Perjalanan hidup ini penuh ranjau yang berduri, menusuk setiap celah-celah dan langkah kehidupan, kadangkala menjadikan kita terlupa bahawa setiap goresan parutnya meninggalkan bekas yang sukar dihilangkan. Terkadang, kepedihan harus dilalui sebelum tercapainya kebahagiaan. Tersenyumlah ketika bersedih, kerana akan ada kebahagiaan setelah itu. Hidup sebenarnya adil, cukup hitam dan putih.Namun terkadang kita membiarkan diri kita tenggelam dalam hitam dan lupa melihat yang putih.
Semua yang sudah terjadi adalah pengalaman yang bererti, tidak usah
disesali, terutama kejadian yang melukai hati. Hidup itu memang
terkadang rumit, namun serumit apapun kehidupan ini tetap harus kita
jalani. Belajar menerima pahitnya hidup dan yakinlah pasti ada indah di
pengakhirannya. Akan ada kemanisan selepas kepahitan dan pasti ada
kesenangan selepas kesusahan. Sabar dalam kesusahan adalah sebesar-besar
pemberian tuhan pada hambanya.
No comments:
Post a Comment