Wednesday, 27 April 2016

COOL

COOL JE BEB! CARI DIA DULU, TAKPE..ADA UBI ADA BATAS ADA MASA KO, DIA YANG AKAN BALAS
Ada ketika, perlu korbankan perasaan sendiri demi kehendak orang lain. Ada ketika orang tak hargai pun pengorbanan kita. Ada ketika, kita menyimpan rasa terkilan demi memuaskan hati orang lain. Ada ketika, orang nampak salah kita tapi tak nampak punca dari mereka. Ada ketika, kita rasa letih dengan semua ini. Kadang-kadang perkara itu amat menyakitkan hati, tapi kita pilih untuk diam. Sebab apa? Sebab mereka bukan faham!.
Sesuatu perkara yang sangat menyakitkan bila kita luahkan akan rasa lagi sangat sakit sebab kita tahu penerimaan pihak yang mendengar mungkin tidak sama dengan apa yang nak kita sampaikan. Sebab dalam banyak-banyak perkara eluk kita diamkan dari kita mengeluarkan kata-kata yang akan membuat orang salah sangka. Sabar itu sangat penting...
Tak semua orang faham kita. Tak semua orang hargai kita. Tak semua orang terima kita. Hati, redhalah..ada yang terbaik dari itu. Tapi suatu ketika, pasti semua ini ada jawapannya selagi kita memilih untuk bersabar. Orang tak dapat baca hati kita. Orang takkan faham apa yang kita rasa. Orang hanya akan menilai apa yang kita tunjukkan. Tapi Dia tahu dan faham. Dia sentiasa menanti kita ‘jumpa’ Dia.. Tapi kita?
Segalanya pulangkanlah kepada Allah. Ceritakan pada Dia saat kita bahagia. Ceritakan pada Dia saat kita derita. Kerana Dia tempat kita mengadu, tempat kita bergantung. Hidup ini mesti bertemankan Allah. Jadilah 'cool' dalam segala keadaan, bukan jadi orang yang mudah melenting.
"Cool je beb, takpe.. ada ubi ada batas, sampai masa ko Dia yang akan balas!

No comments:

Post a Comment