Monday, 13 February 2017

HIDUP INI KADANG2 KENA LAYAN DENGAN SELAMBA. RELAKS SUDAH !!....


Meniti penghidupan bergelar manusia, kita belajar banyak benda. Buat itu salah. Buat ini tidak kena. Bercakap ini dikatakan bongkak. Berkata begitu dicakap riak. Tulis begini dikritik. Tulis itu dihentam. Apa lagi tidak kena wahai sang manusia? Manusia makhluk yang mempunyai akal budi. Makhluk yang tersangat aneh. Makhluk yang tidak pernah puas. Makhluk yang misteri. Makhluk yang unik. Makhluk yang terlalu banyak ragam. Makhluk yang baik. Makhluk yang jahat. Makhluk yang kejam. Makhluk yang sopan santun. Makhluk yang penyayang. Makhluk yang dengki. Memang tidak pernah habis akan kriteria untuk seorang insan yang bergelar makhluk Allah S.W.T.
Kita senantiasa berusaha memperbaiki diri. Memperbaiki kelemahan diri seadanya. Mencuba dan terus mencuba melakukan yang terbaik. Manusia dikurniakan dengan kesabaran. Tetapi janganlah diuji kesabaran itu berkali-kali. Nescaya, meledak jua. Manusia dikurniakan dengan akal yang sihat lagi waras. Jangan meletakkan kewarasan itu pada tempat yang tidak sepatutnya. Manusia juga punya hati dan perasaan. Jangan sesekali lukakan sekeping hati yang penuh rasa kasih sayang atas alasan yang tidak masuk akal. Manusia juga dianugerahkan dengan maruah untuk dijaga. Janganlah biarkan maruah disepak terajang oleh manusia. Jangan!
Hidup ini kadang kadang kita kena layan dengan selamba, seadanya. Jangan terlalu baik kalau yang ditempuh itu bagus. Jangan pula terlalu sedih kalau yang datang itu menyakitkan. Layan hidup selamba dan seadanya, hati jadi tenang, fikiran jadi lapang. Kalau kena kata dengan orang jangan ambil terlalu serius, relaks sudah. Memanglah sakit hati, tapi relaks dan buat buat tak kisah lebih baik dari mengamuk gila. Just keep going telling the truth. Memang semua benda takkan ada yang kena dengan 'taste' kita so buat jerla apa yang kita rasa ok, orang nak terima ke tak , itu hak diorang.
Tiada manusia yang sempurna. Jangan salahkan orang lain atas sebab yang berpunca dari diri sendiri. Kita berusaha menjalani kehidupan yang lebih baik hari demi hari. Tetapi mungkin ada manusia yang lebih suka memilih masa silam untuk teruskan kehidupan. Terpulanglah. Semoga kita semua berjaya harunginya. Janganlah susahkan diri kita untuk memuaskan hati manusia sehingga mengorbankan tanggungjawab kita kepada Allah. Kerana mungkin hari ini mereka berpuashati, manakala keesukkan hari mereka kembali sakit hati. Adalah lebih baik kita berusaha untuk memuaskan hati Pencipta kita, walaupun di benci makhluk insani, demi ilahi kita sedang mendapatkan kebahagian hakiki.

No comments:

Post a Comment