Jangan salahkan aku jika tak mampu melihat apa yang kamu lihat. Sedangkan engkau pun tak memandang apa yang kupandang. Jangan pula, jika aku tak mampu memahami apa yang kamu fahami. Sedangkan engkau tak mengerti apa yang aku mengerti. Apalagi jika aku tak mampu menghayati apa yang kau capai oleh penghayatanmu. Sedangkan engkau pun tidak mengikuti perjalananku.
Padahal
engkau mengakui, kacamataku tak akan pernah sesuai padamu. Lalu mengapa
engkau paksa aku untuk memakai kacamatamu? Padahal engkau mengetahui,
jejak langkahku tak seiring denganmu. Lalu mengapa engkau paksa aku
untuk mengikuti jalanmu?
Aku tidak akan jatuh dengan apa yang kau lakukan, malah aku akan buktikan yang aku juga mampu hidup bahagia walaupun pernah di lukai.. kerana aku yakin kebahagian itu datangnya dari Allah.
Aku tidak akan jatuh dengan apa yang kau lakukan, malah aku akan buktikan yang aku juga mampu hidup bahagia walaupun pernah di lukai.. kerana aku yakin kebahagian itu datangnya dari Allah.
No comments:
Post a Comment