Sunday, 12 February 2017

Jagalah Hati Emak Kita


Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?
Mak kamu tertunggu-tunggu panggilan anak-anaknya, namun dia sabarkan hati sebab dia tahu anak-anaknya ada kehidupan masing-masing. Mak kamu tak mahu susahkan anak-anak. Selagi dia mampu dia buat saja sendiri apa-apa pun, sakit peningnya biar dia yang tanggung sendiri. Dia sentiasa memaafkan anak-anaknya. Biarlah dia tak merasa menaiki kereta anak-anaknya sekarang. Nanti kalau dia mati, dia berharap masih ada peluang merasa anak-anak mengangkatnya kat bahu...
Jaga la hati emak kita.. selagi dia hidup kita mampu buat dia bahagia… Setiap pengorbanan kita bukan sia-sia.. Insya-Allah besar hikmahnya nanti… jadilah anak yang soleh dan solehah.. penyejuk dimata penawar dihati. Sesibuk mana pun kita..sekurang-kurangnya taliponlah dia bertanya khabar, agar dia merasa sedikit bahagia..masih ada ingatan anak-anak padanya.
"Mak…aku amat menyayangimu. Kaulah ibu syurga hatiku. Inginku cium kakimu memohon kemaafan. Aku pernah membuat kau berkecil hati.. maafkanlah anakmu ini. Mak…Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi… Begitu terasa kehilangan mak…"
"If I had the chance to meet you for one last time I would just ask you to hug me as tightly as you can, rest my head on your shoulders… and cry till my tears run dry. I miss you mom..."

No comments:

Post a Comment