Terkadang rasa sangat sakit untuk disimpan apa yang diketahui hati sendiri. Terkadang rasa sedih apabila apa yang diberikan, tidak dihargai. Terasa diri ini mahu melangkah pergi. Biarlah hanya Allah yang tahu apa jua yang tersimpan dalam benak kita ini. Yang tak mampu kita luahkan dengan kata-kata. Terkadang tangisan mengiringi kerana hati tidak kuat. Hanya Allah tempat mengadu segala-gala. Senyum di bibir, aksi yang gembira, tidak menggambarkan apa yang disimpan dalam hati. Terkadang sukar untuk di ungkap. Hanya mampu telan dan hadam segala rasa.
Hati, tidak ada seorangpun yang mampu meneka dengan pasti sedalam
mananya hati kita sendiri, kadangkala kita tidak dapat memahami apa yang
ada di dalam hati. Apa yang dilihat di luar belum tentu itu
mencerminkan apa yang ada di dalam hati. Bukan bererti perlu hipokrit
tetapi kadang-kadang orang lain tidak perlu tahu apa yang sebenarnya
kita rasakan saat itu. Cukuplah kita sendiri yang mengetahuinya dan
Allahlah tempat kita menumpahkan segala rasa yang ada di hati, hanya
Allah tempat kita mengadu, tempat kita berserah diri. Hanya Allah dan
kita sahaja yang mengetahui dalam hati, hanya Allah tempat kita
mengembalikan semua rasa di dalam hati, hanya Allah pengubat sakit dan
lara hati ini.
“Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung.” Hanya dengan mengingat Allahlah kita berusaha menenangkan hati ini ketika kebahagiaan seseorang merenggut kebahagian kita, ketika tidak ada seorangpun yang memahami perasaan dalam hati kita. Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah wallahuakbar walahaulawalaquwataillabillah rangkaian kalimat ini yang membasahi bibir kita, menggetarkan hati yang sedang kita pupuk kembali, menemani butiran air yang menitis dari kelopak mata. Kita ikut pesanan Rasulullah “Perbanyakkanlah membaca La Haula Wala Quwwata Illa Billah kerana sesungguhnya bacaan ini adalah ubat bagi 99 penyakit, yang mana penyakit paling ringan adalah kebimbangan” (Riwayat Al-Uqaili melalui jabir r.a.)
Hasbunallahu wa ni’mal wakiil ni’mal maula mani’man nashir

No comments:
Post a Comment