Sunday, 3 April 2016

DOA PERMUDAHKAN URUSAN


Doa Dipermudah segala Urusan. Baca sehingga 7 kali apabila nak memulakan sesuatu perkara, pekerjaaa dan seumpamanya. Sesuai dibaca oleh para pelajar yang sedang menduduki peperiksaan, urusan dalam perjalanan, mencari parking, mencari benda hilang dan seumpamanya.
"Rabbi Yassir Wala Tu'assir, Rabbi tammim bil khair"

TANDA KESABARAN ADALAH KITA TIDAK MENGELUH SEDIKITPUN MUSIBAH KEPADA SEORANG MAKHLUK PUN...


Jangan pernah bebankan manusia dengan masalah kita. Seberat mana kita rasa terbeban dengan dunia, Serendah mana kita ditolak jatuh olehnya, Seluka mana kita dikhianati manusia, jangan pernah kita mengharap manusia untuk dengar kita. Paling tidak,mereka cuma mampu kata “sabar, ini ujian untukmu” Sedang mereka tidak tahu apa yang ada dalam kasut kita. Saiz saja sudah tidak sama.
Setiap detik yang kita rasa hilang, Rasa seperti seolah jiwa terbang, Ingat tuhan. Kerana, cuma yang mengingati tuhan akan dibalas dengan sayang. Cuma yang mengerti nilai menjadi hamba, Akan mengerti kemana harus dia pergi seandai dihimpit dunia. Ingat, manusia tak selalu ada untuk kita. Hatta orang yang paling kita sayang dan kita cinta. Tapi tuhan, Sempurna sifatNya pada setianya Dia. Luahkan pada Allah, Luahkan pada Allah, Dan tetap meluah pada Allah.
Ya memang, Dia Maha Mengetahui.. tak perlu luah pun takpe. Tapi bukankah kurangnya sifat hamba itu pada kebergantungannya? Jangan ego dengan Allah. Jangan merampas sifat yang cuma layak bagi Dia.
Apa yang sepatutnya kita buat bila dilanda masalah adalah mengadu pada Allah. Jika tersilap mengadu pada manusia, khuatir ianya akan menjadi fitnah. Fitnah yang bukan menyelesaikan masalah tetapi menambah buruk keadaan. Tanda kesabaran adalah kita tidak mengeluhkan sedikitpun musibah yang menimpamu kepada seorang makhlukpun

SOLAT HAJAT BAGI MASAALAH BERAT


( Petua dari Ustaz Ismail Kamus )
Bagaimana nak buat solat hajat bagi mereka yang menghadapai masaalah yang berat agar doa mudah dimakbulkan dan ada penyelesaian..Caranya selepas solat sunat hajat 2 rakaat dan beri salam..lepas tu duduk dan baca surah Al-Baqarah ayat 260 sebanyk 41x.. baca ayat itu saja. Lepas tu doa..satu hajat je.. buat 3 hari berturut2.. insyaalah lepas tu akan dapat apa yang dihajatkan.. moga2 dapat membantu..

PERLU ' SUPER POWER ' UNTUK KELUAR DARI KESUSAHAN


Allah himpitkan kita dengan kesusahan supaya kita kembali kepada Dia. Bila datang kesempitan, masalah, kena syukur sebab Allah nak ingatkan kita. Allah sayangkan kita. Kita kena cari puncanya. Puncanya mesti ada kena mengena dengan Tuhan. Adakah kita dah bereskan apa yang Tuhan suruh? Ada tak terbuat apa yang Tuhan larang? Bila ada masalah, kita boleh ikhtiar tapi ikhtiar kita sangat terhad. Masa tu kita perlukan “super power” untuk keluar dari kesusahan. Jadi “super power” yang kita harapkan tu tak lain dan tak bukan, ia hanyalah datang dari Tuhan. Nak minta Tuhan bantu kita, semestinya kena buat apa yang Dia suruh (perkara wajib), buat apa yang Dia suka (perkara sunat), dan tinggalkan apa yang Dia larang (perkara haram).

Kalau buntu dengan masalah kewangan, minta dengan Tuhan banyak-banyak. Jaga solat fardhu ( berjemaah di masjid bagi kaum adam), perbanyakkan solat hajat, rutinkan solat dhuha, disiplinkan diri dengan bersedekah walaupun sedikit, baca Quran setiap hari walaupun sikit, hadiri majlis ilmu itulah antara cara menjemput keajaiban rezeki dari Tuhan. Sebab Dia lah Boss yang Maha Kaya. Rezeki kita di tangan Dia. Kalau kita senang dari dulu lagi, mungkin kita dah lupa diri.
Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.” (At-Thalaq 65 : 2 – 3)
Jika kita rasa kita tidak punya apa-apa, minta lah dari Dia, dan berusaha lah. Allah sangat suka pada orang yang meminta.

Doa Senjata Orang-Orang Mukmin

Doa merupakan ibadah rohaniah yang paling besar ertinya dalam Islam, di inana setiap insan akan merasakan betapa tingginya penghargaan dan pergantungan dengan kebesaran dan keagongan Allah S.W.T., setelah dilakukan usaha dan ikhtiar kemudian melakukan permohonan dengan penuh khusyu’ dan tawaduk, disertai dengan hati dan jiwa yang tenang dan mengharapkan sesuatu dan Allah Yang Maha Agong. Kerana Dialah tempat icita memohon ampun dan kemaafan. Firman Allah:

“Engkau sahaja (Ya Allah) kami sernbah. Dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan”. (al-Fatihah ayat 5)
Kalimah “doa” ialah kalimah yang banyak sekali terdapat di dalam al-Quran dan mempunyai pengertian yang banyak pula. Mengikut pengertian ulama’ “doa” itu bermakna permohonan, ibadah, memuji, percakapan, meminta pertolongan dan sebagainya sesuai dengan tujuan susunan kalimah yang’ diucapkan.
Sabda Rasulullah s.a.w.

“Doa” itu adalah ibadah. .:(Riwayat Ahmad)

Firman Allah S.W.T
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada inereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka): Aku perkenankanpermohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku maka hendaklah mereka menyebut suruhan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.”   (al- Baqarah ayat 186)

Berdoa Merupakan Perintah Allah
Sebagaimana yang telah digambarkan dalam al-Quran, Firman Allah:

Maksudnya:
“Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, menyerulah Ia kepada Kami (dalam segala keadaan), sama ada Ia sedar, berbaring atau duduk ataupun berdiri; dan manakala Kami hap uskan kesusahan itu daripadanya, ia terus membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpanya (sebagaimana ia memandang eloknya bawaan itu)” .(Surah Yunus ayat 12)
Berdoa bukanlah sekadar hanya menyampaikan permohonan dan keinginan yang terkandung di dalam hati ke hadrat Ilahi, tetapi berdoa itu merupakan perintah Allah, juga suatu ibadah rohaniah. Doa ialah suatu media yang menghubungkan antara manusia dengan Tuhannya dan merupakan cara kita berkomunikasi dengan Allah S.W.T. Oleh kerana itu tidaklah layak kita menghadapkan “doa”. kepada selain daripada Allah, hal ini telah dinyatakan oleh Allah S.W.T. di dalam firmannya:

“Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah atau memuja yang lain dan Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudanat kepadamu. Oleh itu, sekiranya engkau mengerjakan yang demikian, maka pada saat itu menjadilah engkau dan orang-orang yang berlaku zalim (terhadap din sendiri dengan perbuatan syfrik itu) .”   (Surah Yunus ayat 106)
Doa ialah suatu media yang menghubungkan antara manusia dengan Tuhannya dan merupakan cara kita berkomunikasi dengan Allah S. W. T. Oleh kerana itu tidaklah layak kita menghadapkan “doa” kepada selain daripada Allah.

Akan tetapi sebahagian manusia telah lupa tentang kedudukan “doa” sebagai otak ibadah. Oleh itu tidak hairanlah rainai di antara manusia te!ah sesat mengharapkan doa kepada se!ain daripada Allah bagi keperluan hajat yang di luar kemampuan mereka sendiri. Mereka memohon dengan melakukan pemujaan kepada tempat-tempat yang dianggap keramat dan kepada orang-orang yang dianggap sebagai wali serta mempunyai kelebihan dan sebagainya Kepercayaan kepada kuasa-kuasa kesaktian melalui amalan-amalan ilmu kebatinan juga tennasuk kepercayaan terhadap dukun-dukun atau bomoh-bomoh yang mendakwa mendapat ilmu kedukunan daripada mimpi-mimpi ataupun orang-orang halus mela!ui amalan cara menurun dan sebagainya, ilmu-ilmu yang seperti mi bukan berasal dad ilmu Islam. Orang-orang Islam hendaklah menjauhinya daripada terjebak atau tertipu dengan penye!ewengan aqidah daripada orang-orang yang mengambil kesempatan untuk kepentingan diii dan sebagainya.

Doa Nabi-nabi dan Rasul-rasul
Di dalam al-Quran dan hadith Rasulullah s.a.w terdapat banyak keterangan ayat-ayat yang menyuruh supaya manusia berdoa kepada Allah S.W.T.
Dengan demikian nyatalah bahawa berdoa itu merupakan perintah agama dad Allah S.W.1’. ianya juga merupakan suatu ibadah, malah berbagai-bagai doa yang pernah diucapkan oleh para nabi dan rasul di kala mereka menghadapi situasi dan masalah dapat dilihat dalam al-Quran, firman Allah seperti berikut:

Maksudnya:
“Dan di antana mereka pu/a ada yang (berdoa dengan) benkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dun/a dan kebaikan di akhinat, dan peliharalah kami dan azab neraka.” (Surah al-Baqarah ayat 201)

Dan apabila meneka (yang ben/man itu) ke/uar menentang Jalud dan tentenanya, mereka berdoa dengan benkata: “Wahai Tuhan kami limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendinian kami, serta menangkanlah ka.mi tenhadap kaum yang kafir.”
(Surah “Al-Bakarah” Ayat 205)
Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bendoa dengan benkata: “Wahai Tuhankujadikanlah (Negeni Mekah) mi, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah nezeki dan benbagal jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka, Allah benfirman:

“(Permohonan itu diterima) tetapi sesiapa yang kufun dan ingkar maka Aku akan ben juga Ia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementana (di dun/a), kemudian Aku memaksanya (dengan menghenetkannya) keazab nenaka dan (itulah) sebunuk-bunuk tempat kembali.” (Surah al-Baqarah ayat 126)

Rasulullah Mengajar Kita Berdoa

Jika kita melihat kepada sunnah Rasulullah s.a.w., maka setiap detik dalam kehidupan kita setiap had bermula dad waktu pagi hinggalah kepada waktu petang seterusnya dad malam sampai kepada subuh Rasulullah s.a.w. telah mengajar kita bagaimana cara-cara untuk berdoa serta diamailcan dengan memberikan tontonan doa-doa yang hams dibaca oleh umatnya seperti doa hendak tidur, doa hendak makan, doa untuk mandi, doa ketika mengenakan pakaian, doa keluar rumah dan masuk rumah, doa ketika di atas kenderaan, doa ketika ditimpa musibah, doa apabila mendapat sesuatu kebaikan malah masuk dan keluar tandas pun ada doanya.

Kekuatan Jiwa

Jika dinilai dan aspek psikologi berdoa itu mempunyai pengaruh yang amat besar terhadap perkembangan kejiwaan. Berdoa membuatkan jiwa kita kuat dan tenteram, menambahkan semangat berjuang (al-jihad) dan memberikan penghargaan kepada manusia yang berdoa itu.

Pengaruh doa amat luas sekali, di mana berdoa itulah yang mendorong manusia untuk mencapai suatu cita-citanya, mengatasi segala macam aneka bentuk kesulitan yang merintangi di jalan kehidupan yang dilaluinya.

Kata-kata doa yang diucapkan dan lubuk hati dengan penuh kusyuk yang hanya dipohonkan (ditujukan) ke hadrat Allah Yang Maha Kuasa akan dikabulkan oleh Allah S.W.T. dan aspek   piikutogi berdoa itu mempunyat pengaruh yang amat besar terhadap perkemban kejiwaan. Berdoa menbuatkan jiwa kita kuat dan tenteram, menambahkan semangat berjuang (al-jihad) dan memberikan penghargaan kepada manusia yang berdoa itu.

Doa diibaratkan sebagai radio aktif yang mengandungi sumber kuasa (tenaga) yang bercahaya dan membangunkan. Di dalam din manusia apabila ia sedang berdoa bererti manusia itu berusaha untuk menambahkan tenaganya yang terbatas dengan jalan kembali kepada “Sumber Tenaga” yang tidak ada batasnya itu.

Apabila manusia berdoa maka manusia berhubung dengan tenaga penggerak yang menggerakkan alam semesta, manusia berdoa supaya sebahagian daripada kekuatan itu dicurahkan untuk keperluan manusia.

Memohon Harapan

Berdoa ialah jalan mengatasi kekurangan manusia kerana berdoa ialah “Memohon kepada ‘Allah” untuk menyampaikan hajat kita disamping usaha yang bersungguh-sungguh, Insya-Allah apa yang kita pohon akan dikabulkan Allah S.W.T.

Doa seperti itu, ialah kepercayaan yang sangat teguh serta harapan yang sangat dalam, bahawa Allah akan menjauhkan segala halangan yang mendalangi tercapainya maksud kita dan hanya Allah dapat memberikan petunjuk tentang sebab-sebab yang nyata dan tersembunyi yang tidak jelas kelihatan oleh kita.

…..berdoa merupakan fitrah manusia ianya ialah satu hajat rohaniah yang daperlukan dalam kehidupan manasia itu sendiri…..
Dengan demikian dalam kalimah doa itu tersimpan berjuta-juta kekuatan rohaniah yang membangunkan, setiap manusia itu mempunyai tujuan pokok dalam kehidupannya yang mengarahkan seluruh fikirannya membimbing seluruh perbuatan dan harapannya di samping berusaha sclama sebab dan helah masih dapat kita usahakan.

Islam datang untuk memperbaiki akhlak dan jiwa manusia serta mengangkatkan kesempurnaan yang mungkin baginya, Islam menjelaskan tujuan akhir kepada manusia sehingga manusia bergerak menuju cita-citanya yang luhur.

Doa Merupakan Fitrah Manusia

Doa yang kita maksudkan di sini ialah permohonan atau permintaan iaitu permohonan seseorang hamba kepada Tuhannya, Allah Yang Maha Pencipta. Pada hakikatnya doa itu adalah percakapan seseorang individu atau jemaah yang dihadapkan kepada Allah S.W.T.

Berdoa merupakan fitrah manusia, ianya ialah satu hajat rohaniah yang diperlukan dalam kehidupan manusia itu sendiri, lebihlebih lagi ketika ditimpa musibah kesulitan dan lain-lain, tetapi bukanlah bererti berdoa itu hanya waktu ditimpa kesulitan atau kesusahan sahaja, bahkan hendaklah sentiasa diucapkan baik waktu susah mahupun di waktu senang ibarat aliran darah yang mengalir dan denyutan nadi yang menggerakkan seluruh tubuh badan kita. Allah sangat-sangat mencela sikap manusia yang berdoa kepadanya di kala ia mendapat kesusahan sahaja, tetapi apabila keadaannya menjadi senang, jangankan hendak berdoa malah terus melupakan Allah S.W.T. yang telah mengumiakan nikmat-nikmat yang banyak.
Oleh yang demikian marilah kita bersamasama berdoa dan carilah atau bacailah doadoa yang al-Ma’thurat yang diamalkan oleh Rasulullah saw. dan para sahabatnya, telah disusun khusus oleh ulama’-ulama’ seperti yang terdapat di dalam kitab-kitab al-Azkar yang ditulis oleh Imam Nawawi.

Ibadah sembahyang membimbing akhlak manusia supaya sentiasa mengingati Allah

“Dan ingatlah Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah dan beribadat kepada-Ku. Aku tidak sekah-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian daripada mereka, dan aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepada-Ku” (az-Zaariyat ayat 56 – 57)

ALLAH TAK JADIKAN SESUATU ITU SAJA2...


Bukan saja2 Allah jodohkan kita dengan suami sekarang..
Bukan saja2 Allah letakkan kita dalam keluarga yang tak kuat agama..
Bukan saja2 Allah bagi kita anak ramai atau takde langsung..
Bukan saja2 Allah bagi kita sakit..

Bukan saja2 Allah aturkan kisah silam kita..Jika bukan kerana kisah silam itu, kita mungkin akan rasa 'tak banyak dosa" sangat. Jika bukan kerana kisah silam itu, kita mungkin akan rasa "saya ni baik je". Jika bukan kerana kisah silam itu, kita mungkin tak bersungguh2 memohon ampun daripadaNya.
Bukan saja2 kita sorang je dapat hidayah..Dengan hidayah yang kita dapat tu sebenarnya akan jadi asbab kebaikan untuk orang lain. Cuba audit diri kita. Berapa banyak manusia yang kita berjaya bawak dan dekatkan dirinya dengan Allah?"
Hidup kita Allah yang atur. Suami kita Allah yang punya. Anak2 kita Allah yang punya. Duit kita Allah yang punya. Kesihatan kita Allah yang punya.
Jadi, jika kita kehilangan duit, suami,anak atau kita sakit maka redhakanlah. Kerana semua itu bukan kita punya. Allah yang punya. Dia boleh bagi kita dan Dia boleh ambil balik daripada kita. Namun usah lupa. Allah itu Penyayang. Dia ambil sesuatu daripada kita sebab Dia nak bagi 'sesuatu yang lebih besar' untuk kita. Sesuatu yang sangat kita perlukan yang kita tak pernah tahu. Cuma Allah yang tahu. Bersangka baik dengan Allah perlu kita aplikasikan. Percayalah, apabila sentiasa bersangka baik dengan Allah, kita akan sentiasa redha.
Jadi, usah kecewa. Kita ada Allah. Kita minta pada Allah. Kita minta kekuatan pada Allah. Kita yakin dengan Allah. Kita redha dengan ketentuan Allah. Insyaa-Allah akhirnya kita dapat menerima semua kelemahannya dengan hati terbuka. Tapi, untuk mendapatkan hati terbuka itu, perlukan beberapa perlaksanaan. Antaranya solat malam! InsyaAllah kekuatan itu kita akan perolehi.
Kita ada Allah! Dan Allah itu ada di mana2. Bukan hanya di Mekah dan Madinah sahaja., Jika di Mekah dan Madinah ada tempat2 mustajab, di tempat lain juga ada. Jika kita berpuasa, doa kita mustajab. Jika kita solat malam, doa kita mustajab.
Dan Allah telah menggariskan panduan, "Sabar dan Solat"!
Lakukanlah! Dan perlahan2, akhirnya kita dapati Allah akan gantikan semula semua yang Dia ambil dari kita tapi berbeza2 bentuk pemberiannya. Yang pasti, pemberian itu nyata lebih baik, lebih bagus dan lebih perlu. Insyaa-Allah..
Allah tak jadikan sesuatu itu saja2~

Friday, 1 April 2016

IKTIBAR TIDAK BOLEH PIJAK DI MASJIDIL HARAM

PERRHATIAN WANITA…SILA AMBIL IKTIBAR! Wanita berhijab ini rupanya tidak boleh pijak di Masjidil Haram, cuba lihat apa yang dia lakukan di Tanah Suci Mekah sunggh tak disangka-sangka

Sedikit perkongsian dari admin menceritakan tentang mengapa wanita ini tidak boleh pijak ke Masjidil Haram. Apakah sebabnya jadi sampai macam tu?

Sudah lebih sepuluh tahun saya mengumpul pengalaman dalam menguruskan jemaah haji dan umrah, pelbagai kerenah yang saya temui. Tak kiralah sama ada sebelum berangkat ke Tanah Suci ataupun sewaktu berada di sana.

Apa yang boleh saya katakan, mereka yang berjaya sampai ke Mekah untuk menunaikan ibadah adalah golongan yang dipilih Allah. Jika Allah tidak menjemput, jemaah itu tidak akan berjaya sampai ke Tanah Suci.
fadah%2B1.jpg

Wang bukan segala-galanya. Saya sering melihat kes di mana jika orang itu banyak duit sekali pun, tetapi ada saja halangannya sejak di tanah air sehingga menyebabkan dia gagal menjadi tetamu Allah di Mekah.Ada kalanya, kerana fikir dia kaya dan banyak wang, maka itu menjadi lesen untuk meminta apa saja bertaraf first class bagaikan melancong ke luar negara lagaknya. Pernah saya bawa seorang jemaah wanita, boleh dikatakan dari golongan elit. Sebelum pergi lagi dah minta macam-macam. Lepas tu, langsung tak mahu bercampur dengan jemaah lain. Kononnya orang lain tak setaraf dengannya.Sikapnya sungguh sombong dan suka memerintah orang.

Semasa di Madinah, dia sudah mula tunjuk rasa tak puas hati. Kononnya makanan tak sedap, persekitaran tak selesa dan macam-macam lagi. Saya sendiri tidak faham tujuannya datang ke Tanah Suci untuk beribadah atau melancong. Sudahlah begitu, dia suka melaga-lagakan orang dengan fitnah hingga ada jemaah yang bermasam muka angkaranya. Bila sampai di Mekah, kami bawa ke hotel penginapan. Walaupun hotel itu tidak secantik mana namun ia selesa dan segala kemudahan disediakan.Semua jemaah suka dan amat bersyukur kerana dapat penginapan yang paling dekat dengan kawasan Masjidilharam. Ini memudahkan mereka berulang-alik mengerjakan ibadah.
masjidil-haram.jpg

Macam Kandang B@bi

TAPI berlainan pula dengan wanita elit itu. Mula-mula dia membebel kerana tak puas hati dengan hotel itu. Katanya hotel itu buruk. Lama-kelamaan amarahnya mula berpanjangan. Daripada membebel,akhirnya dia terjerit-jerit marah dan memaki hamun di depan jemaah lain hanya kerana tidak mahu menginap di hotel tersebut. Hotel ni macam kandang b@bi? Aku tak mahu tinggal kat tempat kotor macam ni! jerit wanita itu. Habis pintu hotel ditendangnya. Saya hanya geleng kepala. Jemaah lain turut malu dengan sikapnya hamun dalam ihramnya itu.

Kami memujuk, tapi dia terus memarahi dan memaki hamun kami semua. Hampir setengah hari habis masa kami memujuknya. Tidak mahu jemaah lain terganggu kerana kerenahnya itu,akhirnya kami tempatkan dia di sebuah hotel mewah yang jauh dari Kaabah. Kalau diikutkan, tak layak pun dia duduk di hotel itu. Bayangkanlah, bayar pakej untuk kelas pertengahan, tapi minta layanan bagaikan dia membayar pakej kelas pertama.Tapi kerana malas mendengar suaranya yang tak habis membebel dan mengganggu Jemaah lain, kami turutkan saja kemahuannya.

Lepas itu, mutawif minta wanita tersebut membayar dam kerana sudah banyak melanggar syarat dalam ihram. Lebih kurang RM400 dendanya. Tak sampai 15 minit lepas dia bayar, dia boleh marah semula mutawif dan berkeras minta dipulangkan semula duit damnya itu.

Dia sanggup tinggal seorang diri di hotel berlainan yang jauh daripada jemaah lain. Saya dapat, tahu selepas itu dia langsung tidak dapat mengerjakan ibadah umrah di Mekah. Sebabnya tiba-tiba haidnya datang tak menentu.Kejap ada, kejap tiada. Sehari suci, esoknya kotor semula. Semasa dalam ihram, haidnya datang lagi. Akhirnya, sepanjang 10 hari di Mekah, memang dia lebih banyak duduk di hotel saja, langsung tak dapat buat ibadah. Betapa ruginya orang seperti ini.

Gagal Pijak Masjidilharam

SELAIN itu, saya teringat juga satu kes seorang lelaki berusia 60-an yang mengerjakan umrah ditemani anak lelakinya. Semasa di Madinah, semuanya berjalan dengan baik. Tapi, sampai di Mekah lain pula jadinya. Lelaki itu tak boleh memasuki kawasan Masjidilharam.Tiap kali dia jejakkan kaki ke dalam kawasan itu, dia akan menjerit-jerit kepanasan. Badannya rasa nak terbakar sampai nak dicabutnya kain ihram kerana tak tahan berasa panas. Begitulah setiap kali mahu memasuki kawasan Masjidilharam.

Lebih haru, bila kami tanya mana Kaabah, dia boleh tunjuk arah belakang. Maknanya, Kaabah yang besar pun langsung dia tak nampak! Anak lelakinya menangis melihat keadaan itu.Setelah puas bertanya, barulah lelaki itu bercerita dia ada membela hantu raya. Tujuannya untuk membantunya melakukan kerja dan menjaga rumah semasa ketiadaannya sewaktu zaman mudanya dulu. Kami tanya di mana dia simpan benda pemujaan hantu raya itu. Setelah dia menyebutkan lokasinya, anaknya menelefon keluarganya di tanah air dan minta dibuang benda itu dengan bantuan pengamal perubatan tradisional. Setelah hantu raya itu dibuang,barulah lelaki itu boleh memijak kawasan Masjidilharam. Barulah dia boleh melihat Kaabah. Kerana itu semasa memberi kursus pada jemaah yang mahu berangkat ke Tanah Suci, saya selalu mengingatkan mereka jika ada sebarang amalan ilmu hitam atau yang menyalahi syariat, lebih baik dibersihkan dahulu dan bertaubat sebelum berangkat ke Tanah Suci.

Betulkan tauhid kita sebelum berangkat ke sana. Jika tidak, itulah yang terjadi seperti kes pakcik tadi. Selain itu, akhlak kita sesama manusia juga harus dijaga. Sebaiknya kita minta ampun dan maaf pada mereka yang pernah kita zalimi atau sakiti hatinya, apatah lagi jika kita ambil haknya.

Akibat Alih Batu Sempadan

PERNAH berlaku seorang jemaah lelaki yang saya bawa tak boleh buat ibadah sepanjang berada di Mekah. Badannya sentiasa terasa panas dan tidak keruan hingga dia langsung tak boleh beri tumpuan untuk beribadah. Dia mengadu pada saya lalu saya bertanya jika dia ada buat apa-apa kesalahan sebelum ini.Akhirnya dia teringat semasa di kampung dia suka mengambil tanah hak orang. Dia dengan sengaja mengalihkan batu sempadan agar tanahnya lebih luas dengan mencuri hak orang lain. Selepas dinasihatkan, dia menelefon jirannya di tanah air dan meminta maaf atas perbuatannya itu. Selepas itu barulah dia dapat melakukan ibadah dengan tenang di Mekah.

Sebenarnya, cerita-cerita yang saya bawakan tadi sepatutnya menginsafkan kita. Apa saja ujian atau balasan yang kita lalui semasa berada di Tanah Suci, terimalah dengan dada terbuka. Jangan takut, jangan gentar. Setiap ujian dan balasan di sana adalah salah satu pengampunan dosa kita. Jika kita tidak dapat menerimanya dengan redha, bermakna kita adalah manusia yang rugi.Segala keajaiban yang ditunjukkan Allah di Tanah Suci itu bersifat pelbagai. Seperti saya alami dua tahun lalu. Ketika saya berniat mahu bawa golongan yang tidak berkemampuan ke Tanah Suci.

Mereka terdiri daripada anak-anak yatim, orang tua, golongan miskin dan pelajar madrasah di mana mereka ingin sangat ke Mekah tapi tidak mampu dari segi kewangan. Kalau diikutkan logic akal, bajet untuk membawa mereka memang tak cukup langsung. Tapi saya tawakal dan berserah pada Allah. Sampai di Tanah Suci, rezeki saya tak putus-putus. Ramai orang menderma, segala bajet seperti makan minum dan penginapan tiba-tiba dapat diskaun paling murah.

Kad ATM bila dicucuk sentiasa ada wang. Dalam poket pun bila saya seluk, ada saja wang yang saya sendiri tertanya-tanya entah datang dari mana. Itulah kuasa Allah. Semasa pergi tak cukup wang, sampai di sana wang saya jadi berlebihan hingga boleh membeli-belah untuk golongan yang tidak berkemampuan ini.Daripada situ saya bertekad seboleh-bolehnya saya mahu membantu membawa golongan sebegini ke Tanah Suci. Oleh kerana itulah saya wujudkan program Kembara Taubat Di Bumi Anbia yang akan bermula pada Mei tahun ini. Tujuannya untuk memberi peluang pada golongan yang tidak berkemampuan untuk sama-sama menjadi tetamu Allah di sana. Saya percaya, benda baik yang kita lakukan dengan ikhlas tanpa tujuan mengaut keuntungan pasti akan dipermudahkan jalannya oleh Allah