Sunday, 10 April 2016

SALAH FAHAM MASYRAKAT KITA TENTANG DAGING KAMBING...



Ramai yg berpendapat bahawa daging kambing menyebabkan darah tinggi dan lain lain..
Sebenarnya bukan daging kambing yg menyebabkan kpd penyakit-penyakit yg di fahami..
Tetapi cara masakan masyarakat kita yg menyebabkan kpd penyakit yg di alami..
Cthnya : Masakan kari,kuzi,Rendang dan lain2..Masakan ini di campur santan,minyak dan rempah2 yg di campur aduk yg menjadi pada masalah kesihatan..

Kambing di dalam pandangan islam.

Kambing adalah haiwan yang ada keberkatan padanya..
Ada banyak dalil yang menyebutkan bahawa kambing memiliki keutamaan dan kelebihan.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
اتخذوا الغنم فإن فيها بركة
” Peliharalah (manafaatkan) oleh kalian kambing kerana di dalamnya terdapat barakah. “[1]
Dalam daging kambing terdapat berkat, begitu juga pada susu dan kulitnya
Ahli tafsir Al-Qurthubi rahimahullahberkata,
وجعل البركة في الغنم لما فيها من اللباس والطعام والشراب وكثرة الأولاد، فإنها تلد في العام ثلاث مرات إلى ما يتبعها من السكينة، وتحمل صاحبها عليه من خفض الجناح ولين الجانب
“Allah telah menjadikan berkah pada kambing di mana kambing dpt dimanfaatkan untuk pakaian, makanan, minuman, banyaknya anak ,karena kambing beranak tiga kali dalam setahun, sehingga memberikan ketenangan bagi pemiliknya. Kambing juga membuat pemiliknya rendah hati dan lembut terhadap orang lain”[2]
Bahkan setiap Nabi pernah mengembala kambing, ulama menjelaskan hikmahnya kerana memang mengembala kambing memerlukan kesabaran dan ketekunan yang akan membentuk kepribadian baik seseorang
Nabi Shallallahu’alaihi wasallam bersabda,
ما بعث اللهُ نبيًّا إلا رعى الغنمَ . فقال أصحابُه : وأنت ؟ فقال : نعم ، كنتُ أرعاها على قراريطَ لأهلِ مكةَ
“Tidaklah seorang Nabi diutus melainkan dia menggembala kambing“. para sahabat bertanya, “apakah engkau juga?”. Beliau menjawab, “ya , dahulu aku menggembala kambing penduduk Mekkah dengan upah beberapa qirath”[3]
Kajian dari Persatuan Jantung Amerika menyatakan, daging kambing baik untuk mereka yang mempunyai masalah berkaitan jantung. Ini disebabkan daging tersebut tinggi kualiti proteinnya dengan nisbah kandungan lemak yang sihat. Struktur molekul daging kambing yang berbeza menjadikan daging kambing lebih mudah dihadam.
Ia juga amat sesuai untuk mereka yang menjaga kesihatan. Bukan setakat itu sahaja, malah jika dibandingkan, daging kambing mengandungi zat besi dan kandungan potasium yang rendah kandungan mineralnya. Dagingnya lebih pejal dan lebih rendah kalori daripada daging lembu dan ayam tanpa kulit. Kesemua asid amino yang diperlukan ada di dalam daging kambing.

No comments:

Post a Comment