Monday, 13 February 2017

APA YANG KAU TABUR, ITULAH YANG AKAN KAU TUAI


Manusia kini sibuk dengan dunia sendiri, Sudah tidak kisah apa di depan mata, Bila susah baru sibuk mencari, Untuk menghuraikan masalah melanda. Ada juga yang sibuk menayang apa yang ada, Tanpa fikir kesan kelak melanda. Apa guna membangga diri? Kerana hakikatnya kau cuma manusia semata. Manusia semuanya sama, Yang beza cumalah amalan dan taqwa. Andai dunia yang kau cari, Kau takkan puas untuk segala yang kau nikmati.
Manusia, Katanya mahu terjah Syurga, Tapi melalak suara menuju neraka, Apa kau fikir Allah suka? Manusia, Selagi Allah pinjamkan dunia, Gunakanlah untuk menuai pahala, Semailah sifat indah serta taqwa. Perginya kau nanti tanpa nyawa, Detik itu juga semakin menerpa, Kembalilah seperti manusia istimewa, Bukan manusia penuh cela dosa. Bangkitlah wahai manusia semua. Pentas kita belum tamat lagi. Aksi kita akan di catit sentiasa. Hingga akhirnya kita di jemput Ilahi..

No comments:

Post a Comment