Monday, 13 February 2017

ALLAH NAK KITA TAHU.... TAKDIR TETAP MILIK DIA


Ramai orang tidak terkesan di hatinya dengan mujahadah. Tetapi terkesan dengan musibah. Bersabarlah wahai hati. Yakinlah bahawa Allah sentiasa ada bersamamu, bila ditimpa musibah, hadapilah segalanya dengan tabah dan ucapkanlah “Innalillahiwainnailaihirajiun” yang bermaksud; sesungguhnya dari Allah kita datang, dan kepada-Nya juga kita kembali.
Allah nak kita tahu tak semua yang kita harap akan jadi kenyataan. Allah nak kita tahu yang indah di dunia itu sementara. Allah nak kita tahu takdir tetap milik DIA walau impian itu milik kita.
Menangis itu tak salah. Menangis lah sekali sepuas hati. Lepaskan segala di dalam tangisan itu. Segala perasaan duka. Hampa. Kecewa. Tapi jangan biarkan berterusan. Kuatkan diri, hati untuk terus bangun, bangkit daripada tangisan itu. Lapangkan dada untuk teruskan hari-hari akan datang. Ingat. Kita masih ada Allah.
Kenapa takut untuk cari Allah? Kenapa takut untuk luahkan padaNya. Ceritalah segala-galanya pada Allah. Luahkan semua rasa yang terpendam. Biar hati lapang. Biar jiwa tenang. Jangan terus berduka. Jangan terus bernafas dengan kenangan lama. Allah ada bersama kita.
Janganlah kamu bersedih. Suatu hari nanti semuanya akan terubat. Janganlah kamu menyerah kalah, kerana Allah sentiasa bersamamu. Sakit dan luka tu, hanya sebahagian dari perjalanan hidup. Semua perkara yang terjadi adalah bersebab. Suatu hari nanti kita akan tersenyum bila bertemu hikmah yang bakal Allah tunjukkan.
Percaya pada Allah. :’)

No comments:

Post a Comment