Sunday, 12 February 2017

Ganjaran Bersedekah Amat Besar

Biarpun bersedekah hanya ibadat sunat tetapi kepentingan amalan tersebut amat utama. Sebab itu ganjaran bersedekah amat besar. Sesiapa mampu bersedekah tetapi tidak melakukannya sebenarnya menolak peluang terbaik disediakan untuknya..
Sedekah adalah tanda keikhlasan memberi sesuatu yang dimiliki tanpa mendapat sebarang balasan daripada penerimanya. Apa diberikan itu semata-mata kerana ketakwaan kepada Allah.
Orang yang bersedekah secara ikhlas sedar bahawa apa yang dihulurkan itu amatlah sedikit nilai baginya di dunia ini. Sedangkan Allah menyediakan nikmat lebih besar sebagai gantinya.

No comments:

Post a Comment