Rasulullah S.A.W berwasiat kepada Ali bin Abi Thalib “Wahai Ali, sedekah itu dapat menolak takdir mubram. Wahai Ali, tiada kebaikan dalam ucapan kecuali apabila diamalkan, dan tiada kebaikan dalam bersedekah kecuali apabila diikhlaskan (kerana Allah)”. (Al-Wasail 6: 267, hadis ke 4)
Rasulullah S.A.W. juga pernah bersabda bahawa: “Amalan sedekah kalian akan menghindarkan 70 kecelakaan”. Riwayat al Tabrani
Marilah kita menghindarkan diri kita dan keluarga daripada bala, dengan
bergegas dalam bersedekah. Tukarkan dan jualkan segala kesulitan hidup
kita dengan berurusniaga bersama Allah S.W.T. melalui amalan bersedekah,
kerana sesungguhnya, Dia pasti Membelinya dengan harga yang paling
tinggi dan menjanjikan keuntungan yang amat lumayan untuk kita.
Bersedekahlah dengan harta terbaik dan perasaan terindah yang pernah dimiliki. Masihkah perlu bertangguh? Janganlah menunggu hari esok. Lakukannya segera, sekarang juga!.
Bersedekahlah dengan harta terbaik dan perasaan terindah yang pernah dimiliki. Masihkah perlu bertangguh? Janganlah menunggu hari esok. Lakukannya segera, sekarang juga!.