Jauhilah
perkara-perkara keji yang telah dilarang oleh Allah, sesiapa yang telah
melakukannya, hendaklah dia menutupinya dengan tutupan Allah dan
bertaubat kepada Allah. Ini kerana jika sesiapa menampakkan perkara keji
(yang dilakukannya) kepada kami, kami akan menjatuhkan hukuman yang
telah diperintahkan oleh Allah ‘Azza wa Jalla. (Dikeluarkan oleh
al-Hakim dalam al-Mustadrak, hadis no: 7615 dan beliau berkata: “Hadis
ini sahih atas syarat kedua-dua syaikh (al-Bukhari dan Muslim) dan
mereka tidak mengeluarkannya.†Ini dipersetujui oleh al-Zahabi.)
Sesungguhnya
seorang penguasa, apabila dia mencari-cari kesalahan rakyatnya, bererti
dia merosakkan mereka. (Shahih Sunan Abu Daud, hadis no: 4889)
Sesiapa
yang menutupi (kesalahan) seorang muslim maka Allah menutupinya di
dunia dan akhirat. (Shahih Sunan Ibn Majah, hadis 2078]. Imam Ibn Majah
meletakkan hadis ini dalam bahagian Kitab al-Hudud, Bab menutup
kesalahan seorang mukmin dan mengelak hukuman hudud disebabkan syubhat.)
Saling
memaafkanlah terhadap (jenayah) hudud yang berlaku di antara kalian
kerana (sesuatu jenayah) hudud yang sampai kepada aku, maka wajib
dikenakan hukumannya. (Shahih Sunan Abu Daud, hadis no: 4376).
Sesiapa
yang melakukan dosa sedemikian (syirik, mencuri dan zina) dan dihukum
keranannya, maka hukuman itu adalah kifarah baginya. Dan sesiapa yang
melakukan dosa sedemikian lalu Allah menutupinya, maka terpulang kepada
Allah sama ada untuk mengampunkannya atau mengazabnya. (Shahih
al-Bukhari, hadis no: 6784)
Sesiapa yang berdosa di dunia dengan
melakukan sesuatu dosa lalu dikenakan hukuman ke atasnya disebabkan
dosanya itu, maka Allah Maha Adil daripada melipat gandakan hukuman-Nya
ke atas hamba-Nya. Dan sesiapa yang berdosa dengan satu dosa di dunia
lalu Allah menutupi ke atasnya, maka Allah Maha Mulia daripada
mengenakan hukuman ke atas sesuatu yang telah Dia maafkan. (Dikeluarkan
oleh Ahmad dan sanadnya dinilai hasan oleh Syu‘aib al-Arna’uth dan
rakan-rakan dalam semakan mereka ke atas Musnad Ahmad, hadis no: 775)
No comments:
Post a Comment