Sunday, 12 February 2017

DI MANA SILAPNYA, BILA NAK SAMPAI PERTOLONGAN ALLAH?? ~ BELAJAR TENTANG KESUNGGUHAN ~

Nak kata tak solat, kita solat.
Nak kata tak berzikir, Kita berzikir.
Nak kata tak berdoa, Kita berdoa.
Nak kata tak mengaji, Kita mengaji.
Kita dah lakukan pun solat, zikir, doa, mengaji dan mungkin bermacam-macam lagi. Dimana lagi silapnya?
Kesungguhan...
Ya. Kesungguhan inilah yang kita perlukan. Kesungguhan yang sebenar-benarnya. Kesungguhan yang berkobar-kobar. Kesungguhan yang istiqamah.
Bukan yang ala kadar Bukan juga kesungguhan yang hanya melepas batuk ditangga. Ada beza orang yang benar-benar bersungguh dengan orang yang bersungguh biasa-biasa.
Saya menulis disini bukan hendak menilai dan meragui kesungguhan anda. Itu urusan kita masing-masing dengan Allah. Sebab kita sendiri tahu bagaimana kita bersungguh. Dan Sungguh Allah Maha Mengetahui kesungguhan kita.
Benar. Kita sudah bersungguh. Namun ingatlah mungkin kesungguhan kita belum berada di level yang boleh dikatakan benar-benar bersungguh.
Mungkin bersungguh kita untuk satu-satu tempoh masa sahaja atau sesuatu perkara sahaja. Lepas itu, kita kurang kesungguhan. Cuba kita fikirkan bersama, ada kita pernah kisah tentang beza berdoa dengan feel dengan berdoa yang kita tak rasa pun feel itu? Yakinlah feel itu yang selama ini kita perlu. Hendak rasa feel itu. Kita kena dekatkan diri pada Allah. IMAN bagi mantap, dan perbaiki.
Recheck!
Dalam hendak buat segala sesuatu, niat kena lillahitaala. Doa dan terus doa. Buat dan terus buat. Jangan pula ditinggal terus. Andai kita bersungguh tapi tak dapat, bersungguh lagi, namun masih tak dapat, bersungguh lagi teru dan terus sampailah habis nyawa kita.
Ya, kita solat, berzikir, berdoa, mengaji dan segalanya. Allah lihat, Allah nilai. Itu sudah tentu. Namun sebagai hamba yang terlalu banyak menerima nikmat dari Allah, harus kita sering muhasabah diri, contohnya dalam berdoa. Kekadang tu kita berdoa hanya sekadar berdoa. Lebih banyak mungkin masa kita berdoa itu yang dalam keadaan terkejar-kejar daripada berdoa yang kita duduk lama, serius, menghayati, dan mungkin menangis dalam berdoa.Kita tak hadirkan sekali rasa bersungguh tu, rasa hamba itu. Di situ bezanya.
Ingatlah, Kita meminta pada yang Maha Besar, Maha Memberi, Maha mengetahui, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Sampai hati kita meminta dengan sambil lewa? Bukankah masa itu juga milikNya? Ditambah lagi, kekadang tu mungkin diluar solat kita ragui dan persoalkan pula doa-doa kita tentang kenapa Allah tak jawab dan tak kabulkan doa kita.
Jika kita boleh khusyuk tengok movies, bak kata orang ‘faham benar konsep ceritanya’ sampai boleh buat kita ketawa atau mungkin ada part yang juga boleh buat kita sedih tapi kenapa tidak dalam berdoa, solat, berzikir dan sebagainya?
Ironinya, bukankah kesungguhan kita dalam memahami movies itu membuatkan kita rasa ingin ketawa dan menangis? Tepuk Dada, Tanya Iman.
Yang penting kita jangan lupa bergantung sepenuhnya pada Allah. Mengadu sungguh-sungguh yang sungguh ekstrim melebihi kita mengadu pada orang lain masalah kita itu pada Allah. Itu baru awesome!
Renung-renungkan.

No comments:

Post a Comment