Monday, 13 February 2017

JALAN BERUBAH...


Perubahan pada diri kita semuanya bergantung pada diri kita sendiri jua. Perubahan itu sewajarnya datang dari sudut hati kita yang paling dalam. Rasa mahu benar-benar berubah itu hanya boleh lahir daripada jiwa yang bersih dan hati yang tulus serta ikhlas. Dan anda tidak mungkin boleh menipu diri anda sendiri; hanya anda yang tahu sama ada anda benar-benar serious mahu berubah atau pon tidak.
Kerana ketahuilah, Allah tidak akan mengubah nasib kita selagi kita sendiri tidak mahu melakukan perubahan. Maka jangan sesekali biarkan diri anda terperangkap dengan penyakit syok sendiri. Kerana sekali kita terjebak dan dihinggapi dengan penyakit maut ini, belum ada gerenti yang kita boleh diubati!
" Sesungguhnya manusia itu banyak salahnya, Dan sesungguhnya yang sebaik-baik orang yang banyak salahnya adalah orang-orang yang banyak bertaubat " ~(HR.Tarmidzi)

No comments:

Post a Comment