Friday, 27 November 2015

Sentiasalah Bersihkan Hati Dari Kekotoran Batin

Hati manusia adalah umpama raja kepada seluruh anggota tubuh badannya. Apabila dalaman (hatinya) baik, maka baiklah luaran (perbuatan, perangai, pakaian dan amalan). Setiap dosa atau maksiat menumbuhkan satu titik hitam dalam hati, sekiranya tidak dibersihkan dengan taubat atau istigfar, maka ia akan menutup cahaya iman dalam hati kita. Apabila dosa dilakukan secara berterusan dan tidak dicuci dengan istigfar, maka malaplah cahaya iman.
Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baiklah seseorang itu, dan apabila buruk, maka buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati” (Riwayat Muslim).
Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam” (Hadis riwayat Ibn Majah).
Apabila seseorang itu merasa seronok dalam melakukan kebaikan dan berasa sedih dalam melakukan kejahatan, maka rasa itu adalah tanda iman sudah mula terserap dalam hatinya. 
Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesiapa yang merasa gembira apabila ia melakukan amal baik dan merasa buruk dengan perlakuan dosanya, itulah ciri Mukmin sejati ” (Riwayat At-Tirmizi)
Mencuci Hati
Apabila dosa dilakukan secara berterusan dan tidak dicuci dengan istigfar, maka malaplah cahaya iman.
Telah diriwayatkan oleh Al Dailami daripada Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda, dosa besar tidak berkekalan jika diistighfarkan (mohon keampunan) dan dosa kecil akan kekal jika ia dilakukan secara beterusan (Khazinatul Asrar 1/83)
Setelah cahaya iman itu malap, maka dosa yang besarpun dianggap kecil, sehingga ada yang berkata “aku cuma minum arak sekali seminggu je” atau “aku cuma tinggal sembahyang je”,
Taubat itu membersihkan hati manusia daripada kotoran dosa dan titik hitam yang melekat di hati. Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud “Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan memohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak 100 kali” (Riwayat Muslim).
Salah satu cara bertaubat ialah dengan melafazkan istigfar seperti “Astaghfirullahal Adzim aladzi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaihi” (Aku mohon keampunan kepada Allah yang maha agung, tiada tuhan melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya, dan kepadaNyalah aku bertaubat )
Rasulullah s.a.w bersabda: “Bagi segala sesuatu ada penggosok untuk membersihkan dan menghilangkan kekotorannya (umpamanya untuk membersihkan badan dan pakaian dipergunakan sabun dan untuk menghilangkan karat besi dipergunakan api dan lain-lainnya). Maka demikian itulah penggosok (pembersih) hati ialah zikrullah.”
Puasa dan Doa Keluar Daripada Kegelapan Menuju Cahaya
Rasulullah saw. bersabda “Apabila seseorang itu kurang makan, penuhlah badannya dengan cahaya”. Allah swt akan melahirkan cahaya (nur) di dalam diri orang yang berpuasa dan memberinya kekuatan untuk mendampingi Allah.
Rasulullah s.a.w. mengajar kita berdoa “Ya Allah, tunjukkanlah kami jalan Islam yang sebenar dan keluarkanlah kami daripada kegelapan menuju kepada cahaya dan jauhkanlah kami daripada perbuatan yang tidak bermaruah, samada yang nampak atau yang tersembunyi.
Jalan Islam yang sebenar adalah jalan yang diredhai Allah. Kegelapan pula bermaksud kejahilan, kekafiran dan kemaksiatan,. Untuk keluar daripada kegelapan, kita memerlukan cahaya iaitu cahaya daripada ilmu dan ilmu pula adalah satu cahaya pemberian daripada Allah. Ia tidak diberikan kepada mereka yang derhaka dan melakukan maksiat.

Kenapa HATI kita MATI?


100_0968
Hati adalah organ paling utama dalam tubuh manusia dan ia nikmat paling agung diberikan Allah. Hati menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap hamba-Nya. Pada hatilah letaknya niat seseorang.
Niat ikhlas itu akan diberi pahala. Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar tidak rosak, sakit, buta, keras dan lebih-lebih lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati keadaan seperti ini, kesannya membabitkan seluruh anggota tubuh manusia. Akibatnya, akan lahir penyakit masyarakat berpunca daripada hati yang sudah rosak itu.
Justeru, hati menjadi amanah yang wajib dijaga sebagaimana kita diamanahkan menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya daripada berbuat dosa dan maksiat.
Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana bergelumang dengan dosa. Setiap dosa yang dilakukan tanpa bertaubat akan menyebabkan satu titik hitam pada hati. Itu baru satu dosa. Bayangkan bagaimana kalau 10 dosa? 100 dosa? 1,000 dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu.
Perkara ini jelas digambarkan melalui hadis Rasulullah yang bermaksud: “Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam.” (Hadis riwayat Ibn Majah)
Hadis ini selari dengan firman Allah bermaksud: “Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi kotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan.” (Surah al-Muthaffifiin, ayat 14)
Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur iman dan ilmu. Belajar sebanyak mana pun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan untuk mengamalkannya.
Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud: “Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Baqarah ayat 74)
Begitulah Allah mendatangkan contoh dan menerangkan batu yang keras itu pun ada kalanya boleh mengalirkan air dan boleh terpecah kerana amat takutkan Allah. Oleh itu, apakah hati manusia lebih keras daripada batu hingga tidak boleh menerima petunjuk dan hidayah daripada Allah.
Perkara paling membimbangkan ialah apabila hati mati akan berlaku kemusnahan amat besar terhadap manusia. Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal menghitamkan seluruh kehidupan. Inilah akibatnya apabila kita lalai dan cuai mengubati dan membersihkan hati. Kegagalan kita menghidupkan hati akan dipertanggungjawabkan Allah pada hari akhirat kelak.
Kenapa hati mati? Hati mati disebabkan perkara berikut:
* Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.
Allah berfirman bermaksud: “Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata.” (Surah al-Zumar ayat 22)
* Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani dengan sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitu juga hati.
Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya. Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.
Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah (berzikir).
Firman Allah bermaksud: “Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah al-Ra’d ayat 28)
Firman-Nya lagi bermaksud: “Hari yang padanya harta benda dan anak-anak tidak dapat memberikan sebarang pertolongan, kecuali harta benda dan anak-anak orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera daripada syirik dan munafik.” (Surah al-Syura ayat 88-89)
Tanda-tanda hati mati
Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:
1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.
2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.
3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.
5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya. Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT.
Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya;
Sebahagian�daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.
Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu;
* Hubbul dunia (kasihkan dunia)
* Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)
* Membanyakkan makan dan menjatuhkan�anggota badan kepada maksiat kepada Allah.
Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu;
*Zuhud dengan dunia
* Zikrullah
*Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah.

Ikuti Kisah Khutbah Rasulullah SAW tentang Dajjal Durjana


Ikuti Kisah Khutbah Rasulullah SAW tentang Dajjal Durjana | Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dlam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yg paling hebat selain daripada fitnah yg dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yg terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah2 kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap org menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.

“Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Irak. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kpd kamu ciri2 Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kpd umatnya.

“Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yg benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dgn baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yg pandai membaca atau buta huruf.

“Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga & neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas. Sesiapa di antara kamu yg disiksanya dgn nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah & hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yg membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.

“Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kpd orang Arab: “Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yg sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?” Orang Arab itu akan berkata: “Tentu.” Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama & suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: “Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu.”

“Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh & dia belah dua. Setelah itu dia katakan kpd orang ramai: “Lihatlah apa yg akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: “Siapa Tuhanmu?” Orang yg dia bunuh itu, yg kebetulan orang beriman, menjawab: “Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah.”
Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah & dia termasuk orang yg paling tinggi darjatnya di syurga.”

Kata Rasulullah s.a.w lagi: “Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak me-ngakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.

“Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.

“Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.

Dalam hadis yang lain, “di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka.Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur.”

Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai.”

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: “Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu.

Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi.”

Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan: “Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: “Mengapa menangis?” Saya menjawab: “Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya.”

Rasulullah s.a.w berkata: “Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat.”

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa.”

Ada yang bertanya: “Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu.”
Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: “Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?” Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.

Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia: “Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?” Mereka semua menjawab: “Ya, kami ingin.” Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.

Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh. Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas’ud dan kemudian membunuh Dajjal itu.”

Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya orang yang tetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita. Wallahu A'lam.

Thursday, 26 November 2015

Sabar 5

Assalamualaikum...
27/11/2015 2.00pm

Takde keje nak buat..
Dok asyik tgk FB..
Boring...

Tepon ibu...
Bgtau esok bertolak kul 11.00pg...
Abg kater nak ikut hantar aku..
Mcm nyusahkan dier orang jerkan aku nii...
Takpelah...ibu yang nak...hihihi...

Aku tgk Status Pompuan Giler Meroyan Nak maty tu..
Tukar..
Cakap syg Ezrik and anak dier 3 e...
Nyam pah aku..
Tapi takpe...
Biarlah kebahagiaan diorang..
Aku cumer leh doakan jer...
Amin..

#BUATLAH SGT AKU CMNI NANTI DAPATLAH BALASANNYER TU NOR #AMIN

TERNYATA MEKKAH DAN MADINAH


Laa ilaaha illallah,
Allaahhuakbar
Petunjuk Kebesaran Allah...
Sunita Williams, seorang wanita India pertama yang pergi ke bulan pada tanggal 9 Juli 2011.
Sekembalinya Sunita dari Bulan,
ia langsung memilih masuk dan memeluk Agama Islam.
Sunita berkata :
‘”Dari Bulan seluruh Bumi kelihatan hitam dan gelap kecuali dua tempat yang terang dan bercahaya.
Ketika aku lihat dengan Teleskop,
ternyata tempat itu adalah Mekkah dan Madinah.
Di Bulan semua frekuensi suara tidak berfungsi,
Tapi aku masih mendengar suara Adzan”.
Prof Lawrence E Yoseph menulis :
“Sungguh kita telah berhutang besar kepada umat Islam,
dalam Encyclopedia Americana menulis :
“…Sekiranya orang-orang Islam berhenti melaksanakan thawaf ataupun shalat di muka bumi ini, niscaya akan terhentilah perputaran bumi kita ini, karena rotasi dari super konduktor yang berpusat di Hajar Aswad,
tidak lagi memencarkan gelombang elektromagnetik .
Menurut hasil penelitian dari 15 Universitas :
Menunjukkan Hajar Aswad adalah batu meteor yang mempunyai kadar logam yang sangat tinggi, yaitu 23.000 kali dari baja yang ada !!
Beberapa astronot yang mengangkasa melihat suatu sinar yang teramat terang mememancar dari bumi, dan setelah diteliti ternyata bersumber dari Bait Allah (Baitullah) atau Ka’bah.
Super konduktor itu adalah Hajar Aswad, yang berfungsi bagai mikrofon yang sedang siaran dan jaraknya mencapai ribuan mil jangkauan siarannya.
Prof Lawrence E Yoseph – Fl Whiple menulis :
“…Sungguh kita berhutang besar kepada orang Islam, shalat, tawaf dan tepat waktu menjaga super konduktor itu…”.
Para astronot telah menemukan bahwa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi.
Radiasi yang berada di sekitar Ka’bah ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka’bah di planet Bumi dengan Ka’bah di alam.
Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada suatu area yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, artinya adalah apabila kita mengeluarkan kompas di area tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali karena daya tarik yang sama besarnya antara kedua kutub.
Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekkah, maka ia akan hidup lebih lama, lebih sehat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan gravitasi.
Sebab itu lah ketika kita mengelilingi Ka’bah, maka seakan-akan diri kita di-charged ulang oleh suatu energi misterius dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.
Mekkah juga merupakan pusat bumi.
Mekkah adalah Pusat dari lapisan-lapisan langit Ada beberapa ayat dan hadits nabawi yang menyiratkan fakta ini.
Allah Ta’ala berfirman :
“Hai golongan jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusnya melainkan dengan kekuatan”.
(QS. Ar-Rahman : 33)
Menurut riwayat Ibnu Abbas dan Abdullah bin Amr bin Ash,
Dahulu Hajar Aswad tidak hanya berwarna putih tetapi juga memancarkan sinar yang berkilauan. Sekiranya Allah subhanahu wa ta’ala tidak memadamkan kilauannya, tidak seorang manusia pun yang sanggup mamandangnya.
Dalam penelitian lainnya, mereka mengungkapkan bahwa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga bisa mengambang di air. Di sebuah museum di negara Inggris, ada tiga buah potongan batu tersebut (dari Ka’bah ) dan pihak museum juga mengatakan bahwa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem tatasurya kita.
Dalam salah satu sabdanya, Rasulullahshalallahu ‘alaihi wa ssalam bersabda :
“Hajar Aswad itu diturunkan dari surga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam”.
Subhanallah,
Alhamdulillah,
Laa Illaha illallah, Allahu Akbar…
Betapa bergetar hati kita melihat dahsyatnya gerakan thawaf haji dan Umroh.
Ini adalah jawaban fitnah dan tuduhan jahiliyah yang tak didasari ilmu pengetahuan, yaitu mengapa kaum Muslimin shalat ke arah kiblat dan bahwa umat Islam di anggap menyembah Hajar Aswad.
Hanya Allah Yang Maha Kuasa dan Segala-Galanya.

Sabar 4

Assalamualaikum...
27/11/2015 11.30am

Tenang sikit harini...
Pompuan giler meroyan tu aku dah block...
Makin aku bacer maseg dier..
Makin sakit aty...

Aku dah penat...
Aku dah penat kejar benda yang tak pasty...
Aku serahkan Pada Allah segala galanya...
Tapy,
Bisik aty ni still ckp InsayaAllah ade jodoh...

Jangan pikir nagetive...
Skang blajar pikir Positive...
Dan aura Positive akan datang...

Sebelum tido nak biasakan...
Maafkan semua org...
Taknk dendam...
Nanty hati jadi busuk dan hitam....

Taknk bace n tgk benda benda Nagetive.....
Cuba berubah dari masa ke semasa..
Allah Ade...akan bantu aku....

Lantaklah pompuan giler meroyan tu nak ckp ape....
Mulut dier...
Takleh tutupp..
Lantaklag dier nak bomoh ker ape...
Aku Percaya Yang SATU... ALLAH..
Kalu dier ckp ade jodoh...
Takde sape pun boleh halang...
Termasuklah dier....
Amin....

AMAL YANG PALING UTAMA BAGI SEORANG ISTERI.. TAAT DAN PATUH PADA SUAMINYA


Bila mengingat kembali peristiwa Isra' dan Mikraj..tidakkah hati wanita terusik?? tika mengingat kembali peristiwa di mana Rasullallah SAW sendiri mendapat gambaran betapa ramainya wanita di dalam neraka? Persoallannya.. kenapa ramai wanita masuk neraka?? Bukankah wanita itu sebenarnya mudah untuk masuk ke syurga? Ia hanya perlu taat pada Allah dan Rasul..dan taat pada suaminya?? Inilah dia puncanya duhai sahabatku.. antara penyebab ramai wanita masuk ke neraka ialah kerana ia derhaka pada suaminya?? Menjadi isteri yang tidak tahu bersyukur??
Satu kisah ingin di kongsikan..kisah ini diriwayatkan oleh Salman Al-Farisi.. pada satu hari, Siti Fatimah dalam keadaan tergesa-gesa telah mendapatkan ayahnya lalu berkata..ya Rasulallah!! semalam aku bergurau dengan Ali, tanpa aku sengajakan terkeluarlah perkataan yang menyinggung perasaannya dan aku dapati mukanya kemerahan kerana menahan marah..Aku sungguh menyesal kerana keterlanjuranku itu lalu aku segera meminta maaf kepadanya dengan mengelilinginya sebanyak 72kali sambil merayu agar dia memafkan aku.. Akhirnya, Ali mahu juga memaafkan aku dengan tertawa tetapi aku tetap takut kepada Allah..
Mendengar pengakuan anaknya itu Rasulallah SAW pun bersabda, anakku Fatimah!. Demi Allah yang telah mengutusku, seandainya kamu mati sebelum Ali sempat memaafkanmu, nescaya aku tidak akan menyembahyangkan kamu. Tidakkah kamu tahu kemarahan suami itu seiring dengan kemurkaan Allah!! Wahai anakku! amal yang paling utama bagi seorang isteri ialah taat dan patuh pada suaminya dan sesudah itu tidak ada amal yang paling utama selain bermesra dengan suaminya.Duduk bersama suami itu lebih baik dari beribadah satu tahun.Wahai Fatimah!! Sesungguhnya seorang perempuan yang bermesra dengan suaminya dan memakaikan pakaian untuk suaminya dan menjaga anaknya dengan baik sudah semsti syurga untuknya. Allah akan memberi padanya sebuah gedung yang beraneka kenikmatan di dalamnya.
Sahabat2ku, Tidakkah kalian terusik dengan cerita di atas?? Penyesalan Fatimah kerana tanpa sengaja menyinggung hati suaminya..72kali dia mengelilingi suaminya untuk memohon maaf sehingga akhirnya Ali memafkannya sambil ketawa..sekalipun begitu.. ia masih terasa takut kpd Allah. Untuk menjadi seorang isteri cukup mudah.. kita hanya perlu bernikah dengan seorang lelaki..maka bergelarlah kita seorang isteri untuknya.. tapi.. untuk menjadi seorang isteri yang diredhoi Allah..itulah yang sukar..dan perlu benar2 difahami oleh setiap isteri. Kita takkan pernah tahu..mungkin kita akan berubah..mungkin, Allah membolak-balikkan hati kita..krn itu kita perlu sentiasa dekat dengan Allah..berdoa padanya agar ditetapkan hati..dan menjadi seorang yang sabar dalam menempuh setiap ujian..biarlah kita susuri perjalanan hidup kita di dunia ini dengan meletakkan Allah yang teratas dalam setiap apa yang kita lakukan.. insyaaAllah..Allah akan melindungi kita..
"Ya Allah ya Tuhan kami...jadikanlah kami isteri-isteri yang diredhoiMu..jadikan kami isteri yang sabar..isteri yang taat pada suami..isteri yang ikhlas menjalankan kewajipan seorang isteri keranaMu..juga isteri yang mendamai hati suami..tetapkan hati kami ya Allah..agar hati kami tidak berpaling padMu.." Semoga ganjaran syurga untuk kita..