1.
Allah
tidak menerima kecuali sesuatu yang baik. Siapa yang bersedekah dengan benda
yang haram tidak akan diterima.
2. Sesuatu yang disebut baik adalah apa
yang dinilai baik disisi Allah.
3. Berlanjutan dalam perbuatan haram
menghalang daripada dikabulkan doa.
4. Orang yang melakukan maksiat tidak
termasuk mereka yang dikabulkan doanya kecuali mereka yang Allah kehendaki.
5. Memakan makanan haram dapat merosakkan
amal dan menjadi penghalang diterima amal perbuatan.
6. Anjuran untuk bersedekah daripada
benda yang halal dan larangan bersedekah daripada barang yang haram.
7. Kita diberi ganjaran apabila memakan
sesuatu yang baik dengan tujuan supaya diri kita diberi kekuatan untuk taat
kepada Allah.
8. Doa orang yang sedang bermusafir dan
yang hatinya sangat mengharap akan dikabulkan Allah.
9. Antara sebab dikabulkan doa adalah
perjalanan yang jauh, kondisi yang sesuai dalam berpakaian dan bukan dalam
penampilan yang kotor dan berdebu.
Mengangkat
kudua tangan kelangit, meratap dalam berdoa, keinginan yang kuat semasa
permintaan, mengambil makanan, minuman dan pakaian yang
Halal.
Firman
Allah:
“Katakanlah:
Apakah aku akan mencari tuhan selain Allah, padahal Dia adalah Tuhan bagi
segala sesuatu. Dan tidaklah seseorang berbuat dosa
Melainkan
kemudaratan-nya kembali kepada dirinya sendiri, dan seseorang yang berdosa
tidak akan memikul dosa orang lain.
Kemudian
kepada Tuhan kamulah tempat kembali dan Dia akan memberitahu kamu apa yang kamu
perselisihkan.” 164 Surah Al-An’am
No comments:
Post a Comment