Dalam banyaknya jumlah manusia, hanya sedikit dari mereka yang suka mendengar ilmu agama. Dan dalam jumlah yang sedikit suka mendengar ilmu agama itu, sedikit lagi orang yang mahu mengamalkan apa yang didengarnya. Lebih sedikit lagi ialah orang yang berupaya untuk ikhlas kerana ALLAH tatkala mengamalkan ilmu yang didengarnya.
Yang paling susah dan paling sedikit ialah orang yang mampu istiqamah,
yakni berterusan suka mendengar ilmu agama, lalu mengamalkannya dengan
ikhlas kerana ALLAH Ta`ala.
Semoga ALLAH Ta`ala mempermudahkan kita semua, diberikan hidayah dan taufiq dariNYA supaya kita semua suka untuk mendengar ilmu agama, berupaya mengamalkan apa yang didengar dari ilmu agama tersebut, dapat meluruskan niat ikhlas kerana ALLAH tatkala mengamalkannya dan seterusnya dapat istiqamah dengannya sehingga hari kita semua bertemu ALLAH `Azza wa Jalla, amin…

No comments:
Post a Comment