Siapa tahu dalam hati kita? Kita pandai sembunyikan apa yang kita rasa. Pandai senyum palsu tatkala hati menangis. Pandai bersandiwara demi menjaga hati semua pihak. Tapi at last, apa yang kita dapat? Kita semakin tidak mengerti perasaan kita sendiri. apakah semua ini hanya sekadar satu lakonan ? Atau perasaan kita semakin keliru setelah macam2 benda terjadi, setelah mengetahui hakikat yang tak seindah impian. Kita semakin ditolak ke tepi.
Peritnya rasa bila menyayangi dan mengambil berat akan seseorang. Apatah
lagi jika kita tidak pernah dihargai. Kesabaran jua ada batasnya. Hati
perempuan, walau lembut seperti kapas, tapi jika terlalu disakiti dan
dilukai, lama2 kelembutan itu terhakis jua. Kita bukan boneka seorang
lelaki. Silap kita hanya kerana jika sekali kita menyayangi seseorang,
kita menyayangi dia sepenuh hati, bukan separuh hati. Dan kerna silap
itu juga kita melakukan kesilapan berkali2 dalam hidup. Menerima dia
berkali2 setelah dia lukai. Itu kesilapan kita..
Mungkin setelah sekian lama tersakiti hati ini mula sedar. Bahagia bukanlah dikatakan bahagia jika ianya tidak berpanjangan. Bahagia itu sesuatu yang berterusan. Bukan hanya sekejap2. Jika sering air mata yang keluar menggantikan senyuman, apakah itu bahagia namanya? Cinta itu sesuatu yang ikhlas, lahir dari hati, bukan dipaksa dan bukan jua terpaksa. Kita pernah mencintai dia. Tapi kini kita sendiri tidak mengerti, apakah yang kita rasa ini cinta atau sekadar satu pengorbanan perasaan untuk sebuah hubungan.

No comments:
Post a Comment