Monday, 13 February 2017

HINDARKAN DIRI DAN KELUARGA DARI BALA DENGAN BERSEDEKAH


Rasulullah S.A.W berwasiat kepada Ali bin Abi Thalib “Wahai Ali, sedekah itu dapat menolak takdir mubram. Wahai Ali, tiada kebaikan dalam ucapan kecuali apabila diamalkan, dan tiada kebaikan dalam bersedekah kecuali apabila diikhlaskan (kerana Allah)”. (Al-Wasail 6: 267, hadis ke 4)
Rasulullah S.A.W. juga pernah bersabda bahawa: “Amalan sedekah kalian akan menghindarkan 70 kecelakaan”. Riwayat al Tabrani
Marilah kita menghindarkan diri kita dan keluarga daripada bala, dengan bergegas dalam bersedekah. Tukarkan dan jualkan segala kesulitan hidup kita dengan berurusniaga bersama Allah S.W.T. melalui amalan bersedekah, kerana sesungguhnya, Dia pasti Membelinya dengan harga yang paling tinggi dan menjanjikan keuntungan yang amat lumayan untuk kita.
Bersedekahlah dengan harta terbaik dan perasaan terindah yang pernah dimiliki. Masihkah perlu bertangguh? Janganlah menunggu hari esok. Lakukannya segera, sekarang juga!.

IKHLAS KAH AKU?


Untuk itu renungilah kata2 Imam Hasan Al Banna:
“Di dunia ini, dari banyaknya jumlah manusia hanya sedikit saja dari mereka yang sedar. Dari sedikit yang sedar itu hanya sedikit yang berIslam. Dari sedikit yang berIslam itu hanya sedikit yang berdakwah. Dari mereka yang berdakwah lebih sedikit lagi yang berjuang. Dari mereka yang berjuang sedikit sekali yang bersabar. Dan dari mereka yang bersabar hanya sedikit sekali dari mereka yang sampai akhir perjalanan”
Biar Allah yang memberikan ganjarannya. InsyaaAllah.

KASEHANI PADA ORANG YANG DENGKI KITA


Orang yang paling derita jiwanya, orang hasad dengki. Sakit hati, derita, kecewa, marah, gelisah. Lihat sahaja orang lebih darinya, sakit hati. Ingin mengusahakan orang itu hilang nikmat darinya. Nikmat bertambah pada orang itu. Aduh! Marahnya meluap-luap, kecewanya bertambah parah. Lebih-lebih lagi ingin jatuhkan atau rosakkan orang, dia pula yang terjatuh
Wah! Hatinya bertambah marah dan parah. Apabila orang makin berjaya, dia sebaliknya, hatinya semakin tidak tenang. Hilang ketenangan, fikiran tidak menentu dan bercelaru. Semakin berjaya musuhnya, semakin derita dan kecewa jiwanya. Begitulah keburukan orang yang hasad dengki. Jiwanya tidak pernah tenang dan senang. Kalaupun Tuhan tidak menghukum. Derita jiwanya itu pun sudah cukup sebagai hukuman kepadanya.Janganlah menjadi orang yang hasad dengki. Akibatnya engkau menghukum diri sendiri.
Firman Allah swt dalam surah Al-Humazah : ayat 1 "Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji" . Jika tak mahu kecelakaan dalam kehidupan, belajarlah bercakap baik atau diam!!. Kita perlu kasehani pada mereka yang mendengki kat kita sebab mereka merasa kehidupan kita lebih baik dari mereka. Kesian ek?

BILA TERASA ORANG TAK SUKA KITA


Biasalah orang melayu ramai yang jadi doktor falsampah tak bertauliah. Lagi2 kalau berkerja dengan semua melayu, macam2 falsampah yang terbit. Bahagia sangatkah mereka yang berjaya menyakiti hati orang lain?. Tahap kesabaran kita ada had...kena juga berkata-kata sekali sekala. Tapi apa guna berdebat jika ia mengeruhkan lagi keadaan. Hidup ini pendek masanya. Maka janganlah dipendekkan lagi dengan kekeruhan. Berdoalah mohon kepada Allah swt.. kalau ada orang tak suka kat kita, actually kita nak buat macamana kan? sebab yang ada masalah sekarang ialah diorang bukan kita. Abaikan mereka yang tak suka kita, satu tak suka kita ada seribu lagi tak suka dengan mereka.
Tak semua orang suka kita kan..apa yang penting, berbuat baik dengan semua orang dengan layanan yang baik dan doa yang baik² je. Mesti ada sebab kenapa orang tak suka. Betul! berdoalah yang terbaik moga sama-sama dapat petunjuk. Sebab kadang kita tak sedar salah-silap kita. Kat mana-mana pasti ada orang yang tak suka kita, walaupun kita ini tidak pernah berbuat jahat pada mereka. Biasalah.. itu yang dinamakan kehidupan.
Berat juga nak buatkan? Bila orang mula tak suka, kita lawan dengan doa bukan dengan kata-kata, agar keadaan tidak menjadi tegang. Walaupun kita tak bersalah. Orang yang tak suka kita ni, nanti lama-lama akan terasa sendiri dan berubah baik pada kita. Selalunya macam itu la.. InsyaaAllah. No matter what, jangan jauhkan diri kita dari mereka. Mungkin salah kita, mungkin kita fikir buruk tapi mereka okey je dengan kita. Its normal to feel that way..ujian Allah untuk kita. Mungkin Allah nak kita mengadu pada Dia. Think positive my dear :)
.
.
.

ALLAH NAK KITA TAHU.... TAKDIR TETAP MILIK DIA


Ramai orang tidak terkesan di hatinya dengan mujahadah. Tetapi terkesan dengan musibah. Bersabarlah wahai hati. Yakinlah bahawa Allah sentiasa ada bersamamu, bila ditimpa musibah, hadapilah segalanya dengan tabah dan ucapkanlah “Innalillahiwainnailaihirajiun” yang bermaksud; sesungguhnya dari Allah kita datang, dan kepada-Nya juga kita kembali.
Allah nak kita tahu tak semua yang kita harap akan jadi kenyataan. Allah nak kita tahu yang indah di dunia itu sementara. Allah nak kita tahu takdir tetap milik DIA walau impian itu milik kita.
Menangis itu tak salah. Menangis lah sekali sepuas hati. Lepaskan segala di dalam tangisan itu. Segala perasaan duka. Hampa. Kecewa. Tapi jangan biarkan berterusan. Kuatkan diri, hati untuk terus bangun, bangkit daripada tangisan itu. Lapangkan dada untuk teruskan hari-hari akan datang. Ingat. Kita masih ada Allah.
Kenapa takut untuk cari Allah? Kenapa takut untuk luahkan padaNya. Ceritalah segala-galanya pada Allah. Luahkan semua rasa yang terpendam. Biar hati lapang. Biar jiwa tenang. Jangan terus berduka. Jangan terus bernafas dengan kenangan lama. Allah ada bersama kita.
Janganlah kamu bersedih. Suatu hari nanti semuanya akan terubat. Janganlah kamu menyerah kalah, kerana Allah sentiasa bersamamu. Sakit dan luka tu, hanya sebahagian dari perjalanan hidup. Semua perkara yang terjadi adalah bersebab. Suatu hari nanti kita akan tersenyum bila bertemu hikmah yang bakal Allah tunjukkan.
Percaya pada Allah. :’)

CUKUP ALLAH YANG TAHU SIAPA AKU...



Aku tidak sebaik itu, jangan nilai dari posting2ku, aku sebenarnya menasihati diri ku sendiri. Kamu tidak tahukan, bagaimana aku mengemis pada Allah untuk mengampuni dosa-dosa ku yang menggunung. Jika kamu melihat perubahan yang baik pada diriku, jangan puji aku! Tetapi do'akan aku agar dapat menjadi manusia yang lebih baik. Tetap taat kepada Allah SWT. Kerana keimanan seseorang itu naik-turun.
Aku takut terlena oleh pujian dan itu hanya akan menambah dosa saja. Bahkan hingga sampai saat ini, aku menyedari masih banyak melakukan kesalahan yang mengecewakan Allah SWT. Aku masih sering dikalahkan oleh hawa nafsuku sendiri. Tetapi Allah Maha Baik dan sangat mencintai setiap hambanya, hingga Allah menutupi aib yang ada dalam diriku. Oleh kerana itu, cukup Allah yang tahu siapa aku. Maaf bila ada kesalahan kata yang kurang tepat.

PERLU KAH MENANTI SESUATU YANG TAK PASTI?



Masa kecik2 kita selalu lambai tangan kat kapalterbang, walaupun mereka tak nampak kita pun, tapi kita tetap lambai juga. Dari situ kita belajar satu.. jangan kejar atau terhegeh kat orang yang tak nampak kehadiran kita dalam hidup dia. Janganlah mengharapkan sesuatu yang tidak pasti, kerana ketidakpastian akan membuat kita sakit hati.
Kita mengharapkan dirinya tercipta untuk diri kita. Dan jika jalan takdir pertemuan itu tidak dapat menyatukan hati kita dan dia. Redhailah! Itu ada hikmahnya.mungkin pertemuan indah itu, sekadar untuk pengalaman hidup untuk diri kita. Sebab itu, jangan letakkan 100% harapan kepada dia.tapi, letakkan harapan sepenuhnya pada Yang Maha Pemberi Cinta..Doa lah mohon pada Allah.
Perasaan sayang tidak boleh di paksa, biarlah ia terpendam di dalam doa yang tersembunyi. Sampai suatu masa nanti pasti Allah akan tunjukkkan siapa yang lebih layak untuk kita. If you are brave to say "goodbye", life will reward you with a new "hello"..

SELALU MERASA CUKUP

Cukup cukuplah...
Kita selalu rasa tak cukup dengan apa yang kita ada. Betul kan kan kan? Sememangnya kita sentiasa berkeinginan terhadap sesuatu kerana adanya nafsu yang mendorong dalam diri kita. Mari amalkan doa yang diajarkan oleh Nabi s.a.w di bawah ini, agar hati dan diri kita ditiup dengan sifat qanaah. Menurut Imam Nawawi, kekayaan (ghina') yang dimaksudkan dalam doa di atas adalah kaya hati (jiwa) yang tidak bergantung kepada manusia dan apa-apa yang ada di tangan (di sisi) mereka. Malah jika kehilangan sesuatu, mereka tidak terhenyak dengan kesedihan.
Imam Nawawi juga mengatakan, “Kaya yang terpuji adalah kaya hati, hati yang selalu merasa puas dan tidak tamak dalam mencari kemewahan dunia. Kaya yang terpuji bukanlah dengan banyaknya harta dan terus menerus ingin menambah dan terus menambah. Kerana barangsiapa yang terus mencari dalam rangka untuk menambah, ia tentu tidak pernah merasa puas. Sebenarnya ia bukanlah orang yang kaya hati."
Mari berusaha jadi kaya. kaya di dunia, kaya di sana. =)

Doa Agar Diberikan Ketetapan Hati

Ketika wajah lelah memikirkan dunia,
maka BERWUDUKLAH,
Ketika tangan letih menggapai cita-cita,
maka BERTAKBIRLAH,
Ketika bahu tak kuasa memikul amanah,
maka BERSUJUDLAH,
Ikhlaskan semua dengan mendekat kepada ALLAH,
Agar tunduk disaat yang lain ANGKUH,
Agar teguh disaat yang lain RUNTUH,
Agar Tegar disaat yang lain RAPUH,
dan Sabar disaat yang lain MENGELUH.

TANDA2 ISTERI TIDAK HORMAT SUAMI ( Isteri Derhaka )


Ada beberapa petanda yang boleh memberi petunjuk bahawa rasa hormat terhadap pasangan sudah mula pudar. Petunjuk itu antaranya adalah :
1.Seorang isteri mula memperkatakan kekurangan suami di depan rakan-rakan anda. Hati-hati kerana itulah tanda awal yang paling mudah dikenali.
2.Sering berjenaka atau mengeluarkan sindiran yang sinis lagi tajam terhadap suami.
3.Mula bersikap kasar terhadap suami, seriring dengan yang mulai hilang, isteri juga jadi malas untuk bersikap lembut, manis dan sensitif terhadap suami.
4.Cara isteri mendengar cerita dan keluh kesah suami mula berubah. Ada empat tahap mendengar iaitu mendengar bersungguh-sungguh, memberi tidak balas, mendengar sepintas lalu dan akhir sekali tidak peduli. Jika anda sudah enggan mendengar cerita suami, maka tahap tidak hormat anda pada suami memang sudah terlalu tinggi.
Menilai diri
Jika suami merasakan isteri sudah mula ada tanda-tanda tidak hormat pada suami, maka sudah tiba masanya anda menilai akauntabiliti sebagai pemimpin rumahtangga yang layak dihormati. Mungkin anda tidak menunaikan hak-hak isteri, maka sudah tentulah rasa hormat itu akan kikis sedikit demi sedikit.

7 KUNCI KEBAHAGIAAN


Menurut Sayyidina Ali bin Abi Thalib RA, 7 Kunci Kebahagiaan adalah :
1. Jangan membenci siapapun, walau ada yg menyalahi hakmu.
2. Jangan pernah bersedih secara berlebihan, sekalipun problem memuncak.
3. Hiduplah dalam kesederhanaan sekalipun serba ada.
4. Berbuatlah kebaikan sekalipun banyak musibah.
5. Perbanyaklah memberi walaupun anda sedang susah.
6. Tersenyumlah walaupun hatimu sedang mnangis.
7. Jangan memutus doa untuk saudara mukmin

YA LATIF.. YA LATIF.. YA LATIF..


Wahai Tuhan yang Maha Lembut...
Lembutkanlah hatiku sepertimana telah Engkau lembutkan hati para kekasihMu.
Lembutkanlah hatiku ini untuk sentiasa ingat padaMu.
Untuk sentiasa bermunajat padaMu sepertimana kelaziman para kekasihMu.
Ya Latif...
Aku berlindung dari keras dan matinya hatiku.
Ya Latif...
Wahai Yang Maha Lembut.
Berlembutlah denganku sewaktu hari pengadilan nanti.
Aku bermohon dengan sifat Maha LembutMu.
Agar Engkau mengasihaniku dan mengampuniku.

"BUKAN BERATNYA UJIAN MEMBUAT KITA LEMAH TAPI RINGANNYA HUBUNGAN KITA DENGAN ALLAH YANG MENYEBABKAN KITA TIDAK DAPAT MENANGGUNGNYA"


Pujuklah hatimu andai dugaan yang datang itu seakan bertubi-tubi bagimu. Bukan Allah tidak tahu, betapa dengan ujian dariNya ini, membuat kau terduduk, membuat kau menangis. Pujuklah hatimu andai dugaan yang mendatang itu seakan menghimpitmu. Dia tahu kau merancang itu dan ini, Dia tahu kau mahu itu dan ini, namun yang terjadi adalah sebaliknya. Tidak dapat dinafikan ada ketika kau bertarung dengan perasaan sendiri, rasanya sakit sangat. Apatah lagi pada masa itu orang sekelilingmu seakan tidak memahamimu.
Bukan Allah tidak peduli. Bukan Allah hendak menyeksamu. Bukan Allah sudah tidak melihat usaha dan doa-doamu, bukan Dia tidak kisah air matamu. Dia cuma hendak kamu tahu bahawa Dia menyayangimu. Sangat menyayangimu. Allah tahu itu dan ketahuilah Allah sentiasa memerhatimu dengan pandangan kasih sayang. Dia sentiasa ingin yang terbaik untuk kehidupanmu.
Siapa kita untuk mempersoalkan kenapa kita diuji andai selama ini kita selalu memungkiri perintahNya yang diperintahkan kepada kita? Amat baiknya Allah, dengan ujian yang hadir itu membuat kita lebih matang dan kuat untuk mendepani hari-hari yang mendatang. Maha Pengasih dan Maha Penyayang Allah, Dia uji kita bersebab. Mungkin dengan ujian yang hadir itu, Allah nak angkat darjat kita, Allah nak hapus dosa-dosa kita, dan Allah nak beri pahala pada kita. Maka, senyum dan berbahagialah menjadi insan pilihan yang diujiNya.
Wahai manusia yang mendambakan kebahagiaan didunia dan di akhirat, Andai dugaan itu menjengukmu, tidak dapat tidak, kita kena rapat dengan Allah. Kekuatan itu milikNya, maka mohon kekuatan dariNya, mengadu segalanya dengan Dia. Usahakan untuk perbaiki iman. Solat jangan tinggal dan usahakan solat diawal waktu, lazimi juga diri dengan istighfar dan selawat, dan cuba buat ibadah yang kau tak pernah buat/ tak biasa buat seperti solat tahajud, qiamulail, solat dhuha, dan sebagainya.
Dari situ, insya-Allah kau akan terdidik sedikit demi sedikit untuk kuat, sabar dan redha dengan apapun yang terjadi dalam kehidupanmu. Dari situ kau akan rasa, betapa nikmatnya bergantung harap sepenuhnya pada Allah. Bersabarlah dalam ketaatan untuk beribadah kepadaNya. Moga kesudahan kita semua adalah kesudahan yang baik.
Saya rasa ada benarnya ayat ini: “Bukan beratnya ujian yang membuat kita lemah, tapi ringannya hubungan kita dengan Allah yang menyebabkan kita seakan tidak dapat menanggungnya.”

KEMATIAN


“Perbanyaklah mengingat sesuatu yang melenyapkan semua kelazatan, iaitu kematian!” (HR. Tirmidzi)
Kematian mengingatkan bahawa waktu sangat berharga
Kematian mengingatkan bahawa kita bukan siapa-siapa
Kematian mengingatkan bahawa kita tak memiliki apa-apa
Kematian mengingatkan bahawa hidup hanya sementara
Kematian mengingatkan bahawa hidup begitu berharga

SOKONGLAH YANG REBAH KETIKA KITA TAHU KITA MASIH KUAT


Kita ini hamba yang lemah di dalam serba-serbinya. Masa bahagia, masa ujian tiada.., terasa sebentar sahaja. Sedangkan sakit yang sekejab, bagaikan kehancuran yang menyekat nafas bertahun lama. Waktu derita, membuatkan kita lupa bahawa derita itulah umpan yang akan kita telan sebagai ubat 'kemuliaan' di hujung kehidupan kita. Kita hilang sabar ketika mengharunginya. Kita hilang pegangan yang kita gantungkan ketika semuanya menghempas jiwa sekali gus.
Sokonglah yang rebah ketika kita tahu kita masih kuat, agar suatu masa, ketika kita lemah, ada sumber yang datang mengembalikan kekuatan kita. Sesungguhnya Allah akan menolong orang yang gemar membantu saudaranya dan permudahkan urusan orang lain, nescaya Allah akan mempermudahkan urusan kita.
Semua yang kita lalui ini adalah pengalaman. Tiada yang memiliki ketabahan atau kebaikan peribadi kecuali seseorang yang telah mengalami ujian dan tiada yang memiliki kebijaksanaan kecuali orang yang telah memiliki pengalaman. Mudah-mudahan Allah berikan jalan yang baik melalui jalan dunia untuk sampai ke akhirat yang baik.

HIDUP INI KADANG2 KENA LAYAN DENGAN SELAMBA. RELAKS SUDAH !!....


Meniti penghidupan bergelar manusia, kita belajar banyak benda. Buat itu salah. Buat ini tidak kena. Bercakap ini dikatakan bongkak. Berkata begitu dicakap riak. Tulis begini dikritik. Tulis itu dihentam. Apa lagi tidak kena wahai sang manusia? Manusia makhluk yang mempunyai akal budi. Makhluk yang tersangat aneh. Makhluk yang tidak pernah puas. Makhluk yang misteri. Makhluk yang unik. Makhluk yang terlalu banyak ragam. Makhluk yang baik. Makhluk yang jahat. Makhluk yang kejam. Makhluk yang sopan santun. Makhluk yang penyayang. Makhluk yang dengki. Memang tidak pernah habis akan kriteria untuk seorang insan yang bergelar makhluk Allah S.W.T.
Kita senantiasa berusaha memperbaiki diri. Memperbaiki kelemahan diri seadanya. Mencuba dan terus mencuba melakukan yang terbaik. Manusia dikurniakan dengan kesabaran. Tetapi janganlah diuji kesabaran itu berkali-kali. Nescaya, meledak jua. Manusia dikurniakan dengan akal yang sihat lagi waras. Jangan meletakkan kewarasan itu pada tempat yang tidak sepatutnya. Manusia juga punya hati dan perasaan. Jangan sesekali lukakan sekeping hati yang penuh rasa kasih sayang atas alasan yang tidak masuk akal. Manusia juga dianugerahkan dengan maruah untuk dijaga. Janganlah biarkan maruah disepak terajang oleh manusia. Jangan!
Hidup ini kadang kadang kita kena layan dengan selamba, seadanya. Jangan terlalu baik kalau yang ditempuh itu bagus. Jangan pula terlalu sedih kalau yang datang itu menyakitkan. Layan hidup selamba dan seadanya, hati jadi tenang, fikiran jadi lapang. Kalau kena kata dengan orang jangan ambil terlalu serius, relaks sudah. Memanglah sakit hati, tapi relaks dan buat buat tak kisah lebih baik dari mengamuk gila. Just keep going telling the truth. Memang semua benda takkan ada yang kena dengan 'taste' kita so buat jerla apa yang kita rasa ok, orang nak terima ke tak , itu hak diorang.
Tiada manusia yang sempurna. Jangan salahkan orang lain atas sebab yang berpunca dari diri sendiri. Kita berusaha menjalani kehidupan yang lebih baik hari demi hari. Tetapi mungkin ada manusia yang lebih suka memilih masa silam untuk teruskan kehidupan. Terpulanglah. Semoga kita semua berjaya harunginya. Janganlah susahkan diri kita untuk memuaskan hati manusia sehingga mengorbankan tanggungjawab kita kepada Allah. Kerana mungkin hari ini mereka berpuashati, manakala keesukkan hari mereka kembali sakit hati. Adalah lebih baik kita berusaha untuk memuaskan hati Pencipta kita, walaupun di benci makhluk insani, demi ilahi kita sedang mendapatkan kebahagian hakiki.

BERTUAH ANDAI DI UJI


Korang tahu tak?.. Kita sebenarnya bertuah kalau diuji.
Ujian tu satu rahmat sebenarnya.
Ibarat pekerja2 yang diuji tuannya, amik exam segala untuk naik pangkat dan naik gaji. Ujian ni Allah bagi kat kita untuk naikkan pangkat dan gaji kita kat akhirat nanti..
Tapi tu lah kita...
Bila diuji dengan kesenangan, kita lupa diri, lupa dunia, lupa tuhan.
Bila diuji dengan kesusahan, kita marah2.
Kita bertuah.
Itu maknanya tuhan sayang kat kita.
Itu maknanya tuhan nak tambah ganjaran kita.
Tuhan nak ampunkan dosa2 kita.
Tuhan nak mantapkan iman kita.
Ujian itu sebenarnya hadiah buat kita! :D

EMPAT CARA MENGUBAH TAKDIRMU MENJADI LEBIH BAIK


Mengubah Takdir Dengan Berdoa.
Allah yang menetapkan takdir kita, maka Allah memiliki kuasa untuk mengubahnya, ertinya takdir baru bagi kita. Mengubah takdir ertinya Allah menggantinya dengan takdir baru. Tetap, Allah yang menetapkan takdir.
Cara pertama ialah dengan berdoa seperti yang dijelaskan pada hadis dari Imam Turmudzi dan Hakim, diriwayatkan dari Abdullah bin Umar, bahawa Nabi SAW Bersabda : “Barangsiapa hatinya terbuka untuk berdoa, maka pintu-pintu rahmat akan dibukakan untuknya. Tidak ada permohonan yang lebih disenangi oleh Allah daripada permohonan orang yang meminta keselamatan. Sesungguhnya doa bermanfaat bagi sesuatu yang sedang terjadi dan yang belum terjadi. Dan tidak ada yang boleh menolak takdir kecuali doa, maka berpeganglah wahai hamba Allah pada doa”. (HR Turmudzi dan Hakim)
Cara Kedua adalah bersedekah. Rasulullah SAW pernah bersabda : “Silaturrahmi dapat memperpanjang umur dan sedekah dapat merubah takdir yang mubram” (HR. Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi, Imam Ahmad)
Cara Ketiga adalah bertasbih. Ada hadis yang diriwayatkan dari Saad Ibnu Abi Waqosh, Rasulullah bersabda : “Mahukah kalian Aku beritahu sesuatu doa, yang jika kalian memanfaatkan itu ketika ditimpa kesedihan atau bencana, maka Allah akan menghilangkan kesedihan itu? Para sahabat menjawab : “Ya, wahai Rasululullah, Rasul bersabda “Iaitu doa “Dzun-Nun : “LA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINADH-DHOLIMIN” (Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk diantara orang-orang yang zalim”). (H.R. Imam Ahmad, At-Turmudzi dan Al-Hakim).
Cara keempat ialah dengan berselawat ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ubay Ibnu Kaab, bahawa ada seorang lelaki telah mendedikasikan semua pahala selawatnya untuk Rasulullah SAW, maka Rasul berkata kepada orang tersebut : “Jika begitu lenyaplah kesedihanmu, dan dosamu akan diampuni” (H.R Imam Ahmad At-Tabroni)
Jadi, jangan berhenti berdoa dan berusaha. Seburuk mana pun kedudukan masa ini, semuanya masih boleh berubah. Bagaimana pun pahitnya pengalaman kita dimasa lalu, masih boleh berubah. Optimis selalu Anda boleh mengubah takdir Anda menjadi lebih baik.

LIMA MUSUH KETAT KITA


1.Orang-orang Islam yang sentiasa berdengki dengan kita.
2.Orang munafiq yang sentiasa benci kepada usaha kita kepada kebaikan
3.Orang kafir yang sememangnya tidak pernah menyukai Islam dan mahu 'menghilangkan' kita
4.Syaitan yang sentiasa bersumpah akan menyesatkan kita
5.Hawa nafsu kita sendiri yang sentiasa membuatkan kita terpesona dengan khayalan dunia

Justeru itu kita perlu sentiasa menyediakan iman kita dengan kubu pertahanan hati dan jiwa. Ingat Allah selalu kerana mengingati Allah itu umpama bateri yang meningkatkan iman kita. Mudah-mudahan kita semua dapat memperbaiki diri dengan kecerdikan dan perjuangan yang sebenar.. Aamiin...

APA YANG KAU TABUR, ITULAH YANG AKAN KAU TUAI


Manusia kini sibuk dengan dunia sendiri, Sudah tidak kisah apa di depan mata, Bila susah baru sibuk mencari, Untuk menghuraikan masalah melanda. Ada juga yang sibuk menayang apa yang ada, Tanpa fikir kesan kelak melanda. Apa guna membangga diri? Kerana hakikatnya kau cuma manusia semata. Manusia semuanya sama, Yang beza cumalah amalan dan taqwa. Andai dunia yang kau cari, Kau takkan puas untuk segala yang kau nikmati.
Manusia, Katanya mahu terjah Syurga, Tapi melalak suara menuju neraka, Apa kau fikir Allah suka? Manusia, Selagi Allah pinjamkan dunia, Gunakanlah untuk menuai pahala, Semailah sifat indah serta taqwa. Perginya kau nanti tanpa nyawa, Detik itu juga semakin menerpa, Kembalilah seperti manusia istimewa, Bukan manusia penuh cela dosa. Bangkitlah wahai manusia semua. Pentas kita belum tamat lagi. Aksi kita akan di catit sentiasa. Hingga akhirnya kita di jemput Ilahi..

LAWAN KECEWA!!


Bila susah hati. Bila diuji. Bila kerunsingan membelenggu diri. Kita kecewa sangat!. Sangat-sangat kecewa. Gelodak hati yang mengganggu jiwa. Tak dapat dirungkai maksud sakitnya dengan kata-kata. Nak disebut pun tak akan mampu terluah. Bukan senang..., tapi InsyaAllah semuanya boleh diajar dengan mengasah hati dengan melawan semua emosi tidak seimbang itu dengan memperbanyakkan tarbiah diri. Ingatlah, nafas kita akan terhenti. Tiada yang kekal di dunia ini. Semuanya pasti akan menemukan mati. Terlalu banyak kita memikirkan soal hidup sehingga kita terlupa hidup itu seketika dan mati itu selamanya.
Dunia dan akhirat itu laksana timur dan barat. Apabila kita mendekati yang satu, maka pasti bertambah jauh dari yang lain. Atau seumpama bekas, yang satu penuh dan yang lainnya kosong. Sebanyak mana yang diambil dari yang berisi untuk dituangkan ke dalam yang kosong sampai penuh, maka demikianlah akan menjadi kosong yang berisi tadi. Adakalanya kita sangat lemah, itu fitrah kita manusia. Bila 'down' sahaja, rasa macam dah taknak lagi buat apa-apa. Rasa macam hidup sudah tidak bermakna. Kita kena lawan!. Lawan peranan syaitan yang tak jemu cuba menjerumuskan kita ke arah yang menjauhi Tuhan.
Ingat kubur. Ingat ibadah kita yang masih belum cukup. Ingat amalan kita yang masih umpama dangau yang menanti roboh. Kalau kita kecewa dengan harta, ia tidak pun akan kita bawa bersama untuk kita bersenang-lenang di akhirat kelak. Begitu juga kalau kita kecewa dengan manusia, mereka pun tidak akan menemani kita bila kita bergelap di liang lahad. Dah! Sudah-sudahlah membazir air mata dan masa berangan dengan sesuatu yang tidak pun kekal bersama kita. Cari Allah! Allah akan datang tersangat dekat!

SUAMI ADALAH PEMIMPIN, ITU BENAR... TETAPI JANGAN LUPA, SUAMI KITA MANUSIA MACAM KITA


Wahai isteri.. tak usah menanti di didik suami, bukan masanya lagi untuk kaum isteri menyalahkan suami. Memang betul, suami bersalah kerana mengabaikan amanah-Nya. Cuma, jangan kerana itu, kita menjadi lemah dan putus asa untuk mengumpulkan kekuatan menjadi manusia yang berilmu dan diredhai Allah. Dalam dunia yang cukup mudah mencari ilmu masakini, alasan mengharapkan suami itu nampaknya sudah tidak relevan lagi. Kita boleh berusaha mengubah diri dengan niat kerana Allah. Mungkin kitalah yang bakal menjadi asbab kepada seluruh keluarga berubah menjadi sebaik-baiknya.
Jangan tunggu bimbingan orang lain sedang kita ada kudrat, ada akal dan ada hati untuk mencari hidayah Allah itu sendiri. Jika suami kita yang kita harapkan dapat membina bahagia itu masih tidak berubah, jangan lemah, sebab untuk berubah menjadi soleh atau solehah itu tidak dalam sekelip mata. Selalunya menjangkau masa yang lama, dengan izin Allah. Itu ujian yang Allah kurniakan untuk kita. Habuan yang indah disediakan oleh-Nya nanti di sisi Allah, InsyaaAllah.
Dahulukan perubahan diri kita demi anak-anak yang masih mentah. Mungkin perubahan yang kita mulai itu menjadi asbab kepada perubahan di pihak yang lain pula. Jangan menyesal, jangan juga mengalah untuk berharap kepada Allah. Ingatlah, suami kita tidak akan berubah tanpa keizinan Allah. Jadi, berbekalkan doa yang tidak putus dan usaha memperbaiki diri kita tanpa jemu, yakinlah Allah akan membantu mengikut kadar usaha yang telah kita usahakan. Tak mengapa untuk merintih kerana letih sebab kita manusia yang tidak sempurna pastinya. Namun, niatkan keletihan itu demi menuntut kasih-sayang Allah yang telah dijanjikan.
Inilah salahnya kita kaum hawa. Ramainya yang mengharapkan suami menjadi pembimbing sempurna, bilamana suami itu tidak mampu, si isteri jadi kecewa malah menyalahkan suaminya. Suami itu pemimpin, itu benar, tetapi jangan lupa, suami kita MANUSIA, sama macam kita..

MENAMBAH DOSA DENGAN MENGELUH DI TIMPA MUSIBAH


Musibah yang menimpamu tidak akan hilang dengan keluhan. Musibah hanya dapat diatasi dengan kesabaran dan keredhaan. Musibah itu hanya satu, tapi akan bertambah jika kita mengeluh kerana musibah itu. Janganlah engkau menjadikan musibah sebagai penambah dosa, yakni engkau tidak sabar dan tidak merelakan musibah yang menimpa dirimu.
Jika engkau banyak mengeluh, musibah yang menimpa dirimu akan menambah dosamu, bukan menjadi kifarah atas dosamu. Sungguh rugi orang yang mengeluh atas ujian ALLAH. Musibah yang menimpa hanya menambah beban dosa....
Ya...Memang seharusnya hasil ujian musibah itu, menyucikan,menjadikan lebih baik, seperti lepas dicuci lebih harum, lebih bersih.
Bukan sebaliknya. Bukan menjadi lebih kasar, lebih teruk dan lebih menyakitkan.
Allah..Moga ujian memberi kami hikmah dan pahala. Bukan hanya perkara yang dianggap musibah dan membawa dosa. Maka, berdamailah dengan Takdir

JIKA BENAR CINTAKAN ALLAH, APA BUKTINYA ?


Jika benar kita cintakan Allah, apa buktinya? cukupkah sekadar solat 5 waktu yang kadang2 tak penuh sehari semalam & yang kadang2 nak habis waktu baru kita kerjakan? cukupkah sekadar dengan menunaikan rukun Islam yang lima sedangkan rukun Iman yang enam masih tak lengkap lagi?..haha.. sungguh banyak persoalan untuk membuktikan cinta kepada Allah.. tapi itulah hakikat hamba yang seharusnya menyintai tuannya yang juga menciptakan dirinya… maka seharusnya cinta yang sepatutnya adalah sepenuh jiwa hingga sanggup berkorban nyawa..cinta yang tiada penghujungnya..
Amalan yang diwajibkan ke atas kita, mampukah ia menjadi jambatan penghubung cinta kita kepada Allah?Andai cukup syarat serta rukun mengerjakannya, ia cukup untuk melepaskan kita daripada tanggungjawab… namun jika tiada keikhlasan dihati, bagaimana kita ingin menjamin ia akan diterima Allah?.. perlu diingat bahawa keikhlasan itu takkan wujud tanpa cinta..ibarat ikhlas menolong ibu bapa.. mesti didahulukan cinta kepada mereka… begitu jugalah jika ingin ikhlas menunaikan cinta kepada Allah..harus ada cinta yang tiada berbelah bahagi kepada Si Dia, Sang Pencipta.
Cinta boleh dipupuk….macam orang2 dahulu yang bercinta selepas kahwin.. cinta hanya dipupuk selepas kahwin kerana mereka berkahwin atas pilihan keluarga dah masih belum mengenali hati masing-masing..pelbagai cara ang dilakukan untuk memupuk cinta seperti memasak bersama, berkongsi cerita sebelum tidur dan lain-lain lagi.. pendek kata, semuanya dilakukan bersama.. begitu jugalah jika ingin memupuk cinta kepada Allah, harus merasakan Allah sentiasa bersama-sama kita..Dia melihat dan memerhatikan tiap gerak laku kita..
Selain itu, banyakkan menyebut namaNya seperti kita selalu menyebut-nyebut nama orang yang kita cintai dan memuji mereka.. sedangkan Allah yang lebih layak dipuji dan dipuja kerana segala nikmat yang kita dapat datang daripada Dia..namun jangan lupa juga berselawat, jika tidak samalah kita dengan bani Israel.. kerana Bani Israil turut mengakui kewujudan Allah namun menafikan kewujudan Nabi Muhammmad s.a.w.
Usaha lain yang boleh dilakukan adalah banyakkan amalan sunat.. kerana selain menampung amalan wajib, amalan sunat inilah yang membantu untuk kita lebih dekat untuk meraih cinta Allah..andai Dia cintakan kita, insya-Allah Dia akan semaikan benih cinta kepada Dia dalam hati kita..cinta Allah itulah cinta yang abadi..

KADANG-KADANG KITA PERLU RASAI KEHILANGAN YANG AMAT SANGAT UNTUK MEMAHAMI APA YANG SEBENARNYA KITA CARI...


Tidak ada ruginya kita mendoakan orang yang melukai hati kita, yang rugi itu jika kita jadi malas berdoa kerana sudah terluka. Luka kerana di sakiti orang tidak mengapa tetapi jangan kebencian dan dendam melukai diri sendiri.
Jangan di habiskan airmata mu untuk menanggisi yang pergi. Simpan airmata mu untuk menguatkan hubungan mu dengan Allah. Itu lebih bermanfaat dan mulia. Jika mencintai kerana Allah, harus saat bahagia tidak di pamerkan, saat terluka tak di umumkan, kerana cinta hujungnya urusan kita dengan Allah.
Ketika kita mencari Allah, bahagia akan mencari kita. Ketika sibuk mengejar akhirat, rezeki sibuk mengejar-ngejar kita. Allah memberi lebih baik dari yang kita minta, dalam bentuk yang lebih baik dari harapan kita, dengan cara yang lebih baik dari dugaan kita.
"Kadang-kadang kita perlu rasai kehilangan yang amat sangat untuk memahami apa yang sebenarnya kita cari di dalam hidup kita"… So… Never Alone… Cause Allah always with us.

STRESS?? JOM! "DATING" DENGAN DIA MALAM NI


Stress. Setiap hari. Setiap masa. Setiap orang. Ada kan stress tu? Tipu la kalau takde.. Pasti jumpa jugak dengan stress tu... Kadang-kadang hati pasti tercuit rasa yang tidak enak. Tidak senang. Kesabaran pula makin menipis apabila dilanda badai ujian Tuhan. Namun, jauh di sudut hati itu, sedar. Tuhan mahu menguji. Kita sanggup atau tidak untuk menghadapinya.
Sometime kita perlu untuk luahkan apa yang terbuku di hati. Tak salah pun mengadu domba dengan Dia kan?.. malah kita akan rasa lega.. kurang sikit beban di hati tu.. Tak pening kepala. Moga hilang segala stress... Hurmmmm.. the most important thing, dekatkan diri dengan Dia. Tak salah mengadu.. Better mengadu dengan Dia.. Dia Maha Mendengar, Maha Memahami.. malah Dia juga boleh membantu kita.. Cuma perlu bersujud dan berdoa.. mohon petunjuk dan pertolonganNya.. bertawakal kepadaNya.. right?
Ambil la masa sikit untuk "dating" dengan Dia.. kita akan lebih tenang.. Percayalah.. Lagipun Dia juga yang bagi kita pinjam "masa" yang kita ada ni.. bila-bila pun dia boleh tarik balik.. Tu kena tanam dalam hati ye.. Dia ada hak dan Dia berhak untuk tarik semua pemberiaan Dia..Tuhan masih sayangkan setiap hambaNya. Jadi..bersabarlah.. berdoa.. tawakal..
Always remember..Allah swt always with us dalam apa jua keadaan sekalipun.. Sabar dan ikhlas menghadapi dugaan hari ini untuk kesenangan hari esok.. Smile!

Doa Makbul - Jumaat


Rasulullah sallallahu alaihi wasallam menyebutkan tentang hari Jumaat kemudian beliau bersabda: "Di dalamnya terdapat waktu. Jika seorang muslim berdoa ketika itu, pasti diberikan apa yang dia minta." Lalu beliau mengisyaratkan dengan tangannya tentang pendeknya waktu tersebut. [HR. Bukhari 935, Muslim 852]
Menurut Ibnu Hajar Al-Asqalani dalam Fathul Bari, terdapat 4 pendapat yang kuat tentang waktu mustajabnya doa tersebut:
1. Ketika imam naik ke mimbar sehingga selesai solat Jumaat. Pendapat ini juga dipilih oleh Imam Muslim, An Nawawi, Al Qurthubi, Ibnul Arabi dan Al Baihaqi.
"Waktu tersebut adalah ketika imam naik ke mimbar sehingga selesai solat Jumaat" [HR. Muslim 853]
2. Waktu Asar sehingga terbenamnya matahari. Pendapat ini dipilih oleh At-Tirmidzi dan Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah. Pendapat ini masyhur dikalangan para ulama.
"Dalam 12 jam hari Jumaat ada satu waktu, jika seorang muslim meminta sesuatu kepada Allah Azza Wa Jalla pasti akan dikabulkan. Carilah waktu itu setelah Asar" [HR. Abu Daud 1048. Al-Albani menyatakan sahih].
3. Waktu Asar, di akhir-akhir hari Jumaat. Pendapat ini berdasarkan oleh riwayat Abi Salamah. Ishaq bin Rahawaih, At-Thurthusi, Ibnul Zamlakani menguatkan pendapat ini.
4. Menggabungkan semua pendapat yang ada. Ibnu Abdil Barr berkata: "Dianjurkan untuk bersungguh-sungguh dalam berdoa pada dua waktu yang disebutkan". Dengan demikian seseorang akan lebih memperbanyak doanya di hari Jumaat tidak pada beberapa waktu tertentu saja. Pendapat ini dipilih oleh Imam Ahmad bin Hambal, Ibnu Abdil Barr. Pendapat ini juga dikuatkan oleh Ibnu Hajar sendiri.

Adab Berdoa

Jadilah seorang yang sempurna sebelum kita meminta daripadaNYA..

BALASANNYA TETAP ADA


Ingatlah! siapa pun kita di muka bumi ini, tidak perlu memandang rendah. Tanpa kita sedari sebenarnya, mereka yang memandang rendah ini memiliki IQ yang rendah, spiritual yang rendah dan jati diri yang rendah. Pendek kata, jangan pandang rendah pada orang lain, jangan memperlekehkan orang lain, diri anda semakin bahagia dan tenang. Setuju?
Kita hidup dengan manusia. Sudah tentu apa yang ada pada sikap kita, ada juga pada sikap manusia lain juga. Marah, sayang, letih, benci, suka atau tak suka, sudah tentu semua itu ada pada setiap manusia. Yang menjadikan kita kelompok yang berbeza, apabila kita tahu mengimbangi dan mengawal sikap kita itu agar tidak menjadi yang membawa keburukan kepada orang lain malahan yang lebih penting terhadap diri kita sendiri.
Jangan sakiti hati orang. Jangan aniaya hidup orang. jangan iri hati pada orang. Jangan ada niat jahat pada orang. Kerana semuanya akan kembali balik pada kita. Balasannya tetap ada, walau bukan di dunia di akhirat nanti.

TEGURAN TIDAK DI TERIMA.. SABARLAH!


Tidak semua perkara yang kita lakukan akan disukai semua orang. Tidak semua kebaikan yang kita hadiahkan kepada orang lain akan diterima baik. Kadang-kadang, sahabat baik kita atau orang yang kita sayangi sendiri pun belum tentu akan menerima pemberian kita terutamanya di dalam bentuk pendapat atau teguran. Mungkin pendapat kita tidak serasi atau tidak digemari untuk diikuti. Mungkin juga ia salah. Demikianlah hakikatnya hidup kita sebagai manusia. Dewasa atau matang belum tentu matangnya sepenuhnya. Yang berilmu belum tentu mendalam ilmunya. Begitulah kita ini.
Peribadi kita juga, belum tentu akan disukai semua. Memang menyakitkan kalau kita dihina, diejek atau dipergunakan oleh seseorang, lebih-lebih lagi apabila dikelilingi oleh orang ramai. Namun, tidak mengapa. Tiada salahnya jika kita merendah diri sedikit sahaja. Tidak perlu berbalah dengan mereka. Tidak juga perlu kita tersinggung jika kawan memandang rendah dan memberitahu kelemahan kita. Kita seharusnya berterima kasih kepadanya kerana diri kita menjadi perhatiannya. Sekurang-kurangnya kita tahu, dalam rasa tidak sukanya kepada kita, dia masih mengambil berat. Beruntunglah kita.
Hadapilah sindiran dan tohmahan itu dengan sabar. Dinginkan akal kita. Jangan marah dan bertenanglah. Sebenarnya kejadian sebegitulah yang mengajar mental kita supaya mampu bertahan. Tidak perlu kita bertengkar kerana kebanyakan kita tidak suka mengakui jika apa yang diperkatakannya ditolak. Ketahuilah dan asahlah tahap kebijaksanaan kita dengan kesabaran. Orang yang bijaksana selalu menghindari pertelingkahan, permusuhan dan dendam kesumat. Mereka lebih banyak berdiam diri ketika orang lain menghinanya. Mereka selalu memaafkan dan mengalah kerana berpandukan kebenaran dan menganggap bahawa orang yang menghina itu masih belum memahami siapa mereka dan berada di dalam kejahilan.
Biasakan diri kita menerima kritikan sebagai iktibar untuk masa hadapan diri sendiri. Kita dengar, lalu kita jadikan ia dorongan ke arah kebaikan. Mungkin di masa hadapan kelak apabila kita dilalukan dengan perkara yang sama, sudah tentu kita telah bersedia dengan keyakinan diri yang kuat. Baiki diri kita dari apa yang kita terima dan InsyaAllah dengan cara ini, kita akan lebih disenangi dan lebih disayangi semua samada secara langsung ataupun tidak.
Hindarilah pertengkaran dengan merasakan diri kita atau kata-kata kita lebih mulia. Terapkan semua itu sebagai latih tubi kepada kehidupan kita seharian. Apabila latihan menjadi kebiasaan, segalanya akan dapat dilalui dengan cukup senang, tenang dan redha. Jauhi permusuhan kerana tidak ada satu keuntungan pun yang akan kita dapati dari sebuah permusuhan, melainkan hati yang sakit dan penderitaan jiwa yang panjang. Belajarlah dari segala kelemahan kerana dari kelemahanlah kita belajar mengenali di mana kekuatan yang perlu kita 'adakan' kepada diri kita sendiri.

TERIMA KASIH ATAS UJIAN, SEBAB KAMU INSAN TERPILIH


Hidup adalah untuk diuji. Ujian itu tidak akan ada hentinya. Selagi kita diuji, selagi itulah kita masih hidup. Jadi bersyukurlah… Ujian itulah jalan untuk kita mengenal Allah. Allah ‘memperkenalkan’ Dirinya di sebalik semua ujianNya. Pada ujian sakit, Allah kenalkan Dirinya yang Maha Penyembuh. Pada ujian miskin, Allah perkenalkan diriNya yang Maha Kaya. Pada ujian fitnah, Allah sedang memperkenalkan diriNya yang Maha Penyabar…
Jangan pernah melihat ujian itu sesuatu yang begitu besar, namun lihatlah betapa besarnya kasih sayang Allah dengan selesainya ujian itu. Subhanallah.
Semoga masalah yang kian menimpa kita ini, akan menjadi batu aras yang meningkatkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah Azza Wa Jalla tatkala kita melalui ujian ini dengan penuh kesabaran. InsyaAllah..Aamiiiin.
"Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira". (Surah Az-Zumar Ayat 10)
Allah 'memperkenalkan' Dirinya di sebalik semua UjianNya. Nak dapat khazanah dia kena test dulu huhuhu...

"YA ALLAH, DAMAIKANLAH HATIKU DENGAN TAKDIRMU"


Jika sesuatu ditakdir menjadi milik kita, berbekal usaha yang sedikit cuma, sudah mampu diraih dengan mudah. Namun, jika sesuatu itu bukanlah ditakdirkan menjadi milik kita, perancangan paling mega yang kita cetuskan pun tidak mampu menandingi takdir Ilahi, sudah pasti kita tidak akan memilikinya.
Segala yang ada di dunia ini adalah hak Allah. kerajaanNya luas meliputi alam raya, angkasa dan segala-galanya adalah milik Allah. Dan apa yang Allah kurniakan kepada kita, itulah rezeki kita jua dariNya. Bersyukurlah.
Jangan di tangisi apa yang bukan menjadi milik kita. Allah tidak mengizinkannya kerana Allah tahu kita berhak memiliki yang lain. Allah sedang menilai kesabaran kita dan jika kita bersabar tentunya ada anugerah dariNya buat kita.
Sapulah air mata yang terbit dari rasa kecewa. Kau terluka dan merana, tentunya Dia mengetahuinya. Alangkah indahnya jika perasaan itu diganti dengan tawakal dan reda. Berdoalah pada Allah yang memiliki segalanya. Semoga Allah ubati kekecewaan yang dirasa dengan bahagia yang akan hadir di kemudiannya.
InsyaAllah…yakini bahawa Allah lah sebaik-baik pengatur kehidupan insan.
"Ya ALLAH..., terima kasih atas semua yang Kau beri..KEBAHAGIAAN ini akan membuatku BERSYUKUR, dan KESEDIHAN ini akan membuatku KUAT DAN TABAH.. Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untukku. Aku akan terus berbaik sangka kepada Allah… DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik ujian ini. Ya, aku tidak tahu, kerana ilmuku terbatas. Tetapi kerana Allah yang Maha Penyayang telah memilih ujian ini untuk diriku maka aku yakin ilmu-Nya Maha luas. Yang pahit ini akan menjadi ubat. Yang pedih ini akan menjadi penawar. Ya, Allah tingkatkanlah imanku bagi mendepani setiap ujian dari-Mu!”
"Ya Allah, damaikanlah hatiku dengan takdirMu. Jadikan aku hambaMu yang redha dan sabar akan qada’ dan qadarMu. Aamiin Allahumma Aamiin..."
Ketika kamu bersyukur dan berserah diri pada Allah, yakinlah segala apa yang terjadi pada dirimu akan terasa NIKMAT, DAMAI DAN INDAH.. Allah beri UJIAN kerana Allah sayang...

TIPS UNTUK KUSYUK BERDOA


Kita selalu terlepas pandang. Jangan pandang remeh, kalau nak minta dengan manusia pun kita kena bersungguh-sungguh apatah lagi kita nak minta dengan ALLAH.
Telinga: Mendengar apa yg di bicarakan.
Mulut: Membicarakan doa dan memahami apa yg di bicarakan.
Hati: Ikhlas mengharap dan yakin doa akan dimakbulkan.
Otak: Mengambarkan apa yg di doakan.
Mata: Cari mana2 titik atau garisan di tapak tangan dan fokuskan mata anda statik pada titik itu.
Tangan: Menadah bersungguh-sungguh dgn ikhlas.
Dan Apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka katakanlah sesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan doa orang yang memohon apabila ia memohon kepadaKu. Maka hendaklah mereka memenuhi (panggilan/perintah)Ku, dan beriman kepadaKu agar mereka mendapat petunjuk (bimbingan)”.
(Al-Baqarah: 186)

KEMBALI SEBELUM MATI


Semakin kita punya harta, makin jiwa kacau tak senang duduk. Semakin tinggi pangkat kita, makin tinggi yang ingin kita kejar dan capai. Semakin kita punya apa sahaja yang kita inginkan, makin kita inginkan sesuatu yang lebih lagi untuk kepuasan. Hakikatnya jiwa kita menderita, tak puas dan tak mencapai ketenangan, ketenteraman.
Bukan ertinya kita harus terkurung meninggalkan dunia luar, itu adalah satu fahaman yang salah. Sebaliknya, gunakanlah apa sahaja yang ada atas dunia ini demi mencari jalan kembali kepada Allah. Biar jasadmu keluar mencari anugerah Allah di atas muka bumi, tapi jangan sekali-kali membiarkan hatimu melayang hilang terputus daripada pergantungan kepada Ilahi.
Jangan sekali-kali memisahkan dunia daripada Tuhan, dan meminggirkan Tuhan dalam segenap kehidupan. Padahal Allah tak memerlukan kita, kita yang memerlukan-Nya.
Jasad kita berasal daripada tanah. Ia harus kembali kepada asal kejadiannya untuk mencapai kepuasan. Ruh kita datang daripada Allah, ditiupkan ke dalam jasad. Maka ruh takkan mencapai ketenangan selagi ia belum kembali kepada Tuhan. Untuk mencapai kepuasan ruh/jiwa/hati, tidak ada jalan lain melainkan kembali kepada penciptanya. Maka carilah jalan kembali.
Bukan kembali dengan kematian jasad, tetapi kembali dengan menghidupkan hati. Ya, jiwa yang kering kontang menggambarkan jauhnya kita daripada Tuhan. Jiwa yang tak terisi dengan ruh Iman dan Taqwa akan diisi dengan keduniaan. Hakikatnya dunia itu takkan habis dikejar.
Jangan sekali-kali memisahkan dunia daripada Tuhan, dan meminggirkan Tuhan dalam segenap kehidupan. Maka wahai manusia, kembalilah kepada Tuhanmu. Jika kau tak temui jalan, carilah… Kau tidak bertemu kerana kau tidak mencari. Semua manusia akan kembali kepada Allah selepas mati, namun manusia yang bijak akan kembali kepada Allah sebelum mati.

WAHAI ISTERI...



Wahai isteri ku.. jika aku sedang marah, jangan kau balas perkataan ku walau sepatah!! Kerana suara mu bukanlah senjata mu. Sebaik-baiknya buatlah segelas air dan hembuskan ke dalamnya Ya Latif Ya Latif Ya Latif . Nescaya, aku akan lemah setelah meminumnya.
Isteri yang BAHAGIA itu bukan isteri yang cantik jelita, bukan isteri yang suaminya kaya lagi hensem, tapi ialah isteri yang IKHLAS bila dia berkhidmat untuk suaminya.
Adakalanya yang TERINDAH bukanlah yang TERBAIK,Yang SEMPURNA tidak menjanjikan KEBAHAGIAAN. Tetapi ketika kita mampu dan mahu MENERIMA semua KEKURANGAN & KELEBIHAN... Itulah KEBAHAGIAAN