Orang yang menjadikan dunia sebagai tempat untuk dia meletihkan dirinya demi menyempurnakan kehendak ALLAH dan Rasul maka di dalam kubur nanti akan menjadi tempat rehat untuknya. Setelah dia disoal dengan penuh kelembutan oleh malaikat Munkar Nakir maka dia akan berehat di dalam kubur kerana telah berpenat-lelah di kehidupan dunia demi menyempurnakan kehendak ALLAH dan Rasul. Di akhirat sana, dia akan ditempatkan di tempat yang mulia sebagai tetamu kepada ZAT YANG MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG yakni di dalam syurga ALLAH. Di dalam syurga dia akan menikmati segala macam bentuk kemewahan. Segala hajat mahupun permintaannya akan terus disempurnakan oleh ALLAH Yang Maha Kaya.
Sebaliknya orang yang tidak sanggup letih dan penat di kehidupan dunia
demi menyempurnakan perintah ALLAH dan Rasul. Di dunia dia berusaha
bermati-matian untuk menyempurnakan segala keinginan nafsunya sehingga
meninggalkan kehendak ALLAH. Dari segi pandangan zahir yang nampak
mulia, nampak senang dan sebagainya. Namun, sebaliknya ia hanyalah
sekadar penipuan semata-mata kerana dalaman yakni rohani ataupun
batinnya tidak terjaga. Di akhirat, manusia seperti ini akan ditempatkan
di tempat yang paling hina dan akan terjauh dari rahmat dan pengampunan
ALLAH.
Semoga ALLAH selamatkan diri ini dan kita semua dari tipu daya dunia ini. Biarlah keinginan kita di kehidupan dunia ini dikorbankan demi menyempurnakan kehendak ALLAH dan Rasul agar kita mendapat kerehatan di dalam kubur dan kenikmatan yang selama lamanya di dalam syurga ALLAH...
Berusahalah untuk agama di kehidupan dunia dan Berehatlah di dalam kubur. Akan menikmati nikmat di dalam syurga. Maka dari itu, hendaknya kita berbekal untuk kehidupan kekal kita, bukan kehidupan sementara. Dunia sementara Akhirat selamanya

No comments:
Post a Comment