Wednesday, 27 April 2016

SUDAH LETIH TERCARI-CARI... HEMBUS NAFAS LELAH DAN TARIK DIRI

Setiap orang yang awak jumpa adalah berbeza tak semestinya perjalanan hidup kita akan sentiasa sama. Awak kena berpijak di dunia yang nyata bahawa setiap orang yang hadir dalam hidup awak perlu di beri ruang untuk bersama. Sebab itu awak kena hargai setiap orang yang hadir dalam hidup awak. Kita sebagai manusia ni tak pernah nak bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita sebagai manusia ni tak pernah puas.
Bila ada depan mata tak tahu menghargai. Siapa awak untuk tak menghargai orang lain? Dah rasa diri bagus sangat?. Jangan salahkan cinta bila dia pergi. Salahkan diri sendiri yang tak reti menghargai!.. Manusia hanya pandai mensyukuri nikmat bila benda tu dah tak ada. Setiap orang yang hadir dalam hidup awak perlu diberi peluang untuk diri mereka rasa dihargai.
Sebenarnya setiap manusia ada jalan cerita mereka sendiri, tapi rugilah kepada mereka yang tak menghargai orang yang di sayang dek kerana ego dan tamak sebab dah dapat sorang tapi nak cari yang lain. Hargailah apa yang awak ada.. hadirnya sesuatu cuma sekali.. orang yang bertuah jer mendapat peluang sekali lagi.. peluang kali ke dua tu memang susah untuk di dapatkan.
Jangan cipta janji jika untuk selalu saja di mungkiri... Baik kita hembus nafas lelah dan tarik diri.

No comments:

Post a Comment