
secara practical melalui perbuatan yang dinampakkan oleh mereka sendiri.
Perbuatan orang yang TIDAK BETUL pada akhirnya mereka akan terungkap dengan ketidakbenarannya.
Allah S.W.T menunjukkan sifat MUNAFIK itu yang dikenali oleh kaum muslimin sebelumnya
kaum muslimin masih tertanya-tanya yang mana satu MUNAFIK yang mana BUKAN kerana cukup ramai
munafikin.
Ketika itu juga dengan dinampakkan ketika peperangan UHUD baginda RASULLULLAH S.A.W yang membawa kaum tentera untuk berperang menentang melawan kaum musyirikin, dengan 1000 orang tenetra dan 300 daripada mereka berpatah balik.
Khianatnya mereka meninggalkan kaum mukmin Perbuatan 300 orang itu sudah memberikan jawapan kepada orang yang beriman. Perbuatan kufur mereka yang disimpan didalam HATI dizahirkan oleh ALLAH S.W.T dengan sikap mereka sendiri.
Agar supaya kita orang yang beriman juga tidak mudah untuk menghukum orang lain dengan apa yang disimpan didalam hatinya kerana ALLAH S.W.T tidak MENGAJARKAN kepada kita menghukum
orang lain dengan apa yang disimpan oleh hati orang itu.
Allah S.W.T sendiri tidak menunjukkan dan menzahirkan,
dan yang berhak hanya ALLAH S.W.T sahaja.
No comments:
Post a Comment