Monday, 13 February 2017

SEMOGA KERESAHAN MENJADI NIKMAT


Petua untuk anda jadikan panduan dan amalkan untuk merawat hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka mahu pun minda yang sedang berkecamuk. Inilah petua terbaik buat mengubat segala resah gelisah, kesedihan dan kekusutan anda.
1. Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Ini adalah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah iaitu ‘Subhanallah’, ‘Alhamdulillah’ dan ‘Allahu Akbar’.
2. Berdoa - Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata paling berkuasa bagi orang mukmin.
3. Sibukan diri - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran dan pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan, beriadah dan sebagainya.
4. Luahkan perasaan anda - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya.
5. Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dengan sesiapa sahaja, jika tiada sesiapa, senyumlah di hadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati. Ingatkan saat-saat manis dan indah yang mampu memberi anda senyuman.
Percayalah tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan. Kebahagiaan pasti akan tiba. Yang penting anda perlu ada keyakinan diri dan percaya, setiap sesuatu kejadian itu adalah takdir dari Ilahi dan ianya terbaik buatmu, sesungguhnya ada hikmah dan nikmat disebaliknya. Bersabar, bertakwa dan berdoalah. Jangan biarkan diri anda keseorangan dalam menghadapi kesedihan dan keresahan kerana disaat ini syaitan mudah berbisik dan mempengaruhi hati dan minda kerana anda berada dalam situasi yang kurang kekuatan dan keyakinan diri.
Bersyukurlah...kesedihan dan keresahan anda juga satu hikmah yang memberikan anda ruang untuk merenung kembali dan bermuhasabah lalu kembali ke pangkal jalan, kembali mengingati tuhan yang Esa, Allah SWT.

No comments:

Post a Comment