Wednesday, 13 April 2016

JANGAN LUPA BERSELAWAT KE ATAS NABI


Ketika sibuk dengan kerja seharian, janganlah kita lupa untuk membasahkan lidah dengan berselawat ke atas nabi.“Sesiapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapuskan sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya.” (Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim)
Lafaznya cukup mudah dan pastinya tidak mengambil masa yang panjang. Luahkan rasa cinta dan memuliakan nabi kita. Berselawat nabi adalah amalan yang pasti diterima oleh Allah. Jika kamu bersedekah, dan kamu ingin dipuji, maka sedekahmu sia-sia. Begitu pula jika kamu solat kerana ingin diperhatikan manusia, solatmu tanpa pahala. Tapi jika kamu berselawat, walaupun kamu riya’, kamu tetap akan mendapatkan pahala, kerana selawat berhubungan dengan Nabi Allah yang Agung, iaitu Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam.
Waktu Afdhal Berselawat
· Masa paling afdhal dituntut berselawat ialah:
· Ketika mendengar orang menyebut nama Nabi SAW.
· Sesudah menjawab azan dan sebelum membaca doa azan.
· Selesai berwuduk, sebelum membaca doa.
· Pada permulaan, pertengahan dan penutup doa.
· Di akhir qunut dalam solat.
· Di dalam solat jenazah.
· Ketika masuk dan keluar dari masjid.
· Setiap waktu pagi dan petang.
· Hari Khamis malam Jumaat.
· Sepanjang hari Jumaat.
· Ketika berada di mana-mana tempat perhimpunan orang ramai.
Berselawatlah selalu, semoga hidup kita diberkati-Nya.

No comments:

Post a Comment