Hati ini selalu kalut, menghadap Allah pun susah payah kusyuk dengan angan dunia bergelut, selalu terbayang dunia, dunia dan dunia. Hati ini serasa terkunci mati dari hidayah yang sangat dekat dan membuat mata, telinga tak mahu mengikuti hidayah itu, hanya hawa nafsu yang menjadi raja dalam hati yang kering yang merindukan keistiqomahan terhadapMu.
Ya Allah, jadikanlah sebuah mata air dalam hati ini. aku merindukanMu.
aku menyesal telah menukar cintaMu dengan cinta duniawiku. janganlah
engkau butakan hati ini, siramlah hati ini dengan hidayahMu agar aku
kembali padaMu yang ku rindukan yang telah jauh ku tinggalkan.
Allah swt berfirman :“Sesungguhnya bukan mata yang buta, melainkan yang buta itu adalah hati yang ada di dalam dada” (Q.S. al-Hajj:47)
Di tengah kerasnya hati ini kerana Hubbud dunya kecintaan terhadap dunia, ku cuba selami firmanmu, di awal hati ini tak terketuk namun atas izinMu hati ini pun menangis menyedari kesalahan dan dosa dalam diri, menyesali kesalahanku yang meninggalkanMu yang selalu ada menungguku kembali padaMu.. Ya Ar-Rahmaan.
HambaMu yang hina ini hanya mampu menangis dan memohon ampunanMu, berdoa padaMu agar hati ini tenang dan meninggikan cinta terhadapMu di atas semua cinta, dengan Keimanan dan Keistiqomahan yang mulai Engkau alirkan dalam hatiku, mulut ini basah akan lafadz namaMu, kerana ku tahu hanya itu yang mampu membuat hati ini tenang.
Allah swt berfirman :“Ingatlah, dengan mengingat Allah maka hati akan menjadi tenang.” (QS. ar-Ra’d: 28)
Hatiku yang baru ini ku tanami benih Keistiqomahan terhadapMu. Hati yang dulu terjangkit virus dunia, menumbuhkan benih-benih ketaatan dan keistiqomahan yang semenjak dulu aku rindukan. Aku yakin terhadapMu, jika aku meninggalkan sesuatu atas sebab Mu Ya Rabb maka Engkau akan menggantinya dengan yang lebih baik.
Ku tinggalkan keduniawian yang dulu membuatku lupa terhadapMu, mencuba istiqomah dalam jalan meraih keridhoanMu.. La haulawala quwwataillah billahil aliyyil adzim, semoga Engkau memberi ku dua kekuatan iaitu kekuatan untuk berbuat baik dan diberi pula kekuatan untuk Istiqomah... Aamiin

No comments:
Post a Comment