Tuesday, 19 July 2016

Makan Guna Tangan


Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri. Oleh sebab makan itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya. Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana mereka makan.
Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu.
Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ? Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke 19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di
Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya “Chersonese – The Guilding Off” oleh Emilly Innes.
Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut. Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya………… !
Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yangkebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudinitu wanita tersebut lantas bertanya: “Kenapa anda makan dengan tangan ? Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?”
Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang
lain. Katanya:
“Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga
sebab :-
Pertama : Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebabsaya sendiri yang membasuhnya – bukan orang lain. Sudu dan garfu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.
Kedua : Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang menggunakannya – tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya
Ketiga : Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernahjatuh dalam longkang…………. !!
Jawapan Tengku Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnyaterlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut….

Kenapa ALLAH Temukan Kita Dengan Orang yang Salah


Kenapa ALLAH Temukan Kita Dengan Orang yang Salah – Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja… tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.
1. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.
2. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
3. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
4. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.
5. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan…
6. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
7. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
8. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
9. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.
Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.
Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..
PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

15 Soal Jawab Orang Kafir Yang Persoalkan Kebenaran Islam

Sewaktu Nabi Muhammad saw wafat, telah sempurna Islam itu. Maka, semua persoalan dan keraguan tentang Islam, pasti akan ada jawapannya. Hanya ilmu di dada sebagai penentu, jawapan apa yang perlu diberi bagi membidas kembali persoalan dan keraguan yang sengaja ditimbulkan oleh orang bukan Islam pada orang Islam. Ada di antara mereka yang bertanya bukan kerana hendak tahu, tapi kerana hendak membuatkan orang Islam yang ilmu hanya ala kadar berasa was-was dengan Islam dan akhirnya orang Islam akan berasa was-was dengan agama yang dianutinya. Nauzubillah.
Soalan-soalan yang dinyatakan di bawah, sebenarnya memang benar-benar pernah ditanya oleh orang bukan Islam secara spontan pada orang Islam. Jadi jawapan yang disampaikan di bawah ini diharap dapat membantu membidas persoalan tersebut.

1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad saw disebut dalam Al-Quran?
Nama Nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali. Mengapa? Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi Muhammad saw jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memaparkan kisah Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.
2) Nama Nabi Isa lebih banya disebut daripada nama Nabi Muhammad saw dalam Al-Quran. Tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan?
Dalam Bible, nama syaitan lebih banyak daripada nama Nabi Isa. Jadi, adakah syaitan lebih hebat daripada Nabi Isa? Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan Nabi dan RasulNya. Walaubagaimanapun, Allah lebih Maha Mengetahui.

3) Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad saw wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja Nabi Isa itu Tuhan kan?
Dalam banyak-banyak kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa). Sedangkan, dalam Bible juga ada menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata “Siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka”. (Kitab Injil yang menjadi rujukan pengganut Kristian sekarang ini sebenarnya telah dimanipulasi isi kandungannya)

4) Dalam Islam, Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir zaman nanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang terakhir?
Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. Contohnya, jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulung masih hidup, anak sulung tetap kekal pangkatnya sebagai yang sulung.

5) Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa.
Antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan? Jadi, kenapa orang Kristian tidak menyembah Mariam saja? Bukankah Mariam itu ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam merupakan manusia pertama juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga. Jadi, kenapa tidak disembah Adam saja?
Firman Allah swt : “Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: “Jadilah engkau!” maka menjadilah ia. -Surah Al-Imran, ayat-59.

6) Jika membaca tafsir, Allah berfirman sekejap guna ‘Aku’, sekejap guna ‘Kami’. Kenapa? Bukankah maksud ‘Kami’ itu mewakili ‘Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)’?
Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab. ‘Aku’ kata jamaknya ‘Kami’ yang menggambarkan tentang ‘Allah dan keagunganNya’ . Bukankah Queen Elizebeth ketika bertitah, beliau guna ‘We’ bukan ‘I’?

7) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan?
Kita jawab dengan soalan ini, kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku?

8) Sami Buddha vegetarian bertanya, kenapa Islam disuruh membunuh binatang untuk dimakan? Bukankah itu zalim kerana membunuh hidupan bernyawa?
Sains telah membuktikan bahawa sayur dan pokok turut mempunyai nyawa. Malah, apabila kita basuh tangan pun, ada banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak kejam? Apabila kita membunuh (sembelih) seekor lembu, sebenarnya kita telah menyelamatkan banyak nyawa manusia daripada mati kelaparan.

9) Sami Buddha menjawab “Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria. Bunuh binatang dosa besar”
Habis tu, adakah kita cuma berdosa kecil jika membunuh orang yang pekak, buta, dan bisu hanya kerana dia tidak ada deria?

10) Sami Buddha menjawab lagi “Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik”
Jadi, makanlah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus.

11) Sami Buddha berkata lagi, “Makan binatang akan dapat banyak penyakit” Sebenarnya, penyakit datang kerana kita banyak makan. Bukan kerana makan binatang. Allah suruh makan secara sederhana. Nabi juga suruh berhenti makan sebelum kenyang. Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran. Bukankah tembakau dan ganja itu juga berasal dari tumbuhan? Lagi besar penyakitnya. Lembu yang ragut rumput hari-hari pun boleh jadi lembu gila. Sebenarnya, tak kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi jangan lah cakap haram apa yang telah Allah halalkan.

12) Kan babi itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan babi?
Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan. Jika begitu, batu dan kayu juga ciptaan Allah. Manusia juga ciptaan Allah. Nak jadi kanibal?

13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari-hari sembah Kaabah.
Islam bukan sembah Kaabah. Tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat. Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam sembah Allah, kaabah cuma kiblat. Ada bezanya. Bukti, orang yg sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk melaungkan azan. Orang Hindu tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islam hari-hari pijak gambar Kaabah di sejadah. Jika ada sepanduk gambar Kaabah direntangkan di KLCC sekalipun, orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu kiblat kita untuk sembah Allah. Bukan sembah Kaabah!

14) Kenapa perlu ikut Nabi Muhammad saw? Nabi dan Rasul sebelum baginda itu sesatkah?
Nabi sebelum Nabi Muhammad saw diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman.

15) Apa bukti Allah wujud? Mana Allah? Tak nampak pun.
(Tampar beliau!) Kemudian cakap, sakit itu wujud dan boleh dirasa, tapi adakah kita nampak sakit itu? Begitu juga dengan kewujudan Allah. Allah itu wujud dan kita boleh rasa nikmat pemberian-Nya, tapi kita tak boleh nampak Allah.

Bukti Kebenaran Al Quran Di Gunung Everest

Satu fakta menarik tentang gunung ialah Allah jadikan sebagai pengimbang berat kepada bumi . Sebab itulah gunung ada di seluruh benua , diimbangkan pula dengan lembah , datarnya serta lurah disekitarnya . Ia memasak bumi dengan kekuatannya .Ini menyebabkan berat planet bumi terus seimbang pada setiap sisi , menyebabkan tetap beredar sejajar pada orbitnya .
Allah berfirman dalam surah al – An ‘am : 88
” Engkau melihat gunung – gunung itu , engkau menyangka ia tetap ditempatnya , padahal ia bergerak seperti jalannya awan . ( Demikianlah ) perbuatan Allah yang membuat dengan kukuh tiap – tiap sesuatu , sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang kamu kerjakan . “
Ternyata , apa yang dinyatakan oleh al – Quran adalah benar dan dibuktikan pula oleh kajian sains dan geologi . Tapi apakah yang berlaku pada Rasulullah apabila menyatakan kebenaran itu 1,400 tahun dahulu ? Baginda dianggap manusia gila !
Bukan itu sahaja , kajian – kajian sains turut membuktikan , daratan ini satu ketika dahulu bercantum , kemudiannya berpecah dan bergerak hingga terbentuk benua serta lautan yang ada pada hari ini .
Rakaman satelite turut membuktikan Jazirah Arab serta gunung ganangnya didapati bergerak mendekati Iran beberapa sentimeter setiap tahun . Sedangkan , lebih 5 juta tahun lalu , Jazirah Arab bergerak memisahkan diri dari Afrika lalu membentuk Laut Merah .
Didapati juga pantai timur dan selatan Somalia kini dalam proses pemisahan dan telah membentuk lembah belah yang membujur ke selatan melalui deretan danau Afrika . Kepingan tiktonik benua Australia juga sedang bergerak ke arah utara dengan kelajuan 6 sentimeter / tahun .
Bukankah penemuan – penemuan sains serta geologi ini membuktikan al – Quran itu benar , sedangkan kebenaran itu hanya baru diketahui oleh ahli sains selepas 1,400 tahun Rasulullah mengungkapkannya ?

Ayat Ayat Lepas Kahwin..hahahah

Sebelum Tido:
6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah... Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!


Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana!!!



Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..


Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???


Pulang Kerje:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih...
6 bulan : I'm BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??


Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun: Nih duit, U beli sendirilah apa yg U nak..


Telefon:
6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh... Your call...
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH.... ANGKAT AAAAAHHH!!!


Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp...!!!
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?


Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali-2 pon tak paham!!


Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah... Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???


Merancangkan Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler... Senang sikit tak perlu naik flight...
6 tahun: JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!


TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK..

Hubungan Silaturahim

Hadith:

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memanjangkan silaturrahim”

Riwayat al-bukhari
Huraian :


i) Silaturahim bermaksud menyambungkan tali persaudaraan atau kasih sayang, mengeratkan kembali rasa kecintaan serta menjaga keutuhan persaudaraan yang telah terbina terhadap saudara, kerabat, teman dan sebagainya.

ii) Membina dan mengeratkan silaturahim adalah merupakan satu tugas dan tuntutan yang wajib di sisi Islam di mana Rasulullah s.a.w amat membenci golongan yang suka memutuskan hubungan persaudaraan sesama manusia sebagaimana sabda baginda yang maksudnya:” Tidak halal bagi seorang muslim menjauhi (memutuskan) hubungan dengan saudaranya melebihi tiga hari.”

iii) Mewujudkan silaturrahim bukan sekadar membawa maksud menyambung kembali ikatan persaudaraan yang telah retak atau memulihkan semula ketegangan dalam perhubungan malah ia membawa erti yang lebih luas lagi iaitu membina kemesraan dan keakraban dengan sesiapa sahaja menerusi sifat saling membantu, bertolak ansur dan sebagainya.

iv) Biasanya punca permasalahan dan gejala keretakan persaudaraan didahului dengan pertengkaran dan saling menjauhkan diri. Maka adalah menjadi kewajipan bagi seorang muslim yang lain mengajak saudaranya yang bertelagah itu ke jalan perdamaian sama ada dengan cara mendatangi, menyapa atau memberi salam serta diikuti dengan ucapan meminta maaf.

v) Seseorang yang sedang berada dalam suasana tegang (perselisihan faham) hendaklah membanyakkan sabar dan bersikap terbuka serta mengalah untuk meminta maaf atau memaafkan orang lain. Jangan bersikap sombong dan angkuh serta menganggap diri sentiasa benar atau betul kerana inilah punca terjadinya keretakan hubungan yang berterusan. Sesungguhnya dosa sesama insan hanya boleh dimaafkan oleh manusia itu sendiri dan bukanlah boleh diampunkan oleh Allah S.W.T

 " Jadikan yg tebal itu iman, yg nipis itu lidah, yg tajam itu akal, yg lembut itu hati, yg ringan itu solat, yg halus itu suara, yg luas itu ilmu dan yg manis itu senyuman "

Cara-cara menghadapi stress

1. Buat marathon tengok drama/filem korea ke, jepun ke atau drama melayu ke..mcm aku skang tengah layan drama adam dan hawa hihi...donload je..mana mampu langgan astro mustika..klau langgan menambah stress tu hehe.sape nk tgk drama adam dan hawa g tgk kt dailymotion ye..off topic jap..

2. Buat aktiviti sukan mcm jogging ke, main badminton ke..main konda kondi ke..takpun kemas rumah ke basuh baju ke.bercucuk tanam ke.itupun kira exercise gak kan..

3. Tido pun leh kurangkan stress tp sekejap je kot. bangun stress balik hehe..arghhhhh....

4. Menyanyi. Korang leh melepaskan stress dengan menyanyi dalam bilik air tanpa
mementingkan sangat senikata lagu tersebut kihkih..reka sendiri pun boleh..nyanyi lagu gangnam style pun ok gak.

5. Pasang lagu yang rancak dan sesuai untuk menari sepuas hati sehingga berpeluh. Contohnya tarian gangnam style..ermm takda tarian lain ka

6. Menjerit. Cari tempat yang sunyi dan jeritlah sekuat tenaga sampai rasa nk putus urat kentut hehe. Anda juga boleh mendapatkan tempat yang bising seperti di tapak2 pembinaan yang mana pekerjanya orang asing
ataupun di dalam kebisingan waktu hujan dan di mana-mana mengikut kreativiti anda.

7. Curahkan perasaan melalui diari ataupun blog...biar panjang mcm novel pun takpe..tulis je sampai jari2 tu rasa lenguh then leh lupa pasal stress..

8. Mendekatkan diri kepada tuhan..ini lah cara yang paling terbaik dalam semua cara2 kt atas..baca quran, solat dan bykkan berzikir..sbb zikir ni menenang kan jiwa..