Sunday, 12 February 2017

Kau Selalu Ada

Kau seperti nyanyian dalam hatiku..
Yang memanggil rinduku padaMu
Seperti udara yang ku hela
Kau selalu ada.. Selalu ada, Kau selalu ada
Hanya diriMu yang membuatku tenang..
Tanpa diriMu aku merasa hilang
dan sepi, dan sepi..
Selalu ada, Kau selalu ada..
Selalu ada, Kau selalu ada

Pernah Terasa Hati Tak??

Ada waktu, kita berusaha untuk membuatkan hidup kita gembira. Kita gembirakan orang sekeliling kita, tapi malang kita tetap ditimpa kecewa. Mereka masih tidak gembira dengan kita. Kita disangka bermuka-muka. Kata mereka, kita berpura-pura. Padahal, di hati kita, tiada sekelumit buruk sangka. Niat kita satu sahaja, "Jika kamu gembira, aku gembira."
Tak mengapa.. biarkan sahaja sangsi mereka menjelma. Diamlah kita bersama ikhlas yang tertulis "Lillahita'ala" di dalam sukma. Usah gelisah atau kecewa.
Sudah resam manusia, begitulah caranya. SABAR.
Ada waktu, kita menegur dan kata berbau jujur. Tidak kita mahu mereka terlanjur. Bukanlah niat kita mahu menghukum atau mengukur. Kita berlembut menyampai hemah agar tiada yang tersalah. Tidak mereka jatuh tersungkur. Niat kita hanya satu sahaja, "Jika kamu berjaya, aku tumpang gembira." Pun begitu, masih juga kita disangka mempamerkan bijaksana yang tidak seberapa.
Tak mengapa.. biarkan sahaja kita di hina. Diamlah kita dengan ikhlas di jiwa. Tuliskan lagi barisan, "Lillahita'ala.". Usah dirundung duka.
Begitulah resam manusia. SABAR.
Ada waktu, kita membantu, kita menolong sekadar mampu. Tidak sanggup melihat beban di galas. Meringankan apa yang kita rasakan perlu. Niat kita hanya satu, "Jika bebanmu, ringan, aku turut merasa ringan." Sayang sekali budi yang diberi dilihat sedikit. Disangkanya kita melepaskan batuk di tangga. Menolong ala-ala kadar sahaja. Lebih menyedihkan, bila bantuan kita dipergunakan sebagai mainan. Diminta-minta selalu, dibayar kita tidak perlu. Kita pula menanggung beban, sedang mereka bersenang-lenang melihat kita ditertawakan kebodohan.
Tidak mengapa.. biarkan sahaja kita dibeban sementara. Namun berhentilah kita menganiaya diri. Melayurkan diri di dalam rugi. Diamlah kita dengan ikhlas "Lillahita'ala." Usah dirundung nestapa. Kepada Allah kita mohon hati yang hitam disinarkan semula.
Begitulah resam manusia. SABAR.
Ada waktu pula, kita menyayangi sesama saudara. Mengharapkan silaturrahim berkembang sejahtera. Niat kita hanya satu, " Jika kamu seagama, kita bersaudara." Kita tidak meminta musuh. Namun masih tetap yang ingin menimbulkan permusuhan. Disangkanya kita menggoda-goda, berebut sesama kita. Kononnya ingin mengejar popular, menaikkan nama, atau menguji 'saham diri' agar nampak ranggi.
Tidak mengapa.. biarkan sahaja kita disangka gila nama. Diamlah kita dengan ikhlas "Lillahita'ala." Usah dirundung kelam di dada. Ingatlah, satu sahabat yang buruk melangkah pergi, sepuluh sahabat baik datang mencari. InsyaAllah.
Begitulah resam manusia. SABAR.
Ada waktu, kita telah berusaha memainkan peranan untuk membina sesuatu yang baik di dalam sesuatu kerja. Telah kita bertungkus lumus menggilapkan usaha. Niat kita cuma satu, "Jika kerjaku berjaya, kita semua juga berjaya." Tapi masih ada dengki dan iri. Melihat kita sebagai kaki makan puji atau bagai kadok naik junjung, mahu menjulang kuasa. Padahal bukan itu yang kita rasa.
Tidak mengapa.. biarkan sahaja fitnah itu. diamlah kita dengan bahasa ikhlas di jiwa, "Lillahita'ala." Usah dibuai sedih dan goyah. Rezeki dan anugerah itu milik Allah.
Begitulah adatnya sikap manusia. SABAR.
Akar yang dibajai dengan baik dan disirami dengan keikhlasan "Lillahita'ala" yang tidak berputusan akan menjadikan pokok kehidupan kita rendang dengan buah-buah kemuliaan. Mungkin ia mengambil masa yang lama untuk kita menanti musim buahnya tetapi apabila sampai waktu, nikmat yang kita akan rasa itu tidak akan dapat ditulis dengan kata-kata.
"Setiap kecemasan, kegundahan, kesedihan, keresahan, kelaparan, kefakiran, kesakitan, terlilit oleh hutang dan segala musibah yang lain, di sisinya ada ganjaran daripada Allah swt bagi kita yang bersabar dan menanti pertolongan Allah."
Wallahua'lam bissowab.
Salam kasih "Lillahita'ala."
MMuaahks..! Senyum ya.. dan sabarlah..

DI MANA SILAPNYA, BILA NAK SAMPAI PERTOLONGAN ALLAH?? ~ BELAJAR TENTANG KESUNGGUHAN ~

Nak kata tak solat, kita solat.
Nak kata tak berzikir, Kita berzikir.
Nak kata tak berdoa, Kita berdoa.
Nak kata tak mengaji, Kita mengaji.
Kita dah lakukan pun solat, zikir, doa, mengaji dan mungkin bermacam-macam lagi. Dimana lagi silapnya?
Kesungguhan...
Ya. Kesungguhan inilah yang kita perlukan. Kesungguhan yang sebenar-benarnya. Kesungguhan yang berkobar-kobar. Kesungguhan yang istiqamah.
Bukan yang ala kadar Bukan juga kesungguhan yang hanya melepas batuk ditangga. Ada beza orang yang benar-benar bersungguh dengan orang yang bersungguh biasa-biasa.
Saya menulis disini bukan hendak menilai dan meragui kesungguhan anda. Itu urusan kita masing-masing dengan Allah. Sebab kita sendiri tahu bagaimana kita bersungguh. Dan Sungguh Allah Maha Mengetahui kesungguhan kita.
Benar. Kita sudah bersungguh. Namun ingatlah mungkin kesungguhan kita belum berada di level yang boleh dikatakan benar-benar bersungguh.
Mungkin bersungguh kita untuk satu-satu tempoh masa sahaja atau sesuatu perkara sahaja. Lepas itu, kita kurang kesungguhan. Cuba kita fikirkan bersama, ada kita pernah kisah tentang beza berdoa dengan feel dengan berdoa yang kita tak rasa pun feel itu? Yakinlah feel itu yang selama ini kita perlu. Hendak rasa feel itu. Kita kena dekatkan diri pada Allah. IMAN bagi mantap, dan perbaiki.
Recheck!
Dalam hendak buat segala sesuatu, niat kena lillahitaala. Doa dan terus doa. Buat dan terus buat. Jangan pula ditinggal terus. Andai kita bersungguh tapi tak dapat, bersungguh lagi, namun masih tak dapat, bersungguh lagi teru dan terus sampailah habis nyawa kita.
Ya, kita solat, berzikir, berdoa, mengaji dan segalanya. Allah lihat, Allah nilai. Itu sudah tentu. Namun sebagai hamba yang terlalu banyak menerima nikmat dari Allah, harus kita sering muhasabah diri, contohnya dalam berdoa. Kekadang tu kita berdoa hanya sekadar berdoa. Lebih banyak mungkin masa kita berdoa itu yang dalam keadaan terkejar-kejar daripada berdoa yang kita duduk lama, serius, menghayati, dan mungkin menangis dalam berdoa.Kita tak hadirkan sekali rasa bersungguh tu, rasa hamba itu. Di situ bezanya.
Ingatlah, Kita meminta pada yang Maha Besar, Maha Memberi, Maha mengetahui, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Sampai hati kita meminta dengan sambil lewa? Bukankah masa itu juga milikNya? Ditambah lagi, kekadang tu mungkin diluar solat kita ragui dan persoalkan pula doa-doa kita tentang kenapa Allah tak jawab dan tak kabulkan doa kita.
Jika kita boleh khusyuk tengok movies, bak kata orang ‘faham benar konsep ceritanya’ sampai boleh buat kita ketawa atau mungkin ada part yang juga boleh buat kita sedih tapi kenapa tidak dalam berdoa, solat, berzikir dan sebagainya?
Ironinya, bukankah kesungguhan kita dalam memahami movies itu membuatkan kita rasa ingin ketawa dan menangis? Tepuk Dada, Tanya Iman.
Yang penting kita jangan lupa bergantung sepenuhnya pada Allah. Mengadu sungguh-sungguh yang sungguh ekstrim melebihi kita mengadu pada orang lain masalah kita itu pada Allah. Itu baru awesome!
Renung-renungkan.

Thursday, 2 February 2017

Penghujung Ashar Di Hari Jum’at

Apakah kita memiliki suatu hajat yang hendak dipinta kepada Allah dan sangat berharap dikabulkan…?
Di hari ini, hari Jum’at ada suatu masa yang padanya doa pasti dikabulkan. Carilah…


A. Shalat Dan Berdoa.
Saat menyebutkan tentang keutamaan hari Jum’at, Nabi shallallahu’alaihi wasallam bersabda,
فِيهِ سَاعَةٌ لاَ يُوَافِقُهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ ، وَهْوَ قَائِمٌ يُصَلِّى ، يَسْأَلُ اللَّهَ تَعَالَى شَيْئًا إِلاَّ أَعْطَاهُ إِيَّاهُ
“Pada hari Jum’at terdapat suatu masa, tidaklah seorang hamba muslim berdiri menegakkan shalat kemudian berdoa kepada Allah yang bertepatan dengan waktu tersebut melainkan Allah akan memberi yang ia minta…” (HR. Bukhari: 935, Muslim: 852)

B. Penghujung Ashar.

Hadits Jabir bin ‘Abdillah radhiyallahu ‘anhu berikut memperinci waktunya, dengan sabda Nabi shallallahu’alaihi wasallam,
يَوْمُ الْجُمُعَةِ ثِنْتَا عَشْرَةَ سَاعَةً. لاَ يُوجَدُ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ شَيْئًا إِلاَّ آتَاهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ فَالْتَمِسُوهَا آخِرَ سَاعَةٍ بَعْدَ الْعَصْرِ
“(Siang) hari Jum’at itu ada 12 (jam). Tidaklah seorang muslim memohon sesuatu kepada Allah ‘Azza wa jalla dalam kurun waktu tersebut melainkan Allah akan mengabulkannya.
Carilah waktu itu di penghujung akhir setelah ‘Ashar…” (Shahih, HR. Abu Daud: 1048, Shahihut Targhib: 703 Al-Albani)
Punya masalah…?
Ada permohonan…?
Mari berdoa meminta kepada Allah Ta’ala semata..

Sekolah Kehidupan

Jika semua yang kita kehendaki terus kita MILIKI, darimana kita belajar IKHLAS
Jika semua yang kita impikan segera TERWUJUD, darimana kita belajar SABAR
Jika setiap doa kita terus DIKABULKAN, bagaimana kita dapat belajar IKHTIAR.
Seorang yang dekat dengan Tuhan, bukan berarti tidak ada air mata
Seorang yang taat pada Tuhan, bukan berarti tidak ada kekurangan
Seorang yang tekun berdoa, bukan berarti tidak ada masa sulit
Biarlah Tuhan yang berdaulat sepenuhnya atas hidup kita, karena Dia tahu yang tepat untuk memberikan yang terbaik.
Ketika kerjamu tidak dihargai, maka saat itu kamu sedang belajar tentang KETULUSAN
Ketika usahamu dinilai tidak penting, maka saat itu kamu sedang belajar KEIKHLASAN
Ketika hatimu terluka sangat dalam, maka saat itu kamu sedang belajar tentang MEMAAFKAN.
Semoga bermanfaat...

Wednesday, 1 February 2017

Orang Tenang Selalu Menang

Kelaziman kita apabila kita dimarahi,
diherdik,
dikutuk,
dikomen kita akan menjawab,
membalas untuk mempertahankan diri. Anda silap tu!!..
sepatutnya di dalam hati kita perlu ambil kesempatan untuk berdoa.
Orang yang diam lebih mulia di sisi ALLAH.
Kerana ketika itu ALLAH
sangat dekat dengan kita.
Insyaallah Malaikat akan Aminkan doa2 kita.
 Ambil kesempatan itu,
biarlah orang itu kutuk apa sahaja kepada kita,
di dalam hati kita berdoa:
"Ya ALLAH Ya Tuhanku, 

Aku adalah orang yang dizalimi, kau makbulkanlah doaku."
Time ni mintalah apa sahaja:
"Kau berilah kejayaan untukku dunia dan akhirat"
"Kau berilah kemurahan rezkiMu kepada kami sekeluarga"
"Kau jadikanlah kami dan zuriat keturunan kami orang yang mulia disisiMu"
Allahu Akbar, bila kita divert pemikiran kita dari fokus perkataan2 yang tidak baik dilemparkan kepada kita dgn berdoa (pada saat itu kita ibarat orang yg teraniaya) minta dengan keadaan kita tengah bersabar dan dgn penuh santun, Insyaallah ALLAH akan perkenankan doa kita.

Tiada Manusia Yang Sempurna

Apa kebodohan ini?
Tidak habis menonton drama TV 3
sehingga terbawa-bawa pembawakan di dalam drama tersebut ke kehidupan.
Tak habis terbayang lelaki romantik nak mampos
yang duit dalam poket ada dua puluh juta,
kereta besar macam bas.
Dan macam-macam lagi adegan celaka yang membawa kepada derhaka.
Paling sakit hati bila habis je tengok drama Suamiku Encik Saipul,
mula sengih sorang-sorang terbayang tengah pakai crown.
Ini semua petanda lelaki sedang didekati oleh malapetaka.
Lelaki di ambang krisis terbesar di alam rumah tangga.

Terpengaruh dengan quotes-quotes bodoh
yang di tulis oleh penulis-penulis yang tak pernah kena tapak di muka tentang perempuan.
Contohnya, lelaki perlu tahu apa yang perempuan mahu?
Kenapa perempuan mula untuk curang?
Apa tanda-tanda perempuan sedang tiada mood?
Lelaki perlu kaya untuk menjamin masa depan bahagia?
Lelaki perlu bahlol demi kekuasaan wanita dan apa-apa je lah lagi yang buat perempuan rasa dunia ni syurga.
Apa salahnya hati kau yang benak tu kau bukakan untuk feel
pula apa keinginan suami yang kau tak pernah tertunaikan?
Kau tahu tak suami tu jalan kau ke syurga?
Kau tahu tak apa tugas isteri?
Kau tahu tak?
Ke kau hanya tahu yang kononnya kahwin ni lelaki sekadar mahu berjimak?
Tepu !
Tugas isteri ialah melayan kehendak suami tu antaranya,
bukannya asik gunakan skrip agama kononnya kemas rumah,
basuh pinggan,
jaga anak tu semua tugas suami.
Hilang malu memuji-muji artis itu hensem,
artis ini hensem.
Tergedik-gedik macam takde suami..
dok gila dengan artis lelaki korea.
Terpengaruh kononnya artis korea ini lebih romantik bagai.
Dia lupa Nabi kita dulu ada janggut.
Bagi aku senang,
perempuan yang dah hilang malu duduk share memuji-muji lelaki lain hensem di public
padahal dia sudah berkahwin,
kau tinggalkan je lah.
Semak!
Ini semua hanya memalukan kau lelaki kerana di lihat dayus dan hodoh.
Padahal Nora Danish yang lagi kebabom pun kau tak pernah puji
depan dia sebab depan dia kau terpaksa hipokrit mengaku dia paling cantik dalam dunia.
Atleast tak sakitkan hati. Kan?
Itu lebih baik.
Sebab takkan kau nak cakap muka dia macam labu masam?
Walaupun apa kau cakap tu memang betul?
Kah kah..
Artis korea tu satu habuk pun takde jasa dengan dia,
apatah lagi bantu si suami untuk halalkan kau.
Kiranya kau ni memang takde perasaan.
Kau tak tau azab kumpul duit nak halalkan kau tu.
Nak azan kan dekat telinga karang takut badan dia berasap.
Apa-apa je lah.
Kau tau tak hantaran yang tinggi hingga bebankan suami
walaupun suami kata setuju tu nanti kau kena jawab dekat akhirat kelak?
Haa, memang.
Kau takkan tahu pun.
Sebab yang kau tahu satu je..
 Engkau perlu difahami,
perlu di manjakan,
hati kau perlu dijaga sama macam pasangan lain dapat.
Dasar sellfish, fishball dan nugget ayam.
Terpengaruh dengan kata-kata kawan perempuan tentang
kekayaan pasangan masing-masing,
tentang masalah lelaki itu,
masalah lelaki ini.
Si suami dia cakap pulak satu habuk pun dia tak percaya.
Sebab apa?
Suami konon tak romantik,
suami miskin.
Ni semua spesis perempuan kepala bapak dia ni.
Lepas tu share dekat FB tentang kejayaan lelaki lain,
tentang kereta-kereta lelaki lain yang besar,
lelaki lain yang belikan bas dekat isteri,
dia lupa suami dia ada hati,
ada perasaan.
Kau kena tahu,
lelaki sangat jarang bercerita keburukn psangan kawan dia dekat kawan dia tu.
Paling tidak pun kerana sayangkan kawan,
dia cuma nasihatkan untuk buat itu buat ini yang boleh menyatukan kembali.
Hebat tak lelaki?
Dan macam-macam lagi.
Ini semua barah teknologi yang kian menggila
yang tengah merebak ke jiwa perempuan-perempuan tetapi takde seko pun yang mengaku.
Sudah lah hantaran makin mahal nak mampos,
dengan perempuan sekarang ni yang hanya pakar share resepi di FB berbanding memasak.
Yang hari-hari ambil gambar menyenget sampai nampak
bentuk buah ciku tu lepas tu upload dekat fb bagi semua jantan terjelir lidah.
Ciku okey lagi,
ni yang buah anggur pun kemaruk.
Kau perempuan makin lama makin penting diri.
Kau fikir apa yang kau nak 24jam,
tanpa sikit pun kau tengok apa yang lelaki mahukan..
Sebab tu kau boleh tengok bila lelaki mula kaya lepas kahwin tu apa jadi dengan dia.
Selalunya yang bila mula kaya lepas tu jadi makin sayang dengan kau ni mungkin sebab
dia feel kau punya setia,
kau punya sama-sama susah dengan dia waktu dia susah dahulu.
Kau punya taat,
kau punya supportive dekat dia. Kau ingat lelaki tak pedendam?
Time kaya lah kau akan rasa balik apa yang kau dah buat dekat dia selama ni..
yang kau hinakan dia,
yang kau dok puji jantan lain 24jam,
yang kau tekan dia takde tolak ansur langsung tu bagai.
So untuk korang perempuan,
nak bodoh jangan sampai libatkan hati.
Sebab takut kebodohan kau nanti makan diri lepas tu baru kau acah-acah nak post video orang mengaji hari-hari kononnya baru tersedar dari lamunan yang terhenti.
Kau wajib tahu,
lelaki bila mula ada anak,
cintanya pada keluarga tu dah bertambah beberapa percent.
Dan kau pula dah boleh berhenti dengan kebodohan total tu.
Kerana risau bila kau dah mula berubah ke baik,
tapi waktu itu suami kau dah mula jelek.
Haa, masa tu lah nanti kau akan cakap kononnya kau dah buat yang terbaik
tapi suami kau tetap perangai macam setan.
Kau terlupa tengok kesetanan kau sepanjang
beberapa tahun sebelum ini sedangkan suami kau sebelum ini sangat sabar dan setia.
Apapun, masih bersepah lagi lah perempuan yang baik,
yang masih banyak rasa malu.
Yang tak sellfish.
Kan perempuan kan?
Yang aku cerita ni pun kisah perempuan di Israel.
Bukan Malaysia.
Anyway...aku pon tak kawin lagi..sbb tak laku....huhuhuhu...
Lagipun aku tak cantik..sapeler yang nak...
Tapi bagi aku...aku nak suami yang penyabar jer...
Tak ckp byk...
Aku taknk yang kaya raya semua tu..
Mati pon nnty tinggal jugk..
Janji yang trima aku seadanya dah cukup dah..
Maner ader orang perfect dlm dunia ni..
Kalau dier ada sejarah hitam pon...
Aku pon akan pejamkan mater jer..
Aku akan terima dier walau ape pon...
Mcm maner dier trima aku mcm tulah aku terima dier...

Aku tulis takde kena mengena dengan pengalaman aku. Kalau pengalaman, aku takkan tulis. Lebih baik aku conteng..