Lantaklah orang nak update gambar pergi berhoneymoon ke, muke anak diorang ke walau tak comel, tunjuk kereta ke, rumah ke, kucing ke.. itu wall diorangkan? Apa masalah kita ?? Jeles ???
Kalau kita ada sifat jeles tu cepat2 lah beristighfar. Ingat Allah. Perasaan jeles ni bahaya. Hidup tak pernah tenang. Janganlah kita ada perasaan jeles yang mendalam terhadap orang lain. Niat kita berkawan dengan dia kerana ALLAH. Kita kena kawal perasaan jeles. Kalau kita tak kawal perasaan ni akan mula melemaskan diri kita. Jeles ni umpama penyakit.. PENYAKIT HATI !! Sentiasa bengkak hati, panas hati, tak senang duduk dan pelbagai lagi ragam yang membolehkan penyakit darah tinggi senang hinggap.
Jeles tak tentu hala selalu membawa padah, yang pentingnya kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada.
No comments:
Post a Comment