Jangan pernah bebankan manusia dengan masalah kita. Seberat mana kita rasa terbeban dengan dunia, Serendah mana kita ditolak jatuh olehnya, Seluka mana kita dikhianati manusia, jangan pernah kita mengharap manusia untuk dengar kita. Paling tidak,mereka cuma mampu kata “sabar, ini ujian untukmu” Sedang mereka tidak tahu apa yang ada dalam kasut kita. Saiz saja sudah tidak sama.
Setiap detik yang kita rasa hilang, Rasa seperti seolah jiwa terbang,
Ingat tuhan. Kerana, cuma yang mengingati tuhan akan dibalas dengan
sayang. Cuma yang mengerti nilai menjadi hamba, Akan mengerti kemana
harus dia pergi seandai dihimpit dunia. Ingat, manusia tak selalu ada
untuk kita. Hatta orang yang paling kita sayang dan kita cinta. Tapi
tuhan, Sempurna sifatNya pada setianya Dia. Luahkan pada Allah, Luahkan
pada Allah, Dan tetap meluah pada Allah.
Ya memang, Dia Maha Mengetahui.. tak perlu luah pun takpe. Tapi bukankah kurangnya sifat hamba itu pada kebergantungannya? Jangan ego dengan Allah. Jangan merampas sifat yang cuma layak bagi Dia.
Apa yang sepatutnya kita buat bila dilanda masalah adalah mengadu pada Allah. Jika tersilap mengadu pada manusia, khuatir ianya akan menjadi fitnah. Fitnah yang bukan menyelesaikan masalah tetapi menambah buruk keadaan. Tanda kesabaran adalah kita tidak mengeluhkan sedikitpun musibah yang menimpamu kepada seorang makhlukpun

No comments:
Post a Comment