Wednesday, 15 June 2016

Harta Tak Boleh Bawa Mati...

SIAPA KATA HARTA TIDAK BOLEH DI BAWA MATI ???
Kita sudah tentu tidak mahu berpisah dengan harta kita. Kita sangat sayang dan mencintai harta, sampai tidak rela meninggalkan harta. Penat kita bertahun-tahun bertungkus lumus mencari harta.. Sudah tentu kita tidak mahu berpisah dengan kekayaan yang kita miliki kan?
Sudah tentu kita tidak boleh bawa harta itu sendirian. Namun, ada caranya harta kita untuk di bawa ke mati... Kita beri pada masjid, pada anak2 yatim, pada fakir miskin, pada pejuang fisabilillah, pada yayasan atau baitulmal, pada guru2 agama dan pelbagai lagi. InsyaAllah ramai yang sudi menolong untuk membawa harta-harta kita ke mati. Di alam kubur dan akhirat kita akan menikmati hasil2 kekayaan kita, malah ia bertambah berlipat-lipat kali ganda lagi. Maka, siapa kata harta tidak boleh di bawa ke mati?

HABIS MADU SEPAH DI BUANG


Kita mudah rasa kasihan, rasa bersalah.. inilah kelemahan kita. Atas kelemahan kita ini, kita selalu di peralatkan atas alasan pertolongan. Kelemahan kita di pergunakan orang lain. Kita ni jenis tak reti nak cakap tidak kalau orang mintak tolong. Kita rela di sakiiti dari menyakiti orang lain. Pabila pertolongan kita tidak mencapai tahap kemahuan mereka walaupun kita telah sedaya upaya memberi bantuan, kita pulak dipersalahkan dan dimarah oleh mereka…walhal sepatutnya kita yang patut marah.
Naluri untuk membantu memang ada pada setiap manusia. tetapi jika dipergunakan sehingga hilang jati diri kita yang sebenar, matlamat kita, maruah kita… bermakna itulah kelemahan kita..boleh diistilahkan sebagai “terlalu baik”. Berdasarkan pengalaman, kita perlu rancang dengan teliti setiap masa dalam khidupan seharian kita agar tidak memberi peluang dan ruang kepada golongan yang suka mmpergunakan orang lain. Habis madu sepah dibuang..
Kadang-kadang memang kita harus bijak dalam menilai situasi dan membuat keputusan yang tepat untuk diri kita. Since tindak tanduk kita adalah untuk mempertahankan diri dari di zalimi, kita tidak perlu berasa gusar. Kerana kita bertindak untuk satu keadilan. Inilah kehidupan, memang kita akan selalu menghadapi mereka-mereka yang suka mengambil kesempatan untuk kesenangan diri mereka.
Banyakkan bersabar ya.. Hasbunallah wa ni’mal wakil bermaksud – Cukuplah Allah sebagai pelindung kami dan DIA adalah sebaik-baik pelindung. Yang penting mintalah selalu perlindungan dari Allah. Be strong!

BERISTIGHFARLAH...


Beristighfarlah untuk masa yang dibuang percuma tanpa mengingati Allah. Beristighfarlah untuk diri yang kurang amanah terhadap keluarga dan kerjaya. Beristighfarlah untuk membersihkan hati dari sangka buruk, riya, tamak, dengki, cemburu dan lidah yang menyengat perasaan orang lain. Beristighfarlah kerana rela menjadi sahabat syaitan angkara kejahilan diri dan ketandusan ilmu. Beristighfarlah untuk diri yang tidak merasa perlu untuk beristighfar. Lakukanlah sepanjang masa hingga bertemu Allah dalam keadaan bersih lagi diredai.

HIKMAH BERSABAR


Pesanan,Tips dan Fadhilat Untuk "Bersabar" dari Rasulullah S.A.W dalam Kehidupan Seharian:

Sifat sabar adalah suatu sifat yang "Mesti" ada pada setiap insan yang bergelar "Mukmin" bagi meneruskan Kehidupan dan Menggamit kejayaan di dalam kehidupan di dunia dan akhirat..Bayangkan jikalau manusia tidak mempunyai(hilang) sifat sabar, tentulah kucar-kacir dan porak perandalah dunia kerana manusia telah ditelan oleh sifat amarah dan didorong oleh hawa nafsu di dalam setiap perbuatannya. Disebabkan itu, Allah telah menurunkan Rasulullah(kekasih Allah) untuk menyampaikan risalah yang terakhir dan sebagai contoh ikutan terbaik untuk manusia dan umatnya yang paling ramai sekali dari nabi-nabi dan rasul-rasul yang lain yakni diturunkan kepada seluruh umatnya sehingga hari kiamat...


1:Hadis adalah satu Kekuatan bagi manusia yang dapat bersabar:

"Orang yang gagah perkasa tidak diukur dengan kemenangan dalam pertarungan, tetapi kekuatan yang sebenar ialah orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah."

[Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]


Rasulullah SAW pernah menggambarkan dalam sebuah hadis; Daripada Abu Hurairah ra berkata, bahawa Rasulullah bersabda, "Orang yang kuat bukanlah yang pandai bergusti, namun orang yang kuat adalah orang yang memiliki jiwanya ketika ia sedang marah". 

 [Hadis Riwayat Bukhari]



2:Hadis hendaklah Diam(Bersabar) Apabila Dicaci Dan Dimaki: 


Sa’eed bin Musayyeb berkata: Pada suatu ketika, Rasulullah SAW duduk-duduk bersama dengan para Sahabat. Muncul seorang lelaki lalu dia mencela dan memaki hamun Abu Bakar r.a  hingga menyebabkan Abu Bakar ’sakit’ mendengarnya. Tetapi Abu Bakar terus mendiamkan diri. Lelaki itu meneruskan lagi celaan dengan bahasa yang lebih kasar terhadap Abu Bakar, namun beliau masih terus mendiamkan diri. Masuk kali ketiga, apabila lelaki itu terus menyakiti Abu Bakar dengan lisannya, Abu Bakar bingkas mahu menjawab balik.

Lalu Baginda Rasulullah SAW bangun. Abu Bakar r.a bertanya , " Apakah engkau marah denganku wahai Rasulullah? " Baginda menjawab , " Tidak , cuma semasa kamu mendiamkan diri, Malaikat turun dari Langit bertindak(membalas) terhadap kata-kata (cacian) lelaki itu. Tetapi sebaik sahaja kamu mula membalas cacian lelaki itu, Malaikat melarikan diri lalu Syaitan datang dan duduk. Aku tidak boleh duduk di tempat yang Syaitan duduk di situ.”

[ Hadith riwayat Abu Dawud]



3:Hadis sabar merupakan cahaya yang menyinari kegelapan:

Kesabaran merupakan dhiya’ (cahaya yang amat terang). Dengan kesabaran inilah, seseorang akan mampu menyingkap kegelapan. Rasulullah SAW mengungkapkan, "…dan kesabaran merupakan cahaya yang terang…" 

[Hadis Riwayat Muslim]


4:Hadis perlulah "istiqamah" dalam mendidik sifat sabar di dalam diri:

Kesabaran merupakan sesuatu yang perlu diusahakan dan dilatih secara optimum.(bersungguh-sungguh). Rasulullah SAW pernah menggambarkan: "…barangsiapa yang berusaha untuk sabar, maka Allah akan menjadikannya seorang yang sabar…" 

[Hadis Riwayat Bukhari]



5:Hadis Beruntunglah orang yang bersabar kerana diberikan anugerah Allah yang tertinggi:

Kesabaran merupakan anugerah Allah yang paling baik. Rasulullah mengatakan, "…dan tidaklah seseorang itu diberi sesuatu yang lebih baik dan lebih lapang daripada kesabaran." 

[Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]


 6:Sabar bukti tanda-tanda orang itu beriman:

Sungguh menakjubkan perkara orang yang beriman, kerana segala perkaranya adalah baik. Jika ia mendapatkan kenikmatan, ia bersyukur kerana (ia mengatahui) bahawa hal tersebut adalah memang baik baginya. Dan jika ia tertimpa musibah atau kesulitan, ia bersabar kerana (ia mengetahui) bahawa hal tersebut adalah baik baginya.

(Hadis Riwayat Muslim]


7:Sabar merupakan Salah Satu Jalan ke Syurga Allah S.W.T:

Daripada Anas bin Malik ra berkata, bahawa aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Sesungguhnya Allah berfirman: "Apabila Aku menguji hamba-Ku dengan kedua matanya (buta mata), kemudian dia bersabar, maka aku gantikan syurga baginya". 
[Hadis Riwayat. Bukhari]


8:Hadis Sabar merupakan sifat para Nabi dan Rasul:

Ibnu Mas’ud dalam sebuah riwayat pernah mengatakan: Daripada Abdullah bin Mas’ud berkata: "Seakan-akan aku memandang Rasulullah SAW menceritakan salah seorang nabi, yang dipukul oleh kaumnya hingga berdarah, kemudian ia mengusap darah daripada wajahnya seraya berkata, "Ya Allah ampunilah dosa kaumku, kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui".

[Hadis Riwayat Bukhari]


9:Hadis Sabar dengan Ujian dan Cubaan dapat menghapuskan (penebus) Dosa:

Rasulullah SAW menggambarkan dalam sebuah hadisnya; Daripada Abu Hurairah ra. bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda; "Tidaklah seorang muslim mendapatkan kelelahan, sakit, kecemasan, kesedihan, bahaya dan juga kesusahan, hingga duri yang menusuknya, melainkan Allah akan menghapuskan 
dosa-dosanya dengan hal tersebut". 

[Hadis Riwayat Bukhari & Muslim]


“Tiada seorang Muslim yang menderita kelelahan atau penyakit, atau kesusahan hati, bahkan gangguan yang berupa duri melainkan semua kejadian itu akan berupa penebus dosanya.”

[Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]


10:Hadis Sabar terhadap segala Qadha dan Qadar Allah Menjanjikan Kebahagian yang paling tinggi untuk orang seorang mukmin di dalam kehidupannya:

Sungguh mengagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya seluruh perkara adalah baik baginya. Dan tidak lah didapati seorang pun hal tersebut melainkan pada diri seorang mukmin. Jika dia merasakan kesenangan maka dia bersyukur. Dan itu lebih baik baginya. Jika kesusahan menerpanya maka  dia bersabar. Dan itu lebih baik baginya.”

[Hadith Riwayat Muslim]



11:"Firman Allah berkenaan perintah Bersabar daripada Allah SWT di dalam Al-Quran" :

"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar" 
[Al-Baqarah 2:153]

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)".
[Ali'Imraan 3:200]

"Dan turutlah apa yang diwahyukan kepadamu serta bersabarlah (dalam perjuangan mengembangkan Islam) sehingga Allah menghukum (di antaramu dengan golongan yang ingkar, dan memberi kepadamu kemenangan yang telah dijanjikan), kerana Dia lah sebaik-baik Hakim".
[Yunus 10:109]

"Dan sabarlah (wahai Muhammad, engkau dan umatmu, dalam mengerjakan suruhan Allah), kerana sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan".
[Hud 11:115]

"Dan bersabarlah (wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu); dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah; dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya
yang mereka lakukan".
[Al-Nahl 16:127]

Sepuluh Kebaikan Menanti Orang Mukmin Yang Bersifat Sabar

أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Sekiranya kita diuji dengan fitnah daripada orang yang iri hati diatas kejayaan kita , diuji dengan kemiskinan, diuji dengan keretakan rumah tangga hingga berlaku perceraian sebagai suami-isteri, diuji dengan penyakit dan mendapat kemalangan, diuji dengan kematian insan yang dikasihi atau diuji dengan kerugiaan dalam perniagaan maka bersabarlah ini semuanya ada hikmah yang baik untuk diri kita sendiri sedangkan kita tidak mengetahui hikmah Allah berikan ujian tersebut . Ianya mungkin kafarah atau penghapusan dosa-dosa kita yang pernah kita lakukan kepada Allah SWT atau ianya sebagai satu cara Allah SWT ingin meningkatkan iman dan takwa kita kepada-Nya dan Dia mengasihi kita supaya dapat memasuki syurga-Nya nanti kerana salah satu jalan seseorang dimasukkan kedalam syurga kerana adanya kerana sifat sabar semasa di dunia.

Terdapat sepuluh kebaikan-kebaikan yang akan Allah SWT kurniakan pada hamba-hamba-Nya yang sabar. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Di ampunkan dosa untuknya.

Dalam hadis qudsi berkata Syaddad bin Aus r.a. bahwasanya Nabi SAW. bersabda maksudnya : “Allah telah berfirman:  'Sekiranya Aku uji salah seorang hamba-Ku yang mukmin, lalu ia memuji-Ku seraya bersabar atas (penderitaan) apa yang Aku mengujinya. Maka ia akan bangun dari tempat pembaringannya, bagaikan anak yang baru dilahirkan oleh ibunya, bersih dari dosa. Lantas Tuhan akan memerintahkan malaikat Pencatat Amal: Sesungguhnya Aku telah menahan hamba-Ku ini dan Aku telah mengujinya, maka kini catatkanlah baginya apa yang kamu selalu catatkan sebelum itu dari pahala-pahala amalannya.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Sayyidatina Aishah ada berkata, bahawa baginda Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: "Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri,ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslirn)

Kedua : Allah SWT merasa malu kepadanya semasa di neraca timbangan dan membuka buku catatannya diakhirat.

Berkata Anas ra. bahawasanya Nabi SAW  bersabda maksudnya : ”Allah telah berfirman:
'Jika Aku menimpakan suatu mushibah ke atas salah seorang hamba-Ku pada badannya, atau hartanya, atau anaknya, lalu dia menerima mushibah itu dengan penuh kesabaran, nescaya di hari kiamat Aku malu akan menegakkan baginya neraca timbangan atau membuka buku catatan amalnya.” (Hadis riwayat Qudha’i, Dailami, Hakim dan Tirmidzi) - hadis qudsi.

Ketiga : Allah SWT ingin mendengar sendiri ucapan hamba yang diuji-Nya .
(mukmin tersebut sentiasa memuji-muji kebesaran Allah SWT dengan dia bersabar dan tidak mengeluh)

Berkata Abu Umamah ra. bahwasanya Nabi SAW bersabda maksudnya : ”Allah telah berfirman: 'Wahai malaikat-ku. Pergilah kepada hamba-Ku, dan timpakan ke atasnya bala'. Maka para malaikat pun menimpakan bala ke atasnya dan orang itu memuji Allah. Para malaikat lalu kembali mengatakan, 'Wahai Tuhan kami ! Kami telah menimpakan atasnya sebagaimana yang Engkau perintahkan'. Berfirman Tuhan: 'Kembali semula kepadanya, Aku ingin mendengar apa katanya'.” (Hadis riwayat Thabarani) - hadis qudsi.

Keempat : Di bebaskan daripada seksaan api neraka.

Dari Abu Hurairah ra. bahawasanya ia bersama dengan Rasulullah SAW menjenguk orang yang sakit kerana demam, lalu Rasulullah SAW. bersabda maksuanya : “Bergembiralah, kerana Allah telah berfirman:  'Itu adalah api-Ku, yang Aku kuasakan terhadap hamba-Ku yang mukmin di dunia agar menduduki (sebagai pengganti) bagian apinya di akhirat'.”
(Hadis riwayat Ibnu Majah) - hadis qudsi.

Kelima : Di berikan kesihatan yang lebih baik daripada sebelumnya.

Dari Abu Hurayrah r.a., bahwasanya Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : “Berfirman Allah Ta’ala: 'Apabila Aku menimpakan bala ke atas hamba-Ku yang mukmin, lalu ia bersabar (atas penderitaan itu), tiada ia mengadu atau mengeluh kepada pengunjung-pengunjungnya, nescaya akan Aku lepaskan dia dari tahanan-Ku (penderitaan itu), kemudian Aku tukarkan dagingnya dengan daging yang lebih baik, dan darahnya dengan darah yang lebih baik, sehingga ia dapat bekerja semula (yakni: setelah semua dosa dan kesalahan yang lalu Allah ampunkan semuanya)'.”
(Hadis riwayat Hakim)

Keenam : Di berikan ganjaran pahala tanpa batas.

Firman Allah SWT  maksudnya : "Sesungguhnya orang yang bersabar akan diberikan pahala mereka tanpa hisab (tanpa batas) " (Surah az-Zumar ayat 10).

Dalam sebuah hadis lain Rasulullah SAW. juga pernah bersabda yang bermaksud: "Rintihan orang sakit tercatat sebagai tasbih, kegelisahan dan jeritannya sebagai tahlil, nafasnya seumpama sedekah, tidurnya sebagai ibadah dan kegelisahannya,daripada satu,bahagian ke satu bahagian lain adalah bagaikan jihad kerana Allah SWT dan ditulis baginya sebaik-baik amalan yang pernah dilakukan semasa sihat."

Ketujuh : Mendapat selawat dan rahmat daripada Allah SWT.

Allah SWT berfirman maksudnya : "Dan berilah khabar gembira kepadaorang-orang yang sabar; (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: 'Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.' Mereka itu ialah orang-orang yang menerima selawat dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk-Nya."
(Surah al-Baqarah, ayat 155-157).

Kelapan : Mendapat balasan syurga.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. Sesungguhnya Rasulullah SAW  bersabda didalam Hadis Qudsi: Allah SWT berfirman yang maksudnya :"Tidak ada balasan kecuali syurga bagi hambaku yang beriman yang telah Aku ambil kembali kekasihnya (Aku mematikan seseorang yang disayanginya seperti anak, adik-beradik dan sesiapa sahaja yang di sayangi oleh seseorang) dari kalangan penghuni dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripadaKu (dengan bersabar). "
(Hadis riwayat Bukhari).

Kesembilan : Jaminan mendapat pertolongan Allah SWT.

Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Ya (cukup), jika kamu semua bersabar dan bertakwa. Dan (seandainya) mereka menyerang kamu semua seketika itu juga, nescaya Allah akan menolong kalian dengan lima ribu malaikat yang memakai tanda." (Surah Ali-Imran ayat 125).

Kesepuluh : Di berikan oleh Allah SWT sifat penyabar.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud : “Dan sesiapa yang bersabar, maka Allah akan menjadikan dirinya penyabar, dan tiada pemberian yang (Allah) berikan kepada seseorang yang lebih baik dan lebih luas (manfaatnya) daripada kesabaran.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Sahabat yang dimuliakan,
Alangkah beruntungnya seseorang mukmin yang memiliki sifat sabar dan dia praktikan kesabarannya tanpa mengeluh dan bersikap negatif . Sentiasa reda dengan ketentuan Allah SWT dan berbaik sangka dengan Allah SWT. Sifat orang fasik dan munafik akan cepat marah dan putus asa dengan rahmat Allah, tidak reda dengan musibah yang menimpa dirinya dan mudah menyalahkan orang lain. Jika kalian berhajat untuk menjadi hamba-hamba Allah SWT yang mendapat reda dan rahmat-Nya maka kalian perlulah sentiasa bersabar, tenang dan berfikiran positif dan meyakini setiap sesuatu perkara itu mengandungi 1000 hikmah kebaikan di sisi Allah SWT.

Thursday, 2 June 2016

INGAT..


Kita bukan satu satunya manusia dengan segudang masalah..
TERSENYUMLAH..
Kerana senyum mampu membasuh setiap luka.
MAAFKANLAH..
Kerana maaf mampu menyembuhkan semua rasa sakit.
Hanya ada ALLAH tempat segalanya bermuara,
KepadaNya kita berserah atas segala pinta.

SESUNGGUHNYA TIADA APA YANG DAPAT MENOLONG MELAINKAN ALLAH YANG MAHA MENGASIHANI



Dalam hidup ini, kita takkan lari dari kesedihan, kehampaan....
Semuanya ujian, didatangkan untuk menguji hati dan iman kita semua....
Memang perit, memang payah...

Jangan mengeluh andai diberi ujian. Jadilah orang yang sabar menghadapi ujian, sesungguhnya Allah menyayangi orang yang bersabar. .
“Ya Haiyyu, Ya Qayyum, dengan rahmatMu daku memohon pertolongan...
Baikilah seluruh urusanku, dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata...” Amin Ya Rabbalalamin...
Sehingga saat hari itu tiba dan sampai bila-bila...
Kuatkanlah hati, kuatkan iman...
Benar, Allah Maha Mengetahui yang terbaik buat kita semua...
Sakit itu akan hilang, dan manis itu pasti akan datang...
Walaupun lambat dan tiada di dunia ini...
Di akhirat sudah siap tersedia....
Allahurabbi...
Bila ketenangan itu ada dalam diri kita, masalah yang datang bertalu talu pun kita dapat atasi...with one condition...
We must close to ALLAH Taala first, our Lord...
BERSYUKUR DAN BERSABARLAH....
Ada hikmah di sebalik semua yang berlaku...
Pasti akan beroleh kebahagiaan suatu hari nanti...
Jika bukan di dunia, di akhirat jua...
Insyaa ALLAH...