Setiap
orang pernah bermimpi yang hampir menyamai kejadian dalam hidupnya.
Bertahun-tahun manusia cuba untuk mentafsir imej yang mereka nampak di
dalam mimpi. Sesetengah tafsir mimpi adalah sangat mengarut manakalah
ada pula yang mudah difahami. Berikut ialah tafsir mimpi yang paling
biasa dialami oleh kita. Terletak pada anda sama ada untuk
mempercayainya kerana anda tentu mempunyai pengalaman sendiri tentang
mimpi. Tapi, perlu diingat yang ini hanyalah tafsiran sahaja. Setiap kejadian yang berlaku, telah disuratkan Allah.
10 Masalah Kereta
Dalam mimpi jenis ini, anda biasanya berada di dalam ataupun berdekatan
dengan kereta (dan kenderaan lain) di mana kereta bermasalah. Sebagai
contoh, kegagalan brek berfungsi, rosak tepi jalan, kemalangan, hilang
kawalan, terjun gaung dan sebagainya. Anda pula mungkin pemandu atau
penumpang kereta berkenaan. Mimpi seperti ini sangat popular dan biasa
dialami oleh semua orang termasuk yang tidak tahu memandu.
Tafsir : Mimpi sebegini selalunya bermakna anda
berperasaan kurang bertenaga dan tidak berkeyakinan dalam kehidupan.
Anda juga dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati memandu di jalan raya…
kot-kot ler kejadian itu benar-benar berlaku…
9 Kerosakan Alatan Mekanikal
Dalam mimpi anda, anda berusaha untuk mengendalikan peralatan yang rosak
dan tidak berfungsi. Kebanyakan mimpi sebegini membabitkan telefon,
sama ada ia tidak dapat mendail, tiada liputan, mahupun tersalah dial
nombor. Ia juga mungkin tiada liputan talian broadband anda, ataupun
peralatan mekanikal kegemaran anda berkecai akibat jatuh.
Tafsir : Mimpi ini menunjukkan anda hilang keyakinan
diri. Kadang-kadang ia juga disebabkan oleh kegagalan anggota badan
berfungsi seperti sepatutnya. Ianya juga berlaku kerana anda begitu
ghairah untuk menghubungi atau berhubungan dengan seseorang dalam
kehidupan sebenar anda.
8 Sesat dan Terperangkap
Anda bermimpi terperangkap, ditanam hidup-hidup, tidak dapat bergerak
tanpa sebarang alasan. Anda berusaha untuk mencari jalan keluar tapi
tiada petunjuk. Dalam mimpi sebegini, anda akan terjaga dalam keadaan
ketakutan dan berpeluh.
Tafsir : Mimpi ini bermakna anda terperangkap dalam
kehidupan sebenar di mana anda tidak dapat membuat keputusan yang tepat.
Anda akan mengalami mimpi sebegini apabila menghadapi konflik dalam
kehidupan sebenar.
7 Tertinggal Kapal Terbang Atau Perkhidmatan Awam
Anda bermimpi di mana anda tergesa-gesa mengejar bas, komuter, kapal
terbang atau apa-apa sahaja khidmat pengangkutan awam – tapi anda
gagal. Biasanya hanya dalam beberapa langkah atau saat sahaja. Anda
juga berkemuningkinan bermimpi lewat ke tempat kerja di mana anda
terlibat dalam presentation atau mesyuarat, di mana apabila anda sampai, semuanya sudah bermula tanpa anda. Akhirnya anda akan merasa kecewa.
Tafsir : Ini menunjukkan anda berasa terlepas beberapa
peluang keemasan dalam kehidupan sebenar. Kebiasaannya mimpi sebegini
berlaku apabila anda sedang berusaha untuk memberi keputusan penting
dalam hidup.
6 Gagal Dalam Peperiksaan
Mimpi ini seringkali memanipulasi orang yang meninggalkan pelajaran
dalam tempoh agak lama dan mempunyai keinginan tinggi untuk
lulus. Dalam mimpi ini, anda anda gagal mencari bilik peperiksaan,
tidak dapat menjawab soalan dalam masa yang mencukupi, tertinggal alat
tulis, dan tidak bersedia kerana sikap mengambil mudah dalam pelajaran.
Tafsir : Maknanya anda berasa diuji dalam setiap
perbuatan anda dalam kehidupan sebenar. Kemungkinan juga anda memang
belum bersedia untuk menghadapi peperiksaan sebenar atau melakukan
sesuatu perbuatan yang salah dalam kehidupan.
5 Sakit atau Mati
Dalam mimpi, anda atau orang tersayang mengalami demam, kecederaan dan
mungkin mati. Ia mimpi yang biasa sebenarnya, jangan terkejut. Biasanya
berlaku semasa sedang sakit atau demam.
Tafsir : Anda sebenarnya berasa terganggu dari segi
emosi atau risau jika dikecewakan. Mimpi ini juga mungkin amaran untuk
anda agar sentiasa mengambil berat akan kesihatan diri dan juga yang
tersayang. Bermimpi orang lain yang mati, bermakna sebahagian dari diri
anda seakan-akan ‘mati’. Mimpi ini juga mungkin menunjukkan anda benar-benar mengharapkan orang yang dimimpikan itu benar-benar ‘pergi’, atau anda takut akan kehilangan mereka.
4 Dikejar
Bermimpi dikejar memang menakutkan. Ditambah dengan yang mengejar itu ialah raksasa, orang yang menakutkan ataupun haiwan.
Tafsir : Anda berasa takut akan sesuatu atau seseorang.
Ia juga kadangkala sebagai kepada perbuatan yang pernah anda lakukan
dalam kehidupan sebenar. Tanya diri anda sendiri, siapa atau apa yang
terjadi dalam kehidupan sebenar anda.
3 Kecacatatan Gigi
Anda bermimpi di mana keadaan gigi anda begitu buruk sekali dan ada
sebahagiannya hilang. Kadang-kadang mungkin juga anda bermimpi apabila
membuka mulut, semua gigi anda jatuh.
Tafsir : Secara jujurnya anda risau jika penampilan
anda kelihatan tidak menarik. I juga isyarat kepada perasaan malu yang
amat sangat, rendah diri dan tiada keyakinan diri dalam kehidupan.
2 Berbogel
Anda tidak berpakaian, berpakaian separuh sahaja ataupun berpakaian yang
tidak sesuai dalam sesuatu majlis. Kadang-kadang anda akan bermimpi
melihat orang lain berbogel.
Tafsir : Anda berfikiran yang ada telah mendedahkan
terlalu banyak tentang diri anda contohnya tentang perasaan anda dalam
kehidupan sebenar. Anda juga risau kisah silam anda akan diketahui
orang lain. Fakta menarik tentang mimpi ini ialah ia selalu berlaku
kepada orang yang hendak melangsungkan perkahwinan.
1 Jatuh atau Lemas
Anda jatuh di mana anda akan cedera dan berkemungkinan mati. Itu hanyala
mitos mimpi sebegini. Anda mungkin jatuh dari kapal terbang, bangunan
tinggi dan sebagainya. Anda juga jatuh ke sungai dan lemas.
Tafsir : Secara tipikalnya, anda berasa tidak selamat
dan tiada sokongan dalam kehidupan sebenar. Anda sepatutnya berusaha
menyelesaikan masalah yang dihadapi secara berani.
|
|
No comments:
Post a Comment