Monday, 4 April 2016

BUKAN MUDAH MEMUJUK HATI, TAPI PUJUKLAH SEGERA..


Saat hati kita dihimpit hiba dengan cerita duka, ada yang datang menyapa dengan gurau yang menyentuh rasa. Maka hati yang sakit akan bertambah parah lukanya... Beruntung pada mereka yang boleh berbagi cerita pada semua tapi bukan semua antara kita mampu melakukan begitu. Kita lebih senang menyimpan sendirian. Pengalaman dikhianati mungkin menjadikan kita lebih berhati-hati.
Atau kita sememangnya sukar berkongsi dengan sesiapa kerana kurang yakin pada diri. Lebih baik menyimpan dan perlahan-lahan belajar mencari jalan keluar. Samada jalan penyelesaian itu berhasil atau tidak, yang pasti kita tahu semua rahsia hati kita tidak kemana.
Apapun sangkaan orang pada kita tidak sama dengan sangkaan yang membelit hati kita bukan? Kita pamerkan yang baik buat menutup garis-garis calar dijiwa. Kita senyum pada semua mungkin kerana naluri mendidik untuk yakin itulah perintah ALLAH yang ESA. Senyum itu sebagai satu sedekah. Betapapun tawarnya hati kita dipermainkan dengan gurau yang menyakitkan rasa, tapi janganlah perkara yang kecil kita perbesarkan.
Mungkin semua yang diucapkan tanpa sengaja, dia juga seperti kita ada waktunya tersasar dari landasan yang tersedia. Mudah bukan untuk memujuk hati... jadi pujuklah segera, jangan biarkan hati kita dikawal nafsu kecewa, nafsu amarah yang sesekali bertandang bisa membuat hati kita keluh kesah. Istighfar segera....

No comments:

Post a Comment